Berikut adalah gambar-gambar Dato' Ratu Ibu Hatijah dan rombongan para PZ1 bersama wakil Istana ketika menziarahi beberapa tempat permakaman kerabat diraja Palembang, para ahli Bait (Habaib) dan para wali. Lokasinya di sekitar Ibu Kota Palembang.
Kawasan-kawasan makam sudah terpinggir di celah-celah pembangunan dan penempatan penduduk. Kisah-kisah yang melatari maklumat setiap makam itu juga banyak dan tidak mungkin dicatatkan dalam blog ini kali ini. Kami bersyukur dapat sampai ke makam mereka bagi mengambil keberkatan (tabarruk).
Rupa-rupanya Palembang adalah tempat bertapaknya para pejuang dan pendakwah Islam yang datang dari Hadhramaut, Yaman. Mereka terdiri dari kaum keluarga Nabi SAW di kalangan para saiyyid dan saiyidah yang dikenali di sini sebagai kelompok 'habaib'. Mereka mendapat tempat istimewa di sisi Sultan bahkan ramai yang berkahwin dengan kerabat istana.
Merekalah tokoh-tokoh yang tampil di hadapan menjadi pejuang melawan penjajahan Belanda dan Inggeris. Darah kebangsawanan, kepahlawanan, keusahawanan dan keagamawan menjadi satu dalam darah daging keturunan mereka. Generasi sebegini amat mudah kita temui di seluruh pelusuk bumi Palembang.
Darah daging dari keturunan yang mulia, akan sangat bermakna jika mereka sanggup bersatu dalam membela Islam di mana sahaja. Zuriat keturunan Rasulullah SAW sepatutnya mendahului orang lain dalam mempertahankan Islam dan memperjuangkannya - terutamanya di zaman ini.
Kunjungan Dato' Ratu ke makam-makan berkenaan menjelaskan betapa eratnya hubungan kesultanan Palembang dengan para kekasih Allah. Gabungan inilah yang menjadi teras keupayaan kerajaan Islam bertahan lebih 300 tahun sejak dari awal kurun ke 15M.
Sesudah Sultan Mahmud Badaruddin II diasingkan Belanda ke Ternate/Maluku maka Kesultanan Palembang Darussalam diperintah oleh Sultan Najamuddin Pangeran Ratu (1819). Sehingga hari ini, kesultanan Palembang sedang diperjuangkan untuk kembali mendominasi keadaan sosio budaya Palembang keseluruhannya.
Justeru kehadiran Dato' Ratu menziarahi makam para sultan, kaum kerabat, para ahli bait dan wali-wali di Palembang ini menjadi sangat bermakna. Ianya merupakan suatu yang signifikan dengan cita-cita Dato' Ratu - melalui syarikat GISB HOLDINGS untuk memanfaatkan kehebatan bangsa Indonesia dan Malaysia dalam membela Islam.
Apa yang penting, kedua-dua bangsa ini perlu dipimpin hati, jiwa dan akal mereka ke arah Islam - kepada Allah dan Rasul. GISB (dan Yayasan Nimas Ayu Pembayun) akan menjadi wadah mempersatukan mereka. Sambutan hangat dan sokongan yang padu daripada pihak istana, pemerintah, korporat dan golongan atasan terhadap kehadiran Dato' Ratu di sini menjadi bukti harapan yang sama, ada pada hati mereka. Diharapkan ini semua akan mewujudkan jaringan berpotensi di semua bidang tidak lama lagi.
Mereka yang sudah dimakamkan itu adalah rakaman sejarah yang telah berlaku. Di tangan mereka Palembang dan bumi Melayu subur dengan kehidupan beragama setelah ratusan tahun sebelumnya menganut agama hindu. Sistem hidup Islam dengan peranan Sultan sebagai khalifah telah pernah wujud di bumi Melayu. Ingatlah! hanya bangsa yang bijak membaca dan menghargai sejarah sahaja yang akan mampu mencetus sejarah baru!!

0 ulasan:
Catat Ulasan