Social Icons

Isnin, 4 Julai 2016

Bingkisan Ramadhan Ayahanda Syeikh Haji Abdul Rahim Pfordten - ISLAM AGAMA SUCI

(Untuk dikongsikan dengan anak cucu, keluarga, saudara-mara dan rakan-kenalan. 

Islam menuntut penganutnya hidup bermaruah, bersopan-santun, berbudi-pekerti mulia dan penuh dengan adab2. 

Nabi Muhammad saw di utus ditengah2 masyarakat Arab jahiliah yang ber-tuhankan berhala dan berwatak ganas lagi kejam bagaikan haiwan liar di belantara-raya malahan penuh angkuh persis syaitan terkutuk. Mereka hidup bergelumang dengan sundal, judi dan arak. Bermegah2 dengan bangsa keturunan dan kebangsawanan, harta kekayaan dan ramainya puak-kerabat. Hidup merompak dan berbunuhan antara kabilah.

Mereka menjadikan wanita semata2 sebagai alat memuaskan nafsu kebinatangan. Ada yang ter-gamak memaksa para isterinya ditiduri oleh jejaka 'maco' dikalangan bangsawan dengan tujuan supaya dapat anak yang 'maco' lagi pintar malah ada yang mempertaruhkan isteri dimeja judi yang boleh di tiduri oleh kawan yang menang bertaruh. 

Wanita lacur mereka memperkenal diri dengan memacak bendera di hadapan rumah dan berhias serta menari gelek di muka pintu untuk menarik perhatian lelaki yang lalu-lalang supaya di langgan. Ada wanita mereka yang berpeleseran di pasar berpakaian jarang tanpa pakaian dalam. Ramai yang bunuh anak perempuan mereka dengan ditanam hidup2 ketika kanak2 kerana dianggap membawa sial. Mereka bertelanjang bogel ketika tawaf mengelingi kaabah. 

Mereka meneguk arak bertempayan menggunakan tengkorak manusia yang mereka bunuh sebagai mangkok. Sesiapa yang dapat membunuh ramai mangsa dianggap wira dan disanjung malah menjadi rebutan para wanita. 

Maka Nabi saw diutuskan oleh Allah swt untuk memperbaiki kemanusiaan mereka. Nabi saw bersabda: 

"Aku diutuskan untuk membentuk budi-pekerti mulia manusia." 

"Sebaik2 manusia ada lah orang yang paling baik akhlaknya."

"Aku dididik oleh Tuhan ku dengan sebaik2 didikan."

Allah berfirman memuji Nabi:

"Engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang paling agung."

Nabi mencanang iman di tengah2 masyarakat Arab jahiliah itu dengan memperkenalkan Tuhan yang sebenar iaitu Allah yang Maha Ghaib, Maha Esa yang tidak ada tuhan selainNya. Dialah Pecipta, Pemilik, Pentadbir, Penguasa yang berkusasa penuh ke atas segala2nya, Yang Menghidupkan dan mematikan dan akan membangkitkan semula. 

Nabi menanam keyakinan tentang manusia akan menyambung hidup di akhirat yang kekal abadi selepas mati untuk menerima balasan Syurga yang penuh nikmat bagi orang yang berbuat kebajikan dan berakhlak mulia. Begitu juga ditanamkan keyakinan dengan Neraka yang dipenuhi azab yang pedih bagi orang yang berbuat kejahatan dan berakhlak bejat. 

Maka berubahlah watak mereka yang telah diresapi keimanan ke dalam jiwa mereka menjadi sebaik2 manusia dan berakhlak mulia berbeza macam langit dengan bumi dari watak jahiliah dahulu. Mereka meninggalkan berhala dan bertuhankan Allah. Meninggalkan arak, judi dan zina. Hidup berkasih sayang, memuliakan dan meindungi wanita. Maka jadilah mereka kelompok yang hidup aman damai, bela-membela, kuat dan bahagia. 

Akhlak dan sopan-santun adalah umpama bunga diri bagi seseorang. Orang akan jatuh hati, tertawan dan kasih pada orang yang punya bunga diri. 

Bunga dijadikan perhiasan di perkarangan rumah. Diletak jambangan bunga di atas meja sebagai hiasan. Pelamin tempat bersanding mempelai di hias dengan bunga2an. Di semat bunga roset di dada sebagai hiasan. Begitulah manusia tertarik dengan bunga. Dan sungguh menarik manusia yang beradab, Allah sayang dan disenangi oleh sesama manusia. 

Islam menuntut penganutnya beradab ketika makan-minum, tidur-bangun waima masuk keluar tandas sekali pun dengan disertai doa agar hati sentiasa terhubung dengan Allah. 

Islam mengajar kita beradab dengan ibu-ayah, dengan orang yang lebih tua dari kita, sasama kawan sebaya, dengan yang lebih muda, dengan jiran walaupun orang bukan Islam. Dengan guru dan adik beradik. Islam juga mengajar adab dalam makan-minum, bercakap, berpakaian yang menutup aurat, bersih, suci lagi kemas. Malahan adab dalam peperangan; melarang merosakkan tanaman dan membunuh wanita, orang tua, kanak2 dan orang yang beribadat dalam tempat2 ibadat yang tak terlibat degan pertempuran. 

Ilmu tasauf adalah ilmu Islam yang mengajar penganutnya mengenal sifat keji dan membuangnya seperti: Ego (membesar diri), pemarah, berdendam, bakhil, gopoh-gapah, keluh-kesah, tamak, khianat, tak mengenang budi, jahat sangka dan mungkir janji. Sebaliknya menuntut supaya jadi tawadhuk, pemaaf, pemurah, zuhud, qanaah, sabar, redho, syukur, berbaik sangka, jujur serta amanah. 

Bila kita beradab: memaafkan kesalahan orang, memohon maaf atas kesalahan kita, menolong orang meringankan beban hidup mereka dengan wang-ringgit dan tenaga. Meringankan tekanan perasaan mereka, kita akan rasa tenang, terhibur dan bahagia. Di hari berhisab di Yaumil Mahsyar kelak akhlak mulia orang berimanlah yang diberi ganjaran pahala yang bertlipat ganda dan melimpah ruah dari Allah sebagai harta kekayaan di akhirat.

Oleh itu bermujahadah lah mengungkai buang sifat2 keji dan berlatihlah sungguh2 untuk menjadikan sifat terpuji sebagai pakaian dan hiasan diri agar disayangi oleh Allah dan di senangi oleh sesama manusia. Ganjarannya dijanjikan Syurga Allah yang penuh dengan kesenangan, kebahagiaan serta nikmat kelazatan yang kekal-abadi. 

Bila Nabi saw didatangi oleh seorang Arab Badwi mencaci Nabi dan menghina Islam, Nabi mempersilakannya duduk dan terus mendengar cacian dan penghinaan Badwi itu dengan senyuman dan seribu ketenangan. Bila sudah puas Badwi itu bercakap baru Nabi berbicara menerangkan Islam degan bahasa yang sopan dan lemah-lembut. 

"Islam adalah agama dan peraturan hidup dari Allah, Tuhan yang telah mencipta kita yang selamat lagi menyelamatkan. Agama kasih-sayang, agama bela-membela yang membawa kebahagiaan. Badwi itu masih lagi menghujjah yang Islam menghina agama dan tuhan datuk-nenek mereka. Rsaw perkenalkan kepadanya Tuhan yang sebenar yang Maha Esa yang tiada tuhan lain dan hanya yang layak disembah. 

Akhirnya terluncur di mulut Badwi itu syahadah dan berkata "Ya Rasulullah! Ketika aku datang kepada mu tadi engkaulah orang yang paling aku benci di atas muka bumi tetapi sekarang demi Allah engkaulah orang yang paling aku cintai diatas muka bumi ini. Begitulah berpengaruhnya akhlak mulia. Di awal Islam dulu manusia masuk Islam berbondong2 kerana tertarik hati dengan akhlak umat Islam. 

Bagaimana kita sekarang?

Wallahu a'alam. Renungkanlah dan fikir2 kanlah. Maaf zahir batin. Wassalsm. 
(26.06.2016 = 21 Ramadhan 1437).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text