Pada satu hari, di sebuah Jabatan Kerajaan di Putrajaya, Pak Lang terjumpa seorang usahawan berbangsa Cina. tentulah dia seorang warganegara Malaysia kerana dia adalah bekas pegawai kerajaan yang bersara awal untuk berniaga. Syarikatnya mendapat kontrak bekalan peralatan untuk sebuah kementerian.
Sebagai seorang bekas pegawai kerajaan, gaya dan lagaknya sangat terbuka dan mesra. Sementara menunggu giliran bertemu dengan ketua pengarah jabatan tersebut, kami berbual-bual, berkenal-kenalan. Bualan yang 'serasi' itu sempat menjangkau topik yang agak sensitif tapi ianya berlaku secara berterus terang.
Mr Teng - jika tidak silap ingatan Pak Lang - itulah nama usahawan Cina tersebut, berusia lima puluhan. Dia berpakaian ringkas tapi kemas. Kami bersembang tentang bagaimana orang Melayu boleh bangkit dari sudut perniagaan - mengikut jejak orang Cina yang sudah lama mahir dan pakar. Dalam keadaan 'dibantu' dari segenap segi oleh kerajaan, orang Melayu kelihatan masih terkial-kial dalam berniaga. Kebanyakannya gagal di awal perjalanan. Persoalan bagaimana orang Melayu tidak mempunyai bakat dan poengalaman yang setanding orang Cina merupakan bahan sembang yang menarik.
Kami akhirnya berpisah apabila nama saya dipanggil masuk. Apabila Pak Lang keluar, Mr Teng sudah tiada. Walaupun begitu, bualan kata-kata akhirnya sebelum kami berpisah masih terngiang-ngiang di telinga Pak Lang. Kata Mr Teng, "Haji! saya suka dengan perbincangan kita. Haji pandai dorong saya bercakap dan berterus terang walaupun kita baru kenal. Apa-apa pun Haji jangan marah atau terasa hati jika saya mahu katakan sesuatu."
"Apa dia Mr Teng? Cakap sahajalah! saya tidak kisah!" Ujar Pak Lang memberi kelegaan padanya untuk menyatakan pandangan akhirnya.
Lalu Mr Teng pun mendekatkan mukanya kepada Pak Lang dan bersuara separuh berbisik, "Maaflah Haji ya! Saya mahu beritahu tentang keadaan bisnes antara orang Melayu dan Cina di Malaysia sekarang ini. Haji tahukah, orang Melayu, jika mahu kejar pencapaian orang Cina di dalam bisnes tak akan boleh kejar walaupun berlari selama 30 tahun!!"
"Wah!!! dahsyatnya1" kata Pak Lang dalam hati. Dalam masa sama Pak Lang melontar soalan sepontan, "Contoh bagaimana?"
Mr Teng pun menyambung, "Haji tengok kedai runcit sudahlah!! Hari ini mana ada orang Cina buka minimarket atau kedai runcit. Itu semua hanya orang Melayu. Maksud saya yang masih berniaga kedai runcit hanya orang Melayu, itupun orang Melayu dari kalangan pendatang Acheh yang maju. Sebaliknya orang Cina sudah pergi jauh. Memang dulu, orang Cina buka kedai runcit tapi bila orang Melayu mahu buka kedai runcit juga, ikut orang Cina berniaga, mereka akan beli barang secara borong dengan peniaga Cina. Lama-lama orang Cina hanya tumpu kedai borong. Semua peniaga runcit Melayu beli barang dari pemborong Cina untuk kedai mereka."
"Pemborong Cina ini akhirnya membesar dan mereka ikut bangunkan pasaraya besar di merata bandar di seluruh Malaysia. Giant, Tunas Manja, Econsave, Speedmart dan lain-lain itu adalah contohnya. Haji tahu, mereka dapatkan bekalan barang dari kilang-kilang di seluruh dunia terutama dari negara China. Bahkan mereka ada kapal mereka sendiri untuk urusan pengangkutan barang yang mereka beli. Di pelabuhan Klang sudah menunggu beratus buah lori mereka untuk edarkan barangan tersebut ke semua cawangan pasaraya mereka di seluruh negara!!"
Panjang lebar Mr Teng, bercerita. Kelihatan dia benar-benar bersemangat menceritakan kehebatan mereka memonopoli bidang peruncitan. Pak Lang hanya mengangguk-angguk memberi dorongan agar dia terus bercerita. Mr Teng terus menyambung, "Sebab itu saya cakap bahawa orang Melayu tidak akan mampu mengejar kemampuan orang Cina. Sekarang, orang Melayu masih rileks, masih tidak sungguh-sungguh lagilah lama masa untuk mencapai seperti apa yang orang Cina dapat. Kalau orang Melayu berlari, mengejar, 30 tahun lagi pun masih belum dapat seperti orang Cina hari ini."
Mr teng kelihatan masih ada banyak bahan yang hendak disampaikan. Beliau melanjutkan cakapnya, "Haji tahukah, apa yang saya cakap ini hanya dalam bidang peruncitan dan pasaraya. Belum lagi dalam bidang pembinaan, kontraktor, pemaju perumahan, pembekalan dan beratus-ratus bidang yang lain. Semuanya dikuasai oleh bangsa Cina. Saya harap Haji tidak marah. Orang Cina tidak salah. Mereka berusaha bersungguh-sungguh merebut peluang yang ada tapi orang Melayu rasa selesa, tidak bersungguh-sungguh....Saya hanya mahu pesan, orang Melayu kena ubah sikap!!"
Apapun, bahagian akhir ini yang menguja Pak Lang. Apa yang Mr Teng sebutkan? Katanya, "Haji, dulu ada Al-Arqam! Itulah contoh syarikat Melayu yang boleh berniaga macam orang Cina, Tapi kerajaan sudah tutup (haramkan). Masa itu saya masih kerja dengan Jabatan kerajaan. Saya pun tidak faham, kenapa kerajaan tidak mahu beri peluang kepada Al-Arqam?"
Itulah sembang-sembang yang terjadi antara kami berdua. Kami hanya baru beberapa minit berkenalan di situ tetapi keterbukaan dalam persoalan yang dibicarakan sangat menarik. Orang Cina tidak kedekut berkongsi dengan kita orang Melayu. Menariknya bila dia sentuh soal Al-Arqam! Jelaslah, orang Cina yang faham berniaga sangat tahu keupayaan dan potensi Al-Arqam membesar dalam ekonomi.
Sekarang GISB sedang melakar sejarah. Hanya masa akan menentukan perjalanan perjuangan membina empayar ekonomi Islam oleh GISB ini. Walaupun ada kelompok yang memandang sinis, irihati dan hasad dengki, tetapi masyarakat terbanyak sangat memberi sokongan kepada bisnes serta perkhidmatan GISB. Bumi Tuhan ini luas. GISB akan terus melebarkan sayapnya ke seluruh dunia. Sabarlah menunggu dan melihat hasilnya!!
0 ulasan:
Catat Ulasan