Tan Sri Muhyiddin Punyai Harga Diri Yang Tebal
PERGHH…..!!! HARGA DIRI TAN SRI MUHYIDDIN TEBAL TIDAK BAKAR KELAMBU KERANA MARAH PADA NYAMUK PAK NIL Kuala Lumpur Selebriti Datuk Aznil Nawawi memuji sikap yang ditonjolkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tenang dan tidak berdendam walaupun digugurkan dari Kabinet. Aznil berkata, sikap positif yang ditunjukan Muhyiddin itu telah mengangkat darjatnya dari Pemimpin yang digugurkan kepada Pemimpin yang dihormati Kalau bukan calang-calang pemimpin, dendam amarah pasti dibakar terutama ketika mengetahui sokongannya kuat ketika ini, katanya menerusi laman sosial Instagram. Aznil yang lebih mesra dipanggil Pak Nil juga memuji sikap Muhyiddin yang masih lagi tebal dengan harga diri. Tabik pada TSMY kerana ketika manusia mula lupa peradaban, beliau masih tebal dengan harga diri. TSMY tidak membakar kelambu hanya kerana marah pada nyamuk sebab kebakaran kelambu boleh marak sehingga membakar rumah. TSMY, anda tak kalah bila mengalah. All...