Social Icons

Ahad, 15 Februari 2015

Minimarket Ditutup Kerana Jual Pakej Coklat, Kondom, Bir.

P
Datuk Bandar Surabaya Cari Pakej Coklat-Kondom-Bir

Surabaya: Wali Kota atau Datuk Bandar Surabaya TriRismaharini (gambar sebelah), mengaku mencaripakej produk Hari Valentine berupa pakej coklat-kondom, dan coklat-kondom-minuman keras dipelbagai minimarketSurabaya. 

Produk-produk tersebut langsung disita oleh Satpol PP, dan minimarketnya ditutup.

Dalam siasatan, gabungan Satpol PP, Linmas, TNI (tentera) dan Polri (polis) diumumkan serentak di seluruh wilayah Surabaya, Jumaat (13/2) malam. Petugas mencari pakej produk di dua minimarket di Surabaya Barat berupacoklat, kondom, dan bir. Sementara di Surabaya selatan berupa pakej coklatdan kondom.

"Minimarket di Surabaya barat terpaksa kami tutup kerana ternyata tiadamempamerkan izin usaha," kata Risma, Sabtu (14/2).

Risma mengaku akan terus melakukan serbuan di beberapa tempat, selaindi minimarket penjual produk pakej Valentine. Ini dilakukan untukmelindungi pelajar di Surabaya dari kemasukan budaya barat yang tidakjelas asal usulnya.

"Bagaimanapun anak-anak selamat dulu dari pengaruh budaya barat ini,"jelas dia.

Ternyata masih ada pemimpin yang ambil peduli dengan generasi mudazaman sekarang, kerana biasanya Wali Kota hanya mahu jaga imej dengantidak mempedulikan akhlak generasi. Tri Rismaharini baru-baru ini,mendapat gelar pemimpin terbaik ketiga versi World Best City Mayor edisiTahun 2014. 

Kedudukan teratas adalah Wali Bandar Calgary, Kanada, Naheed Nenshi danWali Kota Ghent, Belgium, Daniel Termont di kedudukan kedua, sedangkannama Risma di urutan ketiga. Tri Rismaharini juga pernh berjaya menutup pusat pelacuran terbesar di Asia Tenggara di bandar raya Surabaya (Dolly), sebelum Ramadan tahun lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text