(Ambilan dari Blog Puteri Abuya - http://khaulahattamimizone.blogspot.com)
Buat semua yang berjasa, Tuhan lah yang akan mampu membalasi sebaiknya. Team teknikal yang sanggup 'lembur' di dewan tunggu lori angkut prop sampai pagi, stage manager yang menggunakan pendekatan kasih sayang, pereka set, pembuat prop, adik-adik kolam, para pelakon, pelakon utama (Mat), pemuzik yang ceria, team ibu-ibu yang bekerja keras, FCH dan semua yang siapkan makanan, tak lupa kepada semua yang sudi hadir semalam.. ' Semoga Islam kan menang di tangan kita..'
Aku senyum sorang bila teringat bahawa aku selalu salah, Ummu selalu betul.. Dulu Ummu pernah nak letak kedai runcit dalam mat'am Qasr Lubnan. Aku memang tak setuju. Akhirnya Tuhan buatkan, kedai runcit tulah yang sudahnya banyak menyumbang kepada jualan harian. Dan bila Ummu agih-agihkan adik beradik ke mana-mana, Tuhan lah yang gantikan kami dengan ramainya adik beradik baru dari ramainya ayah ramainya ibu. Ramai!
Fatim dapat Walidah di Miri, Iyah dapat Tokku dan Cek Ni di Kelantan, Kakak pulak dapat macam-macam kat Pochan....!
"Iza jaa nasrullahi wal fath. Wa roaitannasa yadkhuluna fi dinillahi afwaja. FASABBEH BIHAMDI ROBBIKA WASTAGHFER. Innahu kana tawwaba.."
Indahnya jalan keluar yang Tuhan berikan kepada hamba yang dicipta dengan penuh kelemahan dan kegagalan. Bila mendapatkan kejayaan, puja dan puji lah Tuhan yang hakikatnya Dialah yang telah melakukan. Namun akuilah..hati penuh dengan lintasan. Bertaubatlah bila sempat merasa diri ada kemampuan. Moga Tuhan mengampunkan.
Macam nak pecah dada bila Ummu syarahkan tentang betapa pentingnya kebudayaan Islam itu dihidupkan di mana-mana. Tahan airmata takut dikatakan manja! Maka kamu diberi peluang untuk melakukannya, kata Ummu. Akal buntu fikirkan macamana nak jayakan show berskala besar ini sedangkan adik-adik dah dihantar ke merata tempat.

Sehari masa diambil untuk menghadamkan kata-kata dan hasrat Ummu. Perasaan bercampur baur di antara bingung dan sedih. Bingung nak buat macamana.. Sedih sebab membuatkan Ummu terpaksa syarah panjang lebar untuk meyakinkan bahawa Tuhan lah yang akan berbuat. Lambatnya hatiku memahami.. Akal lah yang sering mendahului.
Sungguh taat itu berkat bilamana Tuhan hadiahkan ramainya orang yang akhirnya dapat dikumpulkan menjadi satu team teater muzikal Islam. Kata-kata Ummu 'mengapa kamu rasa kamu yang nak buat? Kan Tuhan yang akan berbuat' menjadi azimat.
Biarlah keghairahan berseni budaya ini bukan dikeranakan minat semata, tapi dengan hati yang sangat ingin melihat Islam cukup mampu memberi satu alternatif hiburan yang dibuat atas nama Tuhan.
Tuhan cukup bijak memperlakukan hamba-hambaNya untuk memastikan hati tetap bersamaNya. DiberiNya dewan yang cukup indah namun bilik persalinannya gelap gelita. Meraba-rabalah kami di belakang pentas bersiap-siap. Bubuh bedak celak dengan hanya suluhan lampu kecil dari iphone. Baju yang nak bertukar-tukar tu entah kemana.

Dalam gelap jenuh pastikan betul ke tudung ni? Warna apa baju ni? Oh Tuhan.. Terasa macam show dalam kubur. Tepatlah dengan scene alam barzakh yang dipersembahkan. Sedar-sedar je dah habis show selama 2 jam. Demi Allah tak perasan. Sepanjang malam termenung,betul ke dah show? Kenapa tak terasa? Bila jumpa orang ucap tahniah, blurr.. Macam hilang ingatan kejap. Bila pagi tadi tengok rakaman balik, ohh.. Semalam ada show rupanya. Pengalaman pertama kali.. Tuhan tolong pandu hati kami untuk kekal merasa keagunganMu lah yang telah menjayakan semuanya..
Buat semua yang berjasa, Tuhan lah yang akan mampu membalasi sebaiknya. Team teknikal yang sanggup 'lembur' di dewan tunggu lori angkut prop sampai pagi, stage manager yang menggunakan pendekatan kasih sayang, pereka set, pembuat prop, adik-adik kolam, para pelakon, pelakon utama (Mat), pemuzik yang ceria, team ibu-ibu yang bekerja keras, FCH dan semua yang siapkan makanan, tak lupa kepada semua yang sudi hadir semalam.. ' Semoga Islam kan menang di tangan kita..'
Aku senyum sorang bila teringat bahawa aku selalu salah, Ummu selalu betul.. Dulu Ummu pernah nak letak kedai runcit dalam mat'am Qasr Lubnan. Aku memang tak setuju. Akhirnya Tuhan buatkan, kedai runcit tulah yang sudahnya banyak menyumbang kepada jualan harian. Dan bila Ummu agih-agihkan adik beradik ke mana-mana, Tuhan lah yang gantikan kami dengan ramainya adik beradik baru dari ramainya ayah ramainya ibu. Ramai!
Fatim dapat Walidah di Miri, Iyah dapat Tokku dan Cek Ni di Kelantan, Kakak pulak dapat macam-macam kat Pochan....!
0 ulasan:
Catat Ulasan