Perutusan / Khutbah Aidil Fitri
1 Syawal 1437 Hijrah / 6 Julai 2016 Masihi
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا
و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ
وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّم وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ
بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ - فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْن
:قَالَ الله تعالى
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا.
أَمَّا بَعْدُ
اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكبَرْ وَلِلهِ الحَمْدُ
اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكبَرْ وَلِلهِ الحَمْدُ
Sidang hadirin sekalian
اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكبَرْ وَلِلهِ الحَمْدُ
Marilah kita jadikan Aidil Fitri ini penuh terisi dengan rasa-rasa hamba. Indahnya hati hamba yang bersyukur apabila melafazkan takbir memuji Allah dalam linangan air mata. Indahnya hamba yang tahu untuk berterima kasih dengan Allah dalam keadaan hatinya terasa amat bersalah dengan Allah. Hati yang rasa malu dengan Allah! Hati yang rasa gerun dan takut dengan neraka dan azab Allah! Hati rasa bimbang, cemas dan kacau bilau mengenangkan nasib diri menunggu keputusan dari Allah.
Memang!! Aidil Fitri, adalah hari di mana kita menerima keputusan lulus atau gagal dalam peperiksaan Ramadhan. Aidil Fitri adalah pengisytiharan di langit dan di alam ghaib siapakah di kalangan kita yang keluar dari madrasah Ramadhan dengan kejayaan mendapat rahmat dan keampunan Tuhan. Aidil Fitri adalah hari di mana para malaikat yang mencatat amal kebaikan dan ibadah setiap hamba di sepanjang bulan Ramadhan mengumumkan dapatan pemantauan masing-masing terhadap setiap orang daripada kita.
Pada hari inilah di ketahui, siapakah di kalangan kita ini yang terpilih disarungkan oleh Allah dengan pakaian orang-orang yang bertaqwa!
Pada hari inilah di ketahui, siapakah yang beruntung di kalangan kita yang diterima oleh Allah dengan disaksikan oleh para malaikat dan ruh-ruh suci bahawa dia menjadi seorang hamba sebenar-benar hamba!!
Pada hari inilah di ketahui, siapakah yang sedang menyemarak namanya di langit yang di sebut-sebut oleh para malaikat sebagai hamba-hamba Allah yang diterima kembali fitrahnya - kembali menjadi ruh suci sesuci-sucinya - bagai anak yang baru lahir - yang tidak ada dosa dan noda - kerana semua himpunan dosanya telah diampunkan dan catatan dosanya kembali kosong tidak ada apa-apa lagi yang berbaki!!
اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكبَرْ وَلِلهِ الحَمْدُ
Para hadirin yang dikasihi sekalian!!
Kita memang inginkan nama kita yang terpilih termasuk dalam golongan yang berjaya melepasi ujian di madrasah Ramadhan. Tetapi kita sedar diri kita adalah pejuang. Kita adalah hamba dan dalam masa yang sama kita juga khalifah. Kita tak boleh semata-mata bertumpu kepada ibadah kerana tuntutan menjayakan sistem hidup Islam adalah tugas dan tanggung jawab kita sebagai khalifah. Itu pun juga ibadah. Justeru bila kita bekerja dan berjuang, memang kita letih - kita rasa tak mampunya untuk banyak beribadah malam, berzikir, membanyakkan membaca Al-Quran dan sebagainya. Kita biasanya akan terbaring kelelahan dan keletihan. Hati kita meronta-ronta mahu bangkit membanyakkan ibadah tetapi apakan daya tenaga sudah tidak banyak tersisa. Kita hanya mampu menyalahkan diri kerana tidak kuat untuk bermujahadah.
Sedangkan para sahabat bersama Rasulullah saw pergi ke medan perang dalam keadaan berpuasa. Mereka sanggup buat apa saja demi Allah yang mereka takuti dan demi Rasul yang mereka cintai. Bahkan hari-hari mereka berpuasa pun, mereka tidak tahu apa makanan yang dapat dimakan ketika mahu berbuka.
Demikianlah realiti kita pada hari ini!! Hanya rahmat Allah sahajalah yang kita harapkan - dan hanya dengan keberkatan para kekasih Allah sahajalah - semoga kita diampunkan Allah dan diberi peluang seterusnya untuk berusaha dan terus berusaha mendapatkan hati yang sebegitu rupa. Teruskanlah tugas-tugas kita sebagai pejuang membangunkan sistem hidup islam yang syumul kerana semuanya tidaklah sia-sia di sisi Allah jika kita berbuat semata-mata dengan niatkan mendapatkan redha Allah - demi membela Islam, membela Allah dan Rasul dan para kekasih mereka. Ingatlah tugas sebagai pejuang juga adalah ibadah yang sangat bermakna kerana ianya ibadah yang memberi manfaat kepada masyarakat dan umat islam:
Sabda Nabi Saw yang bererti: "Sebaik-baik manusia, ialah mereka yang paling memberi manfaat kepada orang lain"!!
Marilah kita mencuba. Moga-moga Allah tidak sia-siakan kita.
Sidang hadirin yang dikasihi sekelian,
Tajuk khutbah Aidil Fitri pada hari ini ialah:
Kembali Kepada Fitrah Untuk Islam Terus Menang
اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكبَرْ
Pada pagi yang berkat ini, kita bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Allah melepasi Ramadhan yang penuh berkat, rahmat dan keampunan Tuhan. Ya Allah, syukur yang tidak terhingga kami panjatkan pada-Mu, atas rahmat, kuasa dan keizinan yang Engkau berikan, hingga kami dapat bertasbih, bertahmid dan bertakbir memujiMu serta dapat mendirikan sunat solat Aidil Fitri pada pagi 1 Syawal 1437H ini. Kami lakukan ibadah ini semuanya adalah sebagai tanda syukurnya kami kepada-MU Ya Allah, yang telah mengizinkan kami menempuh Ramadhan pada tahun ini. Kami memahami firmanMu dalam ayat 186 surah al-Baqarah :
….يُرِيدُ اللَّـهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: …… (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu semua bersyukur.

Walaupun kami masih gagal menghayati Ramadhan, kami mahu terus berusaha membaiki diri kami. Memang kami sedih ditinggalkan bulan yang sangat besar rahmat dan penuh berkat ini. Ramadhan adalah bulan yang sungguh agung. Ramadhan ibarat tamu besar dan tamu yang agung yang datang ke rumah kami dan tidur baring bersama dengan kami. Ramadhan sebagai tamu kami rupa-rupanya sentiasa mengikuti dan melihat memantau hati ruh dan jiwa kami. Kalau begitu, memang istimewa dan luar biasa sungguh tamu ini bahkan Ia sepatutnya sangat meggerunkan kami.
Sepanjang bulan yang lalu, tetamu ini duduk bersama dengan kami. Tamu ini menilai sejauh mana kami melayan, kami menghargai, kami menghormati dan kami melayaninya. Tahap apakah penghormatan kami padanya? Adakah kami tidak memperdulikan tetamu agung ini? Atau apakah kami benar-benar menghargai keberadaannya bersama kami?
اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكبَرْ وَلِلهِ الحَمْدُ
Sidang hadirin yang dimuliakan
Kita boleh dapat merasakan bagaimana Ramadhan menilai kita setelah menempuh beberapa hari Ramadhan. Hanya orang-orang yang direzekikan dengan rasa-rasa hamba sahajalah yang akan tahu untuk mengambil keberkatan tamu ini dengan sebaik-baiknya. Hakikatnya bukan mudah melepasi bulan yang penuh berkat dan keistimewaan ini.
Itulah Ramadhan - Bulan mulia kerana kitab Al-Quran diturunkan di dalamnya. Bulan yang dikurniakan Lailatul Qadar yang sangat besar rahmat keampunan Allah di dalamnya. Bulan mujahadatunafsi membaiki diri yang lebih sungguh-sungguh dari bulan-bulan lain. Bulan yang digandakan pahala bagi setiap amalan taqwa. Bulan maghfirah, keampunan yang Engkau janjikan buat mereka yang benar-benat bertaubat dan menebus dosa-dosa mereka. Rezekikanlah kami Ramadhan yang lebih bermakna pada tahun hadapan ya Allah!!

Sejak maghrib malam tadi, sepertimana amalan yang dilakukan Rasulullah saw dan para sahabat, kita juga bersama-sama membesar dan memuji Allah - menzahirkan rasa-rasa yang bercampur baur di dalam hati kita. Kita sedar kita tidak layak untuk berhari raya sedangkan, hari raya Aidil Fitri adalah hari yang Allah khususkan, untuk hamba-hambaNya yang bertaqwa, yang berjaya mencapai sebanyak-banyaknya rasa hamba sehamba-hambanya, rasa takut setakut-takutnya, rasa rindu serindu-rindunya.
Ya!!! Demikianlah hakikat berpuasa adalah untuk menjadikan kita orang-orang yang bertaqwa. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183, ertinya;
“Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagai mana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa”
Berpuasa rupa-rupanya boleh mengubah seseorang sehingga menjadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Tuhannya. Bagaimana kah caranya? Yakni bilamana Ramadhan dilalui dengan tepat dan penuh penghayatan. Ramadhan dengan pelbagai pakej ibadah serta dengan keberkatan malam Al-Qadr yang mana malaikat berpusu-pusu meriah - turun naik antara langit dan bumi - adalah bulan yang tersangat istimewa. Ruginya kita yang masih gagal mendapatkan sebanyak-banyak rasa hamba, ruginya kita kerana masih gagal untuk kembali kepada fitrah semula jadi yang murni lagi suci.
Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,
اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكبَرْ
Dalam setahun kita telah melalui berbagai-bagai cabaran hidup yang boleh merosakkan hubungan hati kita kepada ALLAH. Manusia umumnya saling menzalim, menindas, menipu, mementingkan diri, jatuh menjatuhkan, hasad dengki, pemarah, takabur, bakhil, berdendam, cinta dunia, ujub, riak, sombong dan lain- lain. Masyarakat manusia lalai dan alpa - tidak berkasih sayang, tidak mahu bekerjasama., tidak bersedia untuk bertolak ansur dan tak mahu lagi bertolong bantu. Maka Allah SWT yang Maha Adil lagi Bijaksana, yang menjadikan manusia, tahu di mana kekuatan dan kelemahannya, tahu bagaimana menguatkan yang lemah, menyuburkan yang kuat, tahu punca kekuatan dan kelemahan, telah memilih sebulan Ramadhan untuk jadi ubat kepada setahun penyakit. Ya, Ramadhan datang untuk overhaul manusia kembali kepada fitrahnya semula.
اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكبَرْ وَلِلهِ الحَمْدُ
Sidang hadirin sekalian
Bagaimana Ramadhan Overhaul Hati Manusia?
Ramadhan datang dengan pakej ibadah yang cukup hebat dan berkesan, kuat menguat satu sama lain, supaya manusia dibaik pulihkan sepanjang Ramadhan. Allahlah yang punya pakej ini. Allah Maha pakar dalam merawat jiwa, fikiran dan fizikal manusia supaya kembali suci sesuci fitrah semulajadinya. Pakej itu ialah ibadah puasa, terawih, baca Quran, zikir, tasbih dan yang paling asas adalah mujahadah untuk melawan nafsu.
Seseorang yang sanggup melakukan keseluruhan pakej ibadah ini dengan penuh penghayatan, sungguh akan memperolehi satu kekuatan roh, mental dan fizikal untuk meneruskan perjuangan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Membawa bersamanya segala sifat-sifat baik seorang manusia seperti merendah diri, pemurah, berkasih-sayang terutama dengan orang miskin dan susah, tawakkal, sabar, tenang, adil, berbaik sangka, sanggup meminta maaf dan memberi maaf, bertolak ansur, jujur, mementingkan orang lain dan lain-lain.
Kalau ada manusia begini, dimuka bumi ini dan tentunya ada, ketahuilah bahawa pada merekalah Allah akan pusakakan bumi ini untuk ditadbir. Pada merekalah Allah janjikan kemenangan dan keajaiban bantuan Allah yang mencurah-curah dalam berbagai-bagai bentuk dan caranya. Ianya tidak lain dan tidak bukan kerana Allah berjanji untuk menutup bumi ini dengan keadilan oleh orang-orang yang mereka itu cintakan Allah dan Allah juga cintakan mereka.
اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكبَرْ وَلِلهِ الحَمْدُ
Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian!!
Bagaimana Ibadah Ramadhan Memproses Ketaqwaan Manusia?
Allah jadikan manusia makhluk yang wajib berusaha dan berikhtiar untuk berjaya dalam apa juga bidang. Kejayaan tidak jadi sendiri kepada manusia. Manusia perlu bertarung, berjuang untuk kejayaan besar mereka. Nelayan mengharungi gelombang laut, petani melawan panas terik, ibu bertarung dengan kesusahan melahirkan anak, bapa tercabar dalam melakukan tanggung jawab pada keluarga, guru berhadapan dengan ragam murid, pemimpin paling teruk berhadapan dengan 1001 jenis kesusahan dalam kepimpinan.
Untuk mengalahkan nafsu dan syaitan, Allah mewajibkan peperangan yang paling besar dan dahsyat yang tak dapat dilihat oleh mata kerana ia bersifat rohani dan maknawi. Hanya orang yang mampu melepasi halangan-halangan nafsu sahaja yang layak mendapatkan taqwa. Ketaqwaan adalah sijil atau ukuran paling mulia untuk seseorang manusia menjadi sesempurna manusia . Tanpa taqwa, PhD, harta, pangkat tidak menjamin manusia dapat dikembalikan kepada kemuliaan yakni kemanusiaannya. Orang kaya, berpangkat dan berijazah tapi yang bertuhankan hawa nafsu akan jadi sejahat-jahat manusia sedangkan dengan taqwa, orang miskin pun jadi mulia apa lagi kalau orang kaya yang bertaqwa!

Sebab itulah para kekasih Allah mengatakan bahawa ibadah paling asas dalam pakej Ramadhan ialah mujahadah terhadap nafsu. Hanya orang-orang yang tahu selok beloknya sahaja yang boleh melakukan mujahadatunnafsi dengan pertolongan Allah. Mujahadah memang menjemukan, nafsu benci dan meletihkan. Hanya orang-orang yang berjiwa besar sahaja yang mampu melakukannya. Hanya mereka yang benar-benar mahu mendapatkan rasa takut setakut-takutnya kepada Allah dan rindu serindu-rindunya kepada Nabi saw sahajalah yang akan sanggup menempuh jalan ini.
Iniah jalan yang telah dilalui oleh para kekasih Allah di sepanjang zaman. Inilah perang melawan hawa nafsu yang menjadikan kita tak boleh rehat-rehat, tak boleh santai-santai, tak boleh berlalai-lalai. Bermalas-malas, santai dan lalai adalah tanda orang yang gagal meneruskan perjuangan melawan nafsunya. Dia membiarkan nafsunya manja dan mengada-ngada. Sedangkan ini adalah peperangan yang tak ada rehat-rehatnya dan inilah yang dikatakan perang yang paling berat dan dahsyat.
Iniah jalan yang telah dilalui oleh para kekasih Allah di sepanjang zaman. Inilah perang melawan hawa nafsu yang menjadikan kita tak boleh rehat-rehat, tak boleh santai-santai, tak boleh berlalai-lalai. Bermalas-malas, santai dan lalai adalah tanda orang yang gagal meneruskan perjuangan melawan nafsunya. Dia membiarkan nafsunya manja dan mengada-ngada. Sedangkan ini adalah peperangan yang tak ada rehat-rehatnya dan inilah yang dikatakan perang yang paling berat dan dahsyat.
اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكبَرْ وَلِلهِ الحَمْدُ
Marilah kita kembali membina kekuatan dan benteng diri untuk memudahkan kita melawan nafsu kita. Jalannya tidak lain dan tidak bukan melainkan dengan terus membaiki sembahyang kita. Sembahyang yang khusyuk adalah rahsia kemenangan. Perjuangan utama kita selepas Ramadhan yang baru berlalu ialah mengalahkan musuh utama dalam diri dan hidup kita ialah iaitu nafsu dan syaitan.
Maka sembahyanglah sebesar-besar atau seagung-agung projek yang menjamin kejayaan kita dalam mengalahkan nafsu. Dalam puluhan rakaat sembahyang kita sehari semalam samada fardhu atau sunat, kita dapat membina dan menebalkan rasa-rasa yang amat diperlukan oleh seseorang hamba yakni rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Rasa yang mampu menghalau dan memusnahkan nafsu yang jahat yang merosakkan hubungan kita dengan Allah dan mencacatkan hubungan kita dengan sesama manusia.
Kita menginginkan sembahyang yang berjaya mengubah kita menjadi insan berperibadi agung. Kita mahu sembahyang yang isteri-isteri dan anak-anak kita dapat menjiwainya - sembahyang yang dapat memberi kesan yang hebat mengubah diri menjadi insan-insan berakhlak mulia. Isteri kembali kepada fitrahnya yang memahami suami dan perjuangan, yang taatkan suami, menjadi bidadadri dan serikandi, sanggup berkorban dan terkorban demi Allah dan Rasul. Anak-anak yang kembali kepada fitrahnya menjadi anak-anak yang taat, bertanggung jawab dan sangat membela kebenaran.
Marilah kita kembali membina kekuatan dan benteng diri untuk memudahkan kita melawan nafsu kita. Jalannya tidak lain dan tidak bukan melainkan dengan terus membaiki sembahyang kita. Sembahyang yang khusyuk adalah rahsia kemenangan. Perjuangan utama kita selepas Ramadhan yang baru berlalu ialah mengalahkan musuh utama dalam diri dan hidup kita ialah iaitu nafsu dan syaitan.
Maka sembahyanglah sebesar-besar atau seagung-agung projek yang menjamin kejayaan kita dalam mengalahkan nafsu. Dalam puluhan rakaat sembahyang kita sehari semalam samada fardhu atau sunat, kita dapat membina dan menebalkan rasa-rasa yang amat diperlukan oleh seseorang hamba yakni rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Rasa yang mampu menghalau dan memusnahkan nafsu yang jahat yang merosakkan hubungan kita dengan Allah dan mencacatkan hubungan kita dengan sesama manusia.
Kita menginginkan sembahyang yang berjaya mengubah kita menjadi insan berperibadi agung. Kita mahu sembahyang yang isteri-isteri dan anak-anak kita dapat menjiwainya - sembahyang yang dapat memberi kesan yang hebat mengubah diri menjadi insan-insan berakhlak mulia. Isteri kembali kepada fitrahnya yang memahami suami dan perjuangan, yang taatkan suami, menjadi bidadadri dan serikandi, sanggup berkorban dan terkorban demi Allah dan Rasul. Anak-anak yang kembali kepada fitrahnya menjadi anak-anak yang taat, bertanggung jawab dan sangat membela kebenaran.
اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكبَرْ وَلِلهِ الحَمْدُ
Marilah kita jadikan Aidil Fitri ini penuh terisi dengan rasa-rasa hamba. Indahnya hati hamba yang bersyukur apabila melafazkan takbir memuji Allah dalam linangan air mata. Indahnya hamba yang tahu untuk berterima kasih dengan Allah dalam keadaan hatinya terasa amat bersalah dengan Allah. Hati yang rasa malu dengan Allah! Hati yang rasa gerun dan takut dengan neraka dan azab Allah! Hati rasa bimbang, cemas dan kacau bilau mengenangkan nasib diri menunggu keputusan dari Allah.
Memang!! Aidil Fitri, adalah hari di mana kita menerima keputusan lulus atau gagal dalam peperiksaan Ramadhan. Aidil Fitri adalah pengisytiharan di langit dan di alam ghaib siapakah di kalangan kita yang keluar dari madrasah Ramadhan dengan kejayaan mendapat rahmat dan keampunan Tuhan. Aidil Fitri adalah hari di mana para malaikat yang mencatat amal kebaikan dan ibadah setiap hamba di sepanjang bulan Ramadhan mengumumkan dapatan pemantauan masing-masing terhadap setiap orang daripada kita.
Pada hari inilah di ketahui, siapakah di kalangan kita ini yang terpilih disarungkan oleh Allah dengan pakaian orang-orang yang bertaqwa!
Pada hari inilah di ketahui, siapakah yang beruntung di kalangan kita yang diterima oleh Allah dengan disaksikan oleh para malaikat dan ruh-ruh suci bahawa dia menjadi seorang hamba sebenar-benar hamba!!
Pada hari inilah di ketahui, siapakah yang sedang menyemarak namanya di langit yang di sebut-sebut oleh para malaikat sebagai hamba-hamba Allah yang diterima kembali fitrahnya - kembali menjadi ruh suci sesuci-sucinya - bagai anak yang baru lahir - yang tidak ada dosa dan noda - kerana semua himpunan dosanya telah diampunkan dan catatan dosanya kembali kosong tidak ada apa-apa lagi yang berbaki!!
اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكبَرْ وَلِلهِ الحَمْدُ
Para hadirin yang dikasihi sekalian!!
Kita memang inginkan nama kita yang terpilih termasuk dalam golongan yang berjaya melepasi ujian di madrasah Ramadhan. Tetapi kita sedar diri kita adalah pejuang. Kita adalah hamba dan dalam masa yang sama kita juga khalifah. Kita tak boleh semata-mata bertumpu kepada ibadah kerana tuntutan menjayakan sistem hidup Islam adalah tugas dan tanggung jawab kita sebagai khalifah. Itu pun juga ibadah. Justeru bila kita bekerja dan berjuang, memang kita letih - kita rasa tak mampunya untuk banyak beribadah malam, berzikir, membanyakkan membaca Al-Quran dan sebagainya. Kita biasanya akan terbaring kelelahan dan keletihan. Hati kita meronta-ronta mahu bangkit membanyakkan ibadah tetapi apakan daya tenaga sudah tidak banyak tersisa. Kita hanya mampu menyalahkan diri kerana tidak kuat untuk bermujahadah.
Sedangkan para sahabat bersama Rasulullah saw pergi ke medan perang dalam keadaan berpuasa. Mereka sanggup buat apa saja demi Allah yang mereka takuti dan demi Rasul yang mereka cintai. Bahkan hari-hari mereka berpuasa pun, mereka tidak tahu apa makanan yang dapat dimakan ketika mahu berbuka.
اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكبَرْ وَلِلهِ الحَمْدُ
Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian!!
Sabda Nabi Saw yang bererti: "Sebaik-baik manusia, ialah mereka yang paling memberi manfaat kepada orang lain"!!
Marilah kita mencuba. Moga-moga Allah tidak sia-siakan kita.
Ya Allah, kekotoran fitrah kami ini siapalah yang mampu membersihkannya, selain Dikau? Pada siapa kami hendak adukan kegagalan puasa ini kalau tidak padaMu? Wahai Tuhan, Kami merayu kepadaMu dengan sepenuh hati agar sudilah Dikau memasukkan nama-nama kami dalam senarai orang berjaya pada Ramadhan yang baru berlalu ini.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
KHUTBAH AIDIL FITRI KEDUA 1437 H / 6 JULAI 2016
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا
و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ
وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكبَرْ وَلِلهِ الحَمْدُ
Sidang jemaah yang dirahmati Allah sekelian,
Marilah kita takutkan Allah yang punya segala-galanya. Marilah kita belajar untuk merasai gerunnya menghadapi kemurkaan Allah. Marilah kita tunduk menyerah diri kepada Allah yang sentiasa meminta kita kembali kepadaNya walaupun kita adalah hamba-hambaNya yang berdosa. Allah meminta kita jadi hamba yang mengaku salah, mengaku hina, mengaku perlukan keampunan dan rahmatNya yang maha luas.
Marilah kita merasakan agungnya kasih sayang Allah dan luasnya rahmat Allah untuk kita. Memang kita adalah orang-orang yang santai, lalai dan cuai sehingga Islam tidak dilihat hebat, gagah dan berwibawa. Memang kita adalah para pelaku dosa, memang kita adalah para pelaku maksiat samada lahir atau maksiat batin. Untuk itu marilah kita bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Marilah kita bina penyesalan di hati dengan sebenar-benar menyesal.
Semoga atas faktor keberkatan - Allah permudahkanlah perjalanan hati kita untuk dapat merasai sentiasa terhubung dengan Allah dengan pelbagai rasa hamba. Janji Allah itu pasti bagi setiap hamba yang mahu kembali rujuk kepadaNya.

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
Sidang hadirin yang dikasihi
Marilah kita buktikan taubat dan penyesalan kita dengan tindakan. Selepas Ramadhan, ada 11 bulan yang sedang menanti kita. Untuk bulan-bulan akan datang, Allah mahu melihat bukti kata-kata penyesalan yang kita lafazkan. Lalu marilah kita bertekad dan berazam untuk wibawakan Islam di mata dunia. Mari kita wangikan jiwa-jiwa kita dengan rasa takutkan Allah dengan sebenar-benar takut. Mari kita hiburkan hati kita dengan mendapatkan rindu serindu-rindunya dengan Rasulullah saw dan para kekasih Baginda. Mari kita meriahkan taman-taman Islam dengan kasih sayang, ukhwah dan perpaduan
Ini adalah zaman keberkatan sedang melimpah. Kita burulah keberkatan di mana sahaja dan bagaimana pun caranya. Semoga Allah membantu kerja kita semua sehingga berlaku keajaiban anugerah Allah di mana sahaja kita berada.
اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكبَرْ وَلِلهِ الحَمْدُ
Sidang muslimin muslimat yang dirahmati Allah
Ingatlah kita tidak layak berhari raya. Justeru lahirkanlah syukur dalam keadaan kita sentiasa mahu pastikan kita berhari di dalam suasana mengikut sistem Allah dan Rasul. Tidak ada gunanya sebulan Ramadhan kita berusaha mendapatkan rasa-rasa hamba sedangkan di hari raya semuanya terbarai. Kita mohon berlindung dengan Allah dari kembali lalai, santai dan cuai!!
اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكبَرْ وَلِلهِ الحَمْدُ
Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian!!
Biarlah hari raya terus mendekatkan kita dengan Allah yang maha menciptakan kita. Hari raya adalah anugerah Allah untuk mereka yang berjaya kembalikan ruh jiwa mereka kepada fitrah semula jadi. Kita hanya menumpang keberkatan dan kejayaan orang-orang berkat iaitu orang-orang yang bertaqwa. Biarlah kita menyambut Aidil Fitri dengan perasaan cemas, takut dan bimbang. Kalaupun bergembira, janganlah sampai melupakan Allah dan Rasul.
Pastikanlah diri kita dan anak isteri serta keluarga kita berhari raya dalam disiplin Islam. Kita lah yang perlu bertegas dalam soal syariat dan tuntutan agama dalam berhari raya. Elakkan anak-anak dari melakukan sesuatu yang di luar sistem tarbiyah kita. Jangan kita cemari kesucian anak-anak yang telah kita didik asuh selama ini dengan membiarkan mereka terkena kekotoran budaya akhir zaman yang merosakkan.
Berkasih sayanglah dengan ibubapa dan saudara mara, hormatilah mereka dan ambillah kesempatan bertemu untuk menceritakan perkembangan Islam yang kita perjuangkan. Semoga mendorong mereka memahami kita dan bahkan mendoakan usaha yang kita lakukan.
اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكبَرْ وَلِلهِ الحَمْدُ
Ingatlah! Hari raya adalah ujian awal adakah kita akan kembali terperangkap dengan nafsu dan syaitan. Tanpa bantuan Allah dan tanpa adanya keberkatan, sangat sukar dan sulit seseorang akan dapat melepasi ujian yang datang dari dalam diri ini.
Ingatlah betapa para sahabat sangat mengutamakan faktor keberkatan dalam membaiki diri dan dalam mereka melawan hawa nafsu bahkan dalam jihad mereka di medan perang. Faktor berkat inilah yang menjadi penentu sesuatu usaha yang kita lakukan.
Jadikan hari raya kali ini untuk kita mengikat hati-hati kita dengan ukhwah, perpaduan dan berkasih sayang. Bermaaf-maafanlah sesama kita dan berlapang dadalah dengan kekurangan orang lain. Semoga berkat didikan para pemimpin di kalangan kita, setiap orang yang bermasalah akan bertemu jalan taubat dan keampunan Tuhan.
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْنَا
عَلَى عَدُوِّكَ
اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَاللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَاْلإِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِى الْقُرْبَى،
وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغِيْ، يَعْظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ، وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَلَذِكْرُاللهُ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَاتَصْنَعُوْنَ
0 ulasan:
Catat Ulasan