Kisah Motivasi - Kejayaan Luar Biasa Seorang Ibu Dalam Bisnes Teksi - Inspirasi Dari "Kisah Burung Biru"
Jika sesiapa pernah ke Jakarta dan mendapatkan khidmat Teksi (Taksi dalam Bahasa Indonesia), pastilah dia akan terdorong menggunakan khidmat Teksi Blue Bird. Khabarnya Teksi Blue Bird merupakan satu jenama syarikat perkhidmatan teksi yang unggul di Indonesia. Dengan jumlah penumpang melebihi 8 juta orang sehari, 35,000 orang pemandunya yang sangat prihatin dan sangat dipercayai, syarikat ini mendominasi pasaran seluruhnya. Khabarnya jika seseorang anak gadis menaiki bas ke satu-satu tempat dan tiada sesiapa di kalangan keluarganya yang menunggu di stesen bas, maka ibubapa sigadis akan mempercayai Teksi Blue Bird untuk menghantarnya ke mana sahaja!! Bacalah kisah inspirasi ini sebagai penguat hati kita dalam memulakan sesuatu perkara yang besar di dalam hidup kita. CERITA SINGKAT BERDIRINYA TAKSI BLUE BIRD PEREMPUAN PEJUANG DARI MALANG, INDONESIA Mutiara Siti Fatimah Djokosoetono (Bu Djoko) dilahirkan di Malang pada 17 Oktober 1921. Berasal ...