Social Icons

Isnin, 4 Julai 2016

Syawal Bukan Untukku

Syawal Bukan Untukku


Bagaimana hatimu itu?

Tak pernah putus mendidik kami

Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya

Walhal kami tidak pernah menyedarinya

Bahkan, bagaimana hendak meninggalkan Ramadhan

Dan menyambut Syawal, Kau juga memberi panduan

Ahh! Rumitnya aku untuk memahami hati-jiwamu  wahai guruku!!

Kau berkata, 

Kegagalan di bulan Ramadhan ialah kita pergi ke Syawal tanpa membawa hati yg sepatutnya..mahalnya hati itu tidak akan dapat dimana2 melainkan di bulan Ramadhan..maka terpaksalah ditunggu lagi tahun akan datang untuk mendapatkan hati itu. Yakni hati yang mempunyai RASA!

Kau berpesan juga,

Benda yang menghalang hati menuju kepada Allah ialah hati yang masih terikat dengan dunia. Bukanlah hati yang tak terikat dengan dunia itu dia seolah membuang dunia, tidak....Cuma diambilnya dunia hanya cukup keperluan tetapi disertakan dengan RASA HAMBA, RASA TAK LAYAK diberi nikmat yang pelbagai.

Sedang kerja perjuangan kita masih berkira kira.

Kau turut berkongsi,

Salah satu keberkatan Ramadhan ialah rezeki melimpah ruah di bulan Ramadhan kerana setiap hati mengusahakan rasa.

Maka kekalkanlah rasa, taubatlah sepanjang hari seperti mana di bulan Ramadhan, agar rezeki untuk Islam berdatangan tanpa putus..

Apa yang datang darimu itu kami merasakan ianya lebih besar dari semuanya.

Seperti doamu buat kami,

"Didoakan semua yang ada ini, dipakaikan Roh Ramadhan, dianugerahkan RASA-RASA".

Moga kami direzekikan di saki baki akhir Ramadhan ini dengan keberkatan para kekasih Allah!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text