Social Icons

Ahad, 5 Julai 2015

Aminah Assilmi, Pengalaman Dari Kristian Radikal Menjadi Muslimah Berpengaruh.


BERMULA dari kesalahan data komputer, hidup perempuan bijak ini berubah total dari seorang penganut Kristian Baptis yang taat dan seorang feminis yang radikal, menjadi seorang muslimah dan salah satu tokoh cendekiawan Muslim di AS.

Selama 33 tahun menjadi seorang Muslim, ia aktif berdakwah, dijemput sebagai penceramah, menulis dan memberikan advokasi di bidang keIslaman dan hak-hak wanita. Dunia antarabangsa mengenal dan menghormati beliau sehingga baru-baru ini ia terpilih sebagai satu daripada 500 Muslim paling berpengaruh di dunia. (lihat gambar)

Biodata

Namanya Aminah Assilmi. Usianya 65 tahun. Namun nama itu kini menjadi kenangan, kerana Allah swt telah memanggilnya pada tarikh 5 Mac 2010. Aminah meninggal dunia selepas pukul 03.00 dinihari waktu setempat, akibat kemalangan kereta di berhampiran Newport, selepas memberikan ceramah di New York.

Jabatan terakhirnya sampai ia menghembuskan nafas yang terakhir adalah Presiden International Union of Muslim Women. Meski telah tiada, kisah keislaman dan dakwah sosok perempuan yang aktif di masyarakat dan dikenali sebagai cendikiawan Islam dengan level antarabangsa menjadi inspirasi banyak orang.

Bila Hidayah Itu Datang

Sebelum masuk Islam, Aminah dilahirkan dari keluarga Kristian Baptis di wilayah Selatan AS. Sebagai perempuan, Aminah mempunyai kecerdasan diatas rata-rata gadis seusianya. Dia selalu mendapat nilai sempurna di sekolah, mendapat biasiswa semasa kuliah dan sejak menjadi menjadi mahasiswi, ia sudah menguruskan perniagaan sendiri, bersaing dengan para profesional dan meraih beberapa anugerah.

Ia juga menjadi aktivis perempuan yang menganut feminisme dan bekerja sebagai wartawan media elektronik.
Suatu Hari Pada 1975

Suatu hari pada tahun 1975, Aminah menggunakan komputer untuk mendaftarkan diri ke sebuah perguruan tinggi. Masa itu baru pertamakalinya komputer digunakan untuk pendaftaran di perguruan tinggi tersebut. Sementara ia menunggu hasil pra-pendaftaran untuk jurusan Pelancongan, Aminah pergi ke Oklahoma untuk mengurus perniagaannya. Kerana sesuatu hal, kepulangannya ditangguhkan, ia baru kembali ke perguruan tinggi tempat ia mendaftarkan diri dua minggu ketika perkualiahan sudah bermula.

Betapa terkejutnya Aminah, kerana komputer salah mengolah datanya dan nama Aminah masuk ke jurusan Teater. Jurusan yang mengharuskannya tampil di depan orang ramai. Sebagai gadis yang cenderung pemalu asalnya, Aminah gundah memikirkan dirinya harus tampil di depan orang ramai. Ia tidak boleh membatalkan perkuliahannya, kerana sudah terlalu lewat untuk mengurus kesalahan kompouter itu.

Ia tidak mahu gagal kerana ia menerima biasiswa. Nilai "F" di mata kuliah, akan mengganggu pemberian biasiswanya. Atas nasihat suaminya, Aminah menemui pensyarahnya membicarakan alternatif untuk tampil, seperti persiapan pakaian dan lain sebagainya. Dosennya itu berjanji untuk membantu dan Aminah datang ke kelas selanjutnya yang membuat ia syok dengan apa yang ia saksikan.

Kelas itu penuh dengan orang-orang Arab, yang oleh Aminah digelar "para joki unta". Aminah terus pulang ke rumah dan memutuskan untuk tidak kuliah lagi. Ia tidak mau berada di tengah orang-orang Arab.

"Aku tidak mahu duduk dalam satu bilik yang penuh dengan orang-orang kafir yang kotor," tegasnya ketika itu.

Melihat kegundahan isterinya, suami Aminah dengan sikap tenang seperti biasanya memberi penjelasan bahawa Tuhan pasti punya alasan untuk segala sesuatu. Ia menasihati Aminah untuk berfikir dalam-dalam sebelum membuat keputusan berhenti kuliah. Aminah mengunci dirinya selama dua hari untuk mempertimbangkan nasihat suaminya dan akhirnya ia memutuskan untuk tetap kuliah.

Tetapi keputusan itu diiringi dengan fikiran bahawa Tuhan telah menugaskan dirinya untuk mengajak orang-orang Arab itu masuk agama Kristian.
Aminah pergi kualiah dengan sebuah misi. Sepanjang perkuliahan, Aminah akan menyempatkan diri untuk membicarakan agama Kristian yang dianutinya dengan teman-teman Arabnya di kelas.

"Saya mula menceramahi mereka bagaimana mereka akan dibakar di neraka untuk selama-lamanya kalau mereka tidak menerima Isa sebagai penyelamat mereka," ujar Aminah menceritakan pengalamannya sebelum masuk Islam.

Tetapi, sambungnya, teman-teman Arabnya sangat sopan dan tidak ada yang mahu masuk Kristian. Aminah masih terus berusaha mempengaruhi mereka dengan mengatakan bahawa Isa sangat mencintai mereka dan rela mati disalib untuk menyelamatkan manusia dari dosa-dosa. Yang harus dilakukan manusia hanyalah menerima Yesus dalam hati mereka.

Rakan-rakan Arab Aminah tetap tidak ada yang mahu pindah agama ke Kristian dan Aminah pantang mundur. Ia memutuskan untuk membaca kitab suci Al-Quran untuk menunjukan pada teman-teman Arabnya bahawa Islam adalah agama palsu dan Nabi Muhammad adalah tuhan palsu. Atas permintaan Aminah, seorang mahasiswa membawa kepadanya kitab suci Al-Quran dan sebuah buku tentang Islam.

Aminah lalu memulakan usaha beliau untuk mematahkan keyakinan rakan-rakan Arabnya terhadap Islam. Aminah membaca seluruh isi Al-Quran dan sekurang-kurangnya 15 buku mengenai Islam, lalu ia kembali pada Al-Quran dan membacanya kembali. Selama pencariannya itu, ia mula membuat beberapa catatan hal-hal yang menurutnya dapat ia bantah dan akan dijadikannya sebagai bukti bahawa Islam adalah agama palsu.

Tapi tanpa disedarinya, telah berlaku perubahan pada diri Aminah dan suaminya yang melihat perubahan itu.

"Dalam beberapa hal, hati kecil saya mula berubah, yang cukup membuat suami saya terganggu. Kami biasa pergi ke bar setiap hari Jumaat dan Sabtu atau pergi ke pesta. Lalu saya mula malas pergi ke tempat itu, saya jadi agak pendiam dan mula menjauh, "tutur Aminah.

Sejak ia membaca Al-Quran dan buku-buku Islam, Aminah juga mula berhenti minum minuman keras dan tidak lagi makan daging babi. Kerana perubahan-perubahan itu, suaminya menuduhnya selingkuh dengan lelaki lain dan mengusirnya. Aminah lalu pindah dan hidup sendirian di sebuah apartamen. Dalam kesendiriannya, Aminah terus mempelajari Islam meski ia masih tetap menjadi seorang Kristian yang taat.

Sampai suatu hari, terdengar ketukan di pintu apartmennya. Seorang lelaki-yang kemudian dikenalinya bernama Abdul Aziz Al-Syaikh, berpakaian tradisional muslim berupa baju gamis panjang berwarna putih dengan serban bermotif papan catur putih merah terlilit di kepalanya. Lelaki itu datang bersama tiga lelaki lain yang berpakaian sama. Ketika itu, Aminah merasa marah kerana para tetamu itu yang datang semasa ia mengenakan baju tidur saja.

Aminah makin terkejut ketika Abdul Aziz mengatakan, ia memahami Aminah yang ingin menjadi seorang muslim. Aminah lalu menjawab bahawa ia seorang Kristian dan tidak berniat untuk menjadi seorang muslim. Tapi Aminah mempunyai banyak soalan yang ingin diketahui dan bertanya apakah tamu-tamunya itu ada waktu luang.

Akhirnya Aminah mempersilakan mereka masuk. Ia lalu menanyakan hal-hal dan keberatan-keberatannya yang sudah ia catat selama ia membaca Al-Quran dan buku-buku Islam.

"Saya tidak akan melupakan namanya, Abdul Aziz adalah seorang yang sabar dan lemah lembut. Ia dengan sangat sabar membincangkan soalan-soalan itu bersama saya. Dia tidak membuat saya seperti orang bodoh atau membuat pertanyaan saya seperti soalan yang bodoh, "ungkap Aminah.

Aminah berkata, Abdul Aziz menjelaskan padanya bahawa Allah memerintahkan manusia untuk mencari ilmu dan bertanya sebagai salah satu cara untuk mendapatkan ilmu. Aminah seperti menyaksikan kuntum bunga sedang mekar mendengar penjelasan Abdul Aziz. Ketika ia berbeza pendapat, Abdul Aziz akan memjelaskannya lebih dalam dan dari sisi pandang yang berbeza sampai Aminah benar-benar memahaminya.

Setelah berbincang dengan Abdul Aziz dan rakan-rakannya, tidak perlu waktu lalu buat Aminah memutuskan masuk Islam. Satu setengah tahun ia sudah mempelajari Islam dan Al-Quran, keesokan harinya selepas Abdul Aziz bertamu ke rumahnya, Aminah mengucapkan dua kalimat syahadat disaksikan Abdul Aziz dan rakan-rakannya yang datang malam itu.

Cubaan Bertubi Setelah Menjadi Muslim


Seperti kebanyakan mualaf, setelah menjadi seorang muslimah, Aminah banyak kehilangan rakan-rakannya. Ibunya juga tidak menerima keIslamannya. Saudara perempuannya menganggap Aminah sakit jiwa dan ingin memasukkannya ke tempat pemulihan pesakit gangguan mental. Ayah Aminah yang dikenali sebagai orang yang bijak dan tempat meminta nasihat bagi orang ramai, tiba-tiba menjadi beringas dan seolah-olah ingin membunuh Aminah setelah mendengar puterinya menjadi seorang muslim.

Aminah sendirian, tanpa teman dan tanpa keluarga. Tapi ia tetap memilih jalan Islam, bahkan memutuskan untuk segera berhijab meski terpaksa hilang pekerjaan kerana dipecat. Cubaan itu belum cukup, kerana suami Aminah menceraikannya bila tahu ia masuk Islam. Bahkan mahkamah memutuskan dua anaknya, satu lelaki dan satu perempuan, dibawah jagaan suaminya, hanya kerana Aminah kini menjadi seorang muslim.

"Itulah 20 minit yang paling menyakitkan dalam kehidupan saya," kata Aminah dalam sebuah wawancara saat ia terpaksa melepaskan kedua anaknya.

Di Colorado, Aminah cuba membentangkan kesnya pada media massa. Ia berharap dapat mendapatkan hak penjagaan anaknya kembali kerana undang-undang di Colorado menyebutkan bahawa seseorang tidak boleh kehilangan hak asuh anaknya hanya kerana latar belakang agamanya. Meski demikian, Aminah tetap tidak berjaya mendapatkan hak asuh itu.

Aminah kembali menjalani kehidupannya sebagai seorang muslim. Meski sakit hati, ia tetap memperlakukan keluarganya dengan hormat dan tetap menjaga komunikasi dengan mereka. Ia juga tetap mendakwahkan Islam dalam setiap kesempatan bertemu dengan keluarganya. Dan perjuangannya tidak sia-sia.

Tak Ada Yang Paling Membahagiakannya Selain...

Ahli keluarganya yang kemudian masuk Islam adalah neneknya yang sudah berusia lebih dari 100 tahun. Tak lama setelah bersyahadat, neneknya meninggal dunia. Selepas itu, ayah Amina yang dulu ingin membunuhnya kerana keIslamannya, menyatakan diri masuk Islam.

Beberapa tahun kemudian, ibu Aminah pun menjadi muslimah. Lalu suami Aminah dan saudara perempuannya yang dulu ingin memasukkannya ke rumah sakit jiwa akhirnya juga mengucapkan dua kalimah syahadah. Tak ketinggalan, anak lelaki Aminah, pada usia 21 tahun juga memutuskan untuk menjadi seorang Muslim.

Subhanallah ... tak ada hal yang paling membahagiakannya Aminah selain melihat keluarganya memeluk Islam. Aminah pun terus mendakwahkan pengalamannya dan agama Islam sehingga banyak orang yang sudah terinspirasi daripada pengalaman hidupnya. Entah sudah berapa banyak orang yang masuk Islam, setelah mendengar kisah Aminah dan ceramah-ceramah agamanya.

Sekarang sosok Aminah Assilmi sudah tiada, tapi namanya tetap hidup di hati orang-orang yang mengagumi dan menyayanginya. 
al-hamdulillah! (KREDIT: IH)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text