Social Icons

Selasa, 17 Februari 2015

Kenapa Ramai Yang Mencari Guru Mursyid?

Dalam memandu perjalanan hati mendapatkan rasa takut setakut-takutnya kepada Allah dan rindu serindu-rindunya kepada Rasul Saw, seseorang hamba itu perlukan mursyid. Hanya mursyid yang berupaya menyampaikan hajat rohani muridnya yang tersebut. Sebab itu di zaman ini ramai umat Islam mencari-cari guru mursyid. Ada yang berjumpa, ramai yang tidak. Hakikatnya dapat bertemu dengan guru yang mursyid adalah anugerah Allah. 

Ada 19 ciri mursyid yang utama:

1). Mempunyai pengetahuan yang cukup tentang syariah dan akidah yang dapat menjawab, dan memberikan penjelasan bila mereka bertanya tentang itu. 

2). Mengenal dan arif tentang selok-belok kesempurnaan dan peranan hati serta mengetahui pula penyakit-penyakit, kegelisahan-kegelisahannya dan mengetahui pula cara-cara mengubatinya. 

3). Bersifat kasih sayang sesama muslim terutama kepada muridnya. Apabila seorang mursyid melihat muridnya tidak sanggup meninggalkan kebiasaan-kebiasaan jeleknya maka ia harus bersabar dan tidak mencemarkan nama baiknya. Dia juga harus terus menerus memberi nasihat, memberi pertunjuk sampai muridnya itu kembali menjadi orang baik. 

4). Mursyid harus menyembunyikan atau merahsiakan aib dari murid-muridnya. 

5). Tidak tersangkut hatinya kepada harta muridnya dan tidak pula bermaksud untuk memilikinya. 

6). Memerintahkan kepada murid apa yang harus dilaksanakan dan melarang apa yang harus ditinggalkan. Untuk itu Mursyid harus memberi contoh sehingga ucapannya menjadi berwibawa. 

7). Tidak duduk terus menerus bersama dengan muridnya kecuali sekadar hajat yang diperlukan. Kalau perlu berlama-lama dengan muridnya pun, ianya kerana keperluan dalam mendidiknya dan memberi contoh tauladan untuk diikuti muridnya itu.

8). Ucapannya hendaklah bersih dari senda gurau dan olok-olok, tidak mengucapkan sesuatu yang tidak perlu. 

9). Hendaklah selalu bijaksana dan lapang dada terhadap haknya. Tidak boleh minta dihormati, dipuji atau disanjung-sanjung dan tidak membebani murid dengan sesuatu yang tidak sanggup dilaksanakannya dan tidak menyusahkan mereka. 

10). Apabila dia melihat seorang murid yang kalau banyak duduk semajlis dengannya, boleh merosakkan hatinya, si murid itu boleh segera disuruh berkhalwat - diasingkan dari orang lain. 

11). Apabila ia melihat kehormatan terhadap dirinya sudah berkurang dalam anggapan hati murid-muridnya, hendaklah ia segera mengambil langkah-langkah yang bijaksana untuk mencegahnya, sebab yang demikian ini adalah musuh yang terbesar. 

12). Tidak lalai untuk memberi petunjuk kepada mereka, tentang hal-hal untuk kebaikan murid-muridnya. 

13). Melarang murid-muridnya semajlis dengan mursyid lain, sebab yang demikian membahayakan keadaan murid itu sendiri. Tetapi apabila dia melihat pergaulan itu tidak akan mengurangi kecintaan dan tidak pula akan menggoyahkan pendirian muridnya, maka boleh saja mursyid membiarkan muridnya semajlis dengan syeikh yang lain. 

14). Harus mencegah muridnya sering mengunjungi orang-orang besar dunia atau para hakim, supaya murid jangan terpengaruh, dan yang boleh menggagalkan tujuannya untuk menuju akhirat. 

15). Tutur kata dan tegur sapa hendaklah dilaksanakan dengan sopan santun dan lemah lembut dan boleh bertegas dengan keras bagi memastikan simurid mematuhi disiplin yang ditetapkan dalam meningkatkan rohaniahnya.

16). Apabila seorang murid mengundangnya maka hendaklah dia menerima undangan itu dengan penuh penghormatan dan penghargaan. 

17). Apabila mursyid duduk bersama muridnya, hendaklah dia duduk dengan tenang, sopan, tertib dan tidak gelisah. Para murid harus percaya bahawa mursyid itu mempunyai sifat-sifat terpuji yang menjadi ikutan dan ikutan mereka. 

18). Apabila mursyid menerima kedatangan murid, hendaklah dia menerimanya dengan senang hati, tidak dengan muka yang masam dan apabila murid meninggalkannya hendaklah mursyid mendo’akannya tanpa diminta. Apabila Mursyid datang kepada muridnya, hendaklah ia berpakaian rapi, bersih dan bersikap yang sebaik-baiknya. 

19). Apabila seorang murid tidak hadir di majlis zikir, hendaklah ia bertanya dan meneliti apa sebabnya. Kalau dia sakit, hendaklah dia jenguk atau ada keperluan hendaklah ia bantu atau kerana ada suatu halangan hendaklah dia mendo’akannya. 

As Syekh Amin Al Kurdi berkesimpulan bahawa sifat mursyid harus meneladani sifat-sifat Rasulullah menghadapi sahabat-sahabatnya sesuai dengan kemampuannya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text