Social Icons

Sabtu, 28 Februari 2015

Fikir, Rasa, Cakap Dan Buat Yang Positif Adalah Doa!!


Aku Adalah Sangkaan Hambaku

Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.”
Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra

Inilah yang sewajibnya kita sangka terhadap Allah. Allah mahu kita bersangka baik denganNya. Semua yang ada dalam diri kita lahir dan batin mesti selari dengan Allah. Allah maha inginkan kebaikan, keselamatan, kejayaan dan segala yang positif untuk kita. Allah itu kan maha positif. Allah maha baik, maha segala-galanya. 

Positif itu adalah suatu yang wajib ada dalam diri kita. Positif itu Fardhu Ain. Siapa yang tidak ada unsur positif dikira berdosa. Kalau fikiran negatif - berdosa. Kalau hati negatif - berdosa. Kalau cakap negatif - berdosa. Kalau tindakan negatif lagilah berdosa. 

Ingatlah dosa di sini tidak sama. Orang soleh menganggap hatinya yang lupa dan lalai dari ingat Allah itu sudah berdosa. Orang awam anggap dosa hanya apabila melakukan dosa yang dapat dikesan dengan panca indera yang lima. 

Sebenarnya dosa yang paling sulit untuk diatasi ialah dosa batin, dosa maknawi yang tidak mudah dikesan secara lahir. Dosa yang Maknawi inilah yang banyak menghumbankan manusia ke neraka -wal'iya zubillah!!

Sangka baik itu wajib ada dalam diri kita. Sangkaan di dalam hati pun sudah berupaya membentuk apa yang diri kita akan capai. 

Sangka baik dengan Allah dengan semua peraturan Allah akan menghasilkan diri yang luar biasa. Alla campur tangan 'A to Z' terhadap apa saja yang kita inginkan. Terdetik di hati, Allah sudah izinkan hasrat kita berlaku. Kelihatannya ajaib tetapi itulah kuasa Allah. Allah itu maha ajaib. Dia saja yang mampu lakukan. 

Kita manusia di suruh sangka baik lahir batin denganNya. Inilah rahsia para kekasih Allah mendapat kemudahan dalam hidup mereka. Mereka hidup tidak bergantung dengan manusia sebaliknya ramai insan lain berebut-rebut mahu berkhidmat pada mereka. Orang lain memberi hati kepada mereka. Itulah anugerah Allah. 

Mereka hidup tidak ada masalah kerana Allah selesaikan masalah mereka dengan cara Allah. Mereka hidup senang lenang 'tanpa kerja' kerana rezeki mereka sentiasa dalam jaminan Allah. Orang lain berhempas pulas mencari rezeki, dapat seciput. Mereka yang sudah bersangka baik lahir batin dengan Allah ini, sedikit cuit sahajapun sudah raup kekayaan melimpah ruah!!

Rupa-rupanya kita dan ramai manusia sedang hidup dalam kepompong negatif. Fikiran negatif, perasaan negatif, percakapan negatif, tindakan negatif maka lengkaplah kenegatifan itu di dalam diri.

Jika kita baru sedar, nak mengubahnya bukanlah mudah. Hal yang sudah biasa bahkan sudah mendarah daging, bukanlah dapat dirubah sekaligus. Kena bertahap-tahap. Itu bagi yang insaf, laluan untuk berubah itu sudah ada dan dapat dilihat. Pandang yang positif, fikir yang positif, cakap yang positif, menghayati hal positif serta bertindak gaya positif.

Maka Rasulullah saw mengajak kita fokus kepada Allah. 'marketingkan' diri kita padaNya. Berbillion manusia, jika kita sangka baik lahir batin denganNya, moga-moga ada peluang Dia mahu melihat kita. Apapun semuanya bergantung apa sangkaan kita terhadapNya.

Apa peranan Allah pada kita adalah semua yang baik-baik. Selama ini kita buruk sangka dengan Allah. Kata dalam hati, aku mana boleh berjaya. Aku mana ada duit! Aku tak ada modal. Aku tak pandai. Aku orang tak kenal. Aku tak boleh buat. Aku tak pernah ada pengalaman. Dan lain-lain. 

Kita semua ada kata-kata negatif sebegini samada di mulut atau di dalam hati. Sedar atau tidak, itulah kata-kata 'keramat' yang membentuk sikap dan tindakan kita. Itulah juga yang membentuk perasaan hati kita. 

Itulah yang menjadikan kita manusia kerdil, lemah jiwa dan melihat dunia dengan rasa lemah tidak bermaya. Ianya memberi akibat dahsyat dan semakin memburuk jika tak dirawat. Kehidupan dan perjuangan tidak lagi satu hiburan tetapi penuh dengan kebuntuan dan kegelapan. Malanglah nasib. 

Sebenarnya sangka baik dengan Allah itulah doa. Maksudnya apa yang kita fikir terhadap kehidupan yang kita lalui sekarang, itu adalah doa. Apa yang kita kata terhadap kehidupan, itu adalah doa. Apa yang kita rasa terhadap kehidupan, itu adalah doa. Apa yang kita lakukan (bertindak) terhadap kehidupan, itu adalah doa. 

Apa yang kita fikir, 
apa yang kita rasa, 
apa yang kita cakap, 
apa yang kita buat 
adalah DOA

Betapa besarnya setiap perilaku manusia dalam kehidupan seharian. Semuanya berkait rapat dengan doa. Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah, lakukan segala-galanya dari aspek yang baik dan positif. Kerana firman Allah, “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” - Al-Baqarah, ayat 286. 

Pak Lang pernah berjumpa dengan seorang yang tidak sempurna tubuh badannya. Beliau tidak dapat bergerak seperti manusia normal. Namun itu bukan alasannya untuk menyerahkan keputusan di tangan Tuhan. Sebaliknya, beliau bersyukur dan berusaha menggunakan kelebihan yang Tuhan berikan untuk memulakan perniagaan. 

Kini, perniagaannya sudah menjadi sebuah empayar. Satu daripada pengajaran yang Pak Lang peroleh daripada beliau adalah, “Saya tahu saya ada kekurangan. Tetapi saya tidak boleh bersikap lemah. Saya perlu berusaha lebih keras dan buktikan pada diri saya sendiri, bahawa setiap kurniaan Allah adalah kurniaan yang adil.” 

Semuanya Adalah Doa – Jadi? Amalkan setiap apa yang kita fikir, kata, rasa dan bertindak dengan cas-cas yang positif. Bantuan yang pasti adalah bantuan daripada Allah. Ini disebutkan dalam firmanNya: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlath berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” – Al-Baqarah, ayat 45. 

Jawapannya ada dalam kitab suci Al-Quran. Minta dengan penuh kesabaran dan kepercayaan bahawa Allah pasti tunaikan. Soalnya bila, itu bukan hak kita. Kerana Allah sahaja yang tahu bila masa yang sesuai dan terbaik untuk diberikan kepada hambaNya. Tugas kita? Berusaha sehabis baik dalam mengerjakan perbuatan-perbuatan yang menjurus kepada impian yang diinginkan. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text