Social Icons

Friday, 20 February 2015

Apa Sudah Jadi? Ahli Parlimen Turki Bertumbuk!

Apa yang sedang berlaku di Turki? Kena tanya kawan-kawan yang sedang berada di sana. Mereka lebih mengetahui situasi yang berlaku terutama perkembangan politik negara yang pernah menjadi kuasa besar dunia dahulu. Parlimen Turki sekarang dikuasai kelompok yang lebih Islami. Sila baca artikel tentang Turki DI SINI, DI SINI dan DI SINI

Cakar Muka? Sesi Bertumbuk Ahli Parlimen Turki Masuk Hari Ke 2.


REUTERS - AHLI parlimen dari parti pembangkang dan parti pemerintah Turki bertumbuk semasa sesi debat rang undang-undang untuk menambah kuasa polis terhadap penunjuk perasaan di Ankara kelmarin. Lihat gambar seseorang sedang mencakar muka lawannya?

ISTANBUL – Parlimen Turki menjadi huru-hara sekali lagi kelmarin selepas ahli Dewan bertumbuk buat kali kedua disebabkan rang-undang-undang kontroversi untuk mening­katkan kuasa polis terhadap penunjuk perasaan, lapor media tempatan.

Agensi berita Dogan me­la­por­kan ahli parlimen daripada parti pemerintah dan parti pembangkang bertinju di dalam Dewan dengan seorang daripada mereka terjatuh beberapa anak tangga sewaktu sesi per­sidangan baru memulakan debat melibatkan rang undang-undang keselamatan dalam negeri itu.

Suasana kecoh itu menyerupai kejadian pada malam Selasa lalu yang meleret ke awal pagi Rabu dan menyebabkan lima ahli parlimen cedera, dua daripadanya mengalami kecederaan di kepala selepas dipukul dengan tukul kayu istiadat.

Parti-parti pembangkang yang menentang kuat rang undang-undang dikemukakan kerajaan itu pada awal minggu ini berjanji untuk menghalang teks draf berkenaan daripada dibaca di Dewan. Mereka menggunakan tak­tik melengah-lengahkan pemben­tang­­an dengan mengemukakan beberapa usul yang tidak berkaitan.

Akhbar Hurriyet melaporkan parti pembangkang mengemukakan bantahan selama lebih tiga jam sebelum debat mengenai rang undang-undang itu dimulakan kelmarin.

Perbalahan mulut antara kedua-dua pihak kemudian tiba-tiba bertukar ganas melibatkan tumbukan serta sepakan. Turut terlibat ialah Ahli Parlimen daripada parti pembangkang CHP, Orhan Duzgun yang jatuh beberapa anak tangga tetapi dia enggan dibawa berjumpa doktor kerana mahu terus berada di dalam Dewan untuk meneruskan penentangan.

Pembangkang khuatir rang undang-undang yang dikemukakan parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) itu akhirnya akan me­njadikan Turki sebuah negara polis di bawah kuasa Presiden Recep Tayyip Erdogan. – AF

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text