Paparan kali ini, Pak Lang ketengahkan isu memilih pemimpin. Maklumlah sekarang di pihak UMNO atau PAS sedang sibuk dengan mesyuarat cawangan dan bahagian. Semuanya sedang dalam 'mood' memilih pemimpin di semua peringkat. Di peringkat pusat, calon-calon yang bertanding sedang ghairah berkempen dengan pelbagai pendekatan. Beginilah cara pemimpin di lahirkan melalui sistem demokrasi.
Malaysia sedang menuju negara yang dikatakan maju tetapi masa yang sama, gejala sosial yang merosakkan sistem sosial kita sedang semakin parah. Adakah barisan pemimpin baru nanti akan memberi tumpuan kepada soal yang sangat kritikal ini? Atau adakah semuanya hanya akan melagukan cerita lama iaitu untuk membawa bangsa dan negara menjadi negara maju? Adakah soal gejala sosial ini akan terus terpinggir dari pemerhatian pemimpin?
Jawapannya masih kelabu. Belum lagi dipersoalkan tentang kebajikan dan masalah rakyat. Hubungan antara rakyat dan pemimpin hanya sekadar mempergunakan rakyat semata-mata bagi tujuan politik masing-masing. Tidak ramai pemimpin yang tulus membela rakyat.
Sekarang semua parti sedang menyiapkan barisan pelapis mereka. Para pemerhati menganggap mana-mana parti yang bersungguh-sungguh memberi peluang kepada golongan muda maka parti itu yang akan berjaya. Harap-harap pemimpin yang terpilih itu akan benar-benar berkualiti. Soal umur tua muda pada Pak Lang hanya merupakan perkara kedua. Apa yang utama ialah bagaimana seseorang pemimpin itu boleh memikul bebanan kepimpinan dengan penuh tanggung jawab.
Adakah Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir akan menempati tempat teratas di kalangan 3 orang Naib Presiden? Ramai yang berharap begitu kerana ketiga-tiga Naib Presiden sedia ada sudah diketahui keupayaan dan kapasiti masing-masing. Ada pula yang terseret dengan pelbagai masalah.
Menteri Besar Kedah ini dilihat sedang mengaut untung dibursa niaga politik. Ianya kebetulan yang berlaku dalam rencana dari Tuhan. Ayahnya bekas PM berasal dari Kedah, dia pula MB Kedah dan yang menariknya Duli Yang DiPertuan Agung juga adalah Sultan Kedah. Inilah antara faktor Mukhriz akan menang besar nanti. Tuah manusia siapa yang tahu.
Kalau Mukhriz menang, lanskap politik UMNO pasti akan berubah!! Inilah harapan banyak pihak terutama ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi. Datuk Paduka Mukhriz diketahui umum sebagai seorang yang mempunyai visi perjuangan yang jelas dan lebih murni. Peribadinya yang bersih sebagai anak didik pendidikan Melayu di MRSM, menampakkannya sebagai seorang pejuang agama dan bangsa yang dicari-cari selama ini.
Kita berharap Mukhriz mempunyai nilai diri yang luhur dalam mengembangkan potensi kepimpinannya. Seseorang yang sepertinya wajar diberi peluang. Tidak ramai tokoh pelapis di dalam UMNO seperti beliau. Kita yakin, Mukhriz sudah lama menyiapkan dirinya. Ditambah pula rentetan ujian kekalahan atau 'penyingkirannya' di awal-awal kemunculannya dalam politik, akan banyak membantunya memahami perasaan orang yang teraniaya.
Menjadi pemimpin merupakan suatu amanah berat kerana ianya tanggung jawab yang akan ditanya di akhirat. Persoalan di Padang Mahsyar sangatlah dahsyat dan menggerunkan. Menjawab bagi masalah diri sendiri pun sudah tersangat sulit apatah lagi menjawab bagi pihak agama, bangsa dan negara!!

Ketika
di dunia, siapa sahaja mampu menggelecek untuk mengelak dari didakwa
atau mengelak dari dihukum. Tetapi tidaklah sebaliknya apabila di akhirat. Seseorang
pemimpin tidak boleh lagi menggunakan lidahnya dalam mempertahankan
dirinya. Seluruh anggota akan bercakap. Semakin besar ruang lingkup
kepimpinan seseorang, semakin banyaklah anggota badan yang akan tampil
bersuara di depan Tuhan!! Allah!!!
Semakin tinggi
atau luas kawasan kepimpinannya maka semakin banyaklah persoalan yang
mesti dijawab. Jika pemimpin biasa pun mesti menjawabnya apatah lagi
pemimpin bagi sesebuah harakah / jemaah Islam atau negara Islam.
Atas
nama pemimpin Islam, para pemimpinnya mesti berupaya merancang dan
bertindak dengan niat mencari keredhaan Allah. Hasilnya diharapkan dapat
berlaku adil dan meratakan kasih sayang kepada semua yang di bawahnya.
Peranan pemimpin yang utama tentulah dalam mendidik dan mengasuh anak
buahnya untuk dibawa hati-hati mereka kepada Tuhan.
Selain itu, pemimpin Islam juga mesti pandai mengatur strategi, mesti berupaya menangani sebarang masalah yang timbul dan menenangkan anak buah ketika kegawatan. Pemimpin yang benar-benar berkualiti mestilah mampu menempuh ujian-ujian besar. Tanpa ujian dan cabaran, sukarlah untuk dikenal keupayaan sebenar diri seseorang pemimpin.
Ramai
tokoh muncul sebagai pemimpin secara tipu daya, konspirasi atau tipu
helah. Sukarlah pula untuk kita cari pemimpin yang naik melalui anugerah
Tuhan kepadanya. Hanya pemimpin sebegini sahaja yang menjadikan Tuhan
sebagai sumber rujukannya. Pemimpin sebegini adalah seorang yang sangat
khusyuk hatinya dengan Tuhan. Dia sangat sensitif dengan apa yang dinilai
Tuhan terhadap dirinya.
Ada pula pemimpin yang tidak mempunyai 'kapasiti keupayaan' yang mencukupi. Ramai yang tidak berada di tahap sebenar sebagai seseorang pemimpin. Mereka hanya dilihat pandai hasil promosi media tetapi orang yang tahu akan sedar betapa jauhnya tahap kepimpinan mereka dari yang sepatutnya.
Dikatakan Tun Dr Mahathir itu mempunyai 80% - 90% keupayaan kepimpinan berbanding para pemimpin selepasnya. Tahap yang ada ini menjadikan Tun mempunyai pendirian, ketegasan dan ketahanan diri yang kukuh. Dia tidak mudah digugat atau ditekan atau dibodek. Melihat dari sudut ini - tanpa kumpulan penasihat khas pun - Tun akan berupaya merancang dan bertindak menggunakan segala kemudahan yang ada - sendirian!!
Kebanyakan pemimpin tidak mempunyai kapasiti seperti Tun. Mereka mungkin hanya mampu berada di tahap kurang dari 50%. Berbanding Tun, pemimpin sebegini amat memerlukan para penasihat bagi menampakkan mereka juga berupaya. Hasil nasihat orang lain, mereka berusaha memperlihatkan imej kepimpinan yang dinamik dan progresif.
Walau bagaimana pun kerap kali mereka akan tersasar atau tersilap. Biasanya ini berlaku dalam menjawab soalan para pemberita. Kerap kali mereka akan gagal bila diminta mengulas secara spontan. Mereka tidak mampu menjawab dengan jelas dan tepat. Apa yang lebih malang, tidak terlihat kecerdikan mereka dalam menjawab atau memberikan hujjah.
Pemimpin sebegini, akan dilihat gagal dan akan terus gagal. Hakikatnya mereka tidak dibantu Tuhan lalu mereka tidak akan berupaya mengikat orang dari hati. Orang mengikut secara terpaksa. Orang akur kerana takut bukan kerana cinta dan bukan kerana terkesan dengan wibawa kepimpinannya. Jelasnya pemimpin sebegini adalah lambang jauh dan renggang hatinya dengan Tuhan.
Mencari
pemimpin sebenarnya tidaklah sukar dan sulit. Kita hanya perlu menyorot
bagaimana hubungan hatinya dengan Tuhannya. Orang yang kuat hatinya
dengan Tuhan, pastilah akan sangat berjati-hati dalam sebarang
tindakannya. Justeru dia akan sentiasa bermuhasabah diri. Dia akan tahu
menyelak kelemahan diri dan bagaimana membina jiwa hamba untuk seluruh
orang di bawahnya.
Pemimpin yang terpimpin adalah mereka yang ada keberkatan pada cakap dan tindakannya. Berkatnya kepimpinan mereka menjadikan kerja-kerja mereka dibantu Tuhan. Apa yang dicakapkan adalah suatu yang diilhamkan Tuhan untuknya. Apa yang dilakukannya adalah dorongan Tuhan untuk membantu menjayakan apa jua perencanaannya. Hebatlah kalau Malaysia mempunyai pemimpin sebegini!!
Maka sebab itu
carilah pemimpin yang berupaya mendidik orang lain dan memandu mereka
dalam menghayati Tuhan dalam setiap kata-kata dan tindakan. Dekatilah
pemimpin yang mampu melahirkan pengikut yang setia tidak berbelah bagi,
sanggup berkorban apa saja demi melaksanakan hasrat dan kehendak
pemimpin.
Kajilah riwayat hidup pemimpin yang dilahirkan secara realiti. Jangan mudah terpesona dengan gaya bahasa dan lengguk bicara. Carilah pemimpin yang tidak hanya pandai bersyarah dan berteori tetapi dapatkanlah pemimpin yang tahu menunjuk arah cara bertindak dan bekerja.
Untuk itu eloklah kita perhatikan perjalanan kehidupan seseorang calon pemimpin. Lihatlah cara bagaimana dia melepasi kesukaran, halangan dan rintangan sepanjang hidupnya atau perjuangannya. Adakah wujud penghayatan Islam di dalam diri dan keluarganya - sama seperti yang diungkapkan atau disyarahkan?
Usahakanlah dalam menilai seseorang pemimpin itu dengan melakukan sedikit kajian khusus terhadapnya. Perhatikan cara dia menghadapi kesulitan. Pastikan dia menangani semua masalah secara cepat, tepat dan menyelamatkan. Apa yang penting, keputusan yang keluar dari mulut seseorang pemimpin itu - walaupun kadang-kadang dilakukannnya secara spontan adalah tepat dan kena pada masa dan situasinya. Itulah pemimpin!!
0 ulasan:
Catat Ulasan