Social Icons

Sabtu, 14 Februari 2015

Nilai Seorang Menantu Lelaki Di Sisi Seorang Ayah

Menjadi ayah kepada anak-anak dan menjadi datuk kepada cucu-cucu sudah berlaku pada diri Pak Lang. Anak-anak ada yang sudah berumah tangga dan ramai lagi yang masih kecil...He he ramai isteri, ramailah anak. 

Alhasil anak paling bongsu Pak Lang belum sampai setahun usianya. Lebih kurang sebaya pula dengan beberapa cucu-cucu Pak Lang yang lain

Dapat anak kecil dan dapat cucu yang sebaya sudah jadi kebiasaan bagi orang poligami. Nanti mereka besar sekolah sekali. Seorang ayah saudara, seorang anak saudara. Panggilannya ikut apa yang kita ajar sejak kecil. Walaupun sebaya, salah seorang akan panggil yang seorang lagi dengan 'pak su', 'pak cik' dan sebagainya.

Mendapat menantu juga adalah anugerah Allah. Menantu Pak Lang yang awal lebih ramai lelaki sebab Pak Lang tidak ada anak lelaki yang boleh cepat dikahwinkan. Lambatlah dapat menantu perempuan. Sebenarnya 7 orang anak Pak Lang yang awal adalah puteri semuanya. Yang ke lapan baru lelaki. 

Anak-anak sebenarnya tahu kita sayangkan mereka. Mereka dapat rasakannya. Mereka yang lebih prihatin dengan keadaan kita sebagai ibu bapa, akan sedar betapa kita sanggup berkorban apa saja demi memastikan mereka terdidik dan berjaya dunia akhirat.

Pun begitu, ramai juga anak-anak tidak pedulikan mak ayah masing-masing. Sedihnya hati mak ayah yang bernasib malang sebegitu. Anak-anak sudah melupakan orang yang berjasa dengan mereka. Tentu ada salah silap dalam mendidik mereka. 

Ibubapa yang beruntung ialah yang mendapat anak-anak soleh dan solehah. Semoga Pak Lang termasuk yang beruntung. Amin Ya Allah. Hati mengidamkan anak-anak dan keluarga yang sehati sejiwa dalam memahami agama. Sehati sejiwa dalam memperjuangkan kehendak Allah dan Rasul. 

Berikut adalah sebuah kisah seorang anak kehilangan ayahnya beberapa hari sebelum dia melangsungkan perkahwinan. Ianya paparan kesungguhan dan keterujaan seorang ayah mendapat menantu lelaki. Kisahnya ditulis dengan bahasa mudah dan ringkas. Iktibarnya terserah pada para pembaca....tetapi menarik untuk direnungi. Pak Lang kutip kisah ini dari BLOG LEKAT LEKIT. (syukran)

Ayah...

Entah macam mana nak aku mulakan.. Apapun Al Fatihah Buat Arwah Azizan Bin Hussin, seorang lelaki yang ku panggil ayah.

21 april 2010, 8.28am. Ayah call suruh balik untuk settlekan borang nikah. Ada beberapa part yang boleh di sain & aku perlu menghadiri temuduga sebelum bernikah pada 06.06.2010. Ayah sempat pesan suruh aku buat kad jemputan. Beriya dia nak aku buat sendiri walau aku cakap aku nak tempah jer. Dia suruh aku balik dengan bakal suami masa tu. Dia suruh balik juga dua - dua..

24 april 2010, 11.01 am, Ayah call lagi tanya samada balik atau tak walau masa tu aku dah dalam perjalanan balik ke kampung. Banyak kali dia call bakal suami, tanya balik or tak. Aku anggap biasa jer sebab aku fikir dia cuma risau borang nikah tu tak settle.

Lebih kurang 5.30 pm aku sampai kampung. Ayah masih tak balik kerja masa aku sampai. Ayah balik kerja dah dekat maghrib. Balik je umah dia sibuk tanya borang nikah tu. Masa tu ada kat abang sepupu aku sebab abang sepupu aku yang tolong isikan. Tapi abang sepupu aku time tu busy nak pergi mengajar kuliah agama. Dia tak sempat settle kan minta ayah aku buat sendiri. 

Masa balik dari masjid lepas solat Maghrib Ayah mengadu penat & semput. Tapi dia ada janji nak keluar makan dengan aku, bakal suami & mak lepas isya nanti. Ayah tengok borang. Dia bawak pergi ambil cop dari pegawai masjid. Lepas tu dia pergi masjid untuk solat isya. Dia tetap melaungkan azan seperti biasa walau nafasnya mula sangkut - sangkut. 

Lepas solat isya, ayah balik rumah isikan semua yang belum di isi pada borang nikah. Dia panggil aku dengan bakal suami untuk sain pada borang. Lepas tu dia panggil mak tanya tentang mas kawin. Mak mula memang nak letak mas kawin tinggi tapi ayah still nak letakkan mengikut syarat & hukum jer.. Mak tak membantah. Mas kawin aku cuma RM82. 

Aku memang dari awal tak membantah apa saja yang mak ayah putuskan. Aku bagi mak ayah buat keputusan semua sebab inilah kali pertama mak ayah nak terima menantu walaupun aku bukan anak sulung tapi aku anak yang pertama bakal mendirikan rumahtangga. Cukup la sekadar melihat cahaya girang di raut wajah insan2 yang paling berjasa dalam hidup aku.

Selesai semua borang, ayah mengadu penat & semput lagi tapi tak serius tapi dia izinkan kami keluar pergi makan. Dia sempat cadangkan tempat2 makan. Aku mak & bakal suami masa tu keluar tapi tak jauh. Masa tengah makan ayah call mak cakap lepas makan suruh balik sebab dia sakit. 

Lepas habis makan kami bertiga balik. Sampai rumah kakak no 2 & makcik ada kat umah. Ayah sesak nafas minta hantar ke hospital. Memang agak pelik. Selama ni ayah paling tak suka ke hospital walau dia sakit. Paksa macam mana pun ayah takkan pergi. Memandangkan takde sesapa masa tu, Bakal suami drive bawak ayah pergi hospital. Mak dengan makcik temankan. Mula2 aku nak ikut tapi memandangkan ayah tengah sesak nafas, nak bagi ruang dalam kereta tu aku tak jadi ikut.

Lebih kurang pukul 11 malam, bakal suami aku masa tu call cakap suruh minta tolong sapa2 hantarkan aku dengan kakak no 2 ke hospital. dia tak cakap apa2 cuma dia minta aku dengan kakak no 2 pergi hospital. Aku mula tak sedap hati tapi aku taknak fikir buruk. Aku cari orang nak minta tolong tapi takde sesapa. Last bakal suami patah balik dari hospital datang ambil. Kebetulan abang sepupu balik masa tu. Kakak no 2 ikut abang pergi hospital dulu sementara aku tunggu bakal suami datang ambil aku.

Dalam perjalanan bakal suami tak cakap apa2. Dia cuma cakap dia sayang aku & ada dengan aku walau apapun terjadi. Hati aku semakin cuak. Berkali aku tanya keadaan ayah.. tapi dia tak jelaskan apa yang berlaku sehingga sampai di hospital.

Hampir mati segalanya kekuatan dalam diri bila mendapat tahu Ayah telah pergi buat selamanya... Baru tadi aku tengok ayah. Baru sekejab tadi ayah selesaikan borang nikah untuk aku. Sekelip mata Ayah pergi.. Aku tengok mak begitu tabah. Dia tak menangis. Aku tahu mak kuat. Aku cuba kuatkan semangat. Namun aku kalah juga masa tu sebab pemergian Ayah tanpa sebarang tanda. Terlalu mengejut.

Biarpun ayah pergi namun urusannya selesai. Dia selesaikan kerja, Selesaikan solat lima waktu hingga ke laungan azan terakhir. Ayah seorang Bilal sukarela di masjid. Aku bersyukur segala urusan pengebumian Ayah sempurna & tiada apa yang buruk berlaku.

Wasiat terakhir Ayah pada abang, minta abang uruskan semua hal nikah aku. Selepas 3 hari Arwah ayah pergi, Aku pergi untuk sesi temuduga & abang dah minta untuk cepatkan urusan pernikahan. Selepas Ayah pergi aku takde wali yang dekat lagi. Cuma ada wali yang jauh.. 27hb aku interview & 28hb selepas zuhur lebih kurang 3.43 pm aku sah menjadi isteri kepada Shahrul Bin Abdul Karim. Insan yang menyaksikan Arwah ayah menghembuskan nafas terakhir. Insan baru yang paling di sayangi mak ayah. Dan dialah menantu pertama dalam keluarga ini.

Kawan2 ayah ada bercerita Ayah dah bagitau semua kawan2 & ayah juga dah menandakan di papan putih masjid tentang perkahwinan aku pada 06.06.2010. Ayah bercerita pada kawan2 nya dia kini sudah ada seorang anak lelaki, menantu yang sangat dia sayang lebih dari anak sendiri. Aku faham.. Ayah memiliki 6 orang anak gadis. 

Betapa gembiranya dia untuk menerima menantu sekaligus menjadi anak lelaki pertama dalam keluraga kami. Mak pun terlalu rapat dengan suami aku. Selepas Ayah pergi, suami aku la yang menjadi tempat mak menumpang kasih. Aku dapat lihat keakraban mereka masa di kampung minggu lepas. 

Malah sampai hari ini pun diorang setiap hari akan berbual, bercerita, bergurau di telefon. Betapa bertuahnya aku memiliki seorang suami yang sangat memahami situasi mak sekarang. Sekurang kurangnya kesedihan mak terubat dengan usik manja suami ku yang memang sangat manja dengan mak.

Biarpun semua yang berlaku dalam hidup aku tanpa aku duga. Pemergian Ayah, pernikahan aku.. Namun aku redha dan bersyukur kerana segala urusan menjadi mudah. Biarpun aku masih tidak mampu tersenyum seperti pengantin baru yang lain tapi aku bersyukur sangat2. Aku redha Tuhan lebih sayangkan Ayah. 

Ayah.. Takkan mati dalam ingatan ku biarpun jasadnya tiada lagi untuk ku tatap. Ayah, terima kasih kerana menjadi seorang Ayah pada Norazima Binti Azizan, Noradhalina Binti Azizan, Nursuria Binti Azizan, Norehan Binti Azizan, Siti Zuraida Binti Azizan & Norhidayah Binti Azizan. Gonna Miss U Ayah.. May God Bless U. Love U 4 ever In my life.

2 ulasan:

  1. Terima kasih sudi berkongsi kisah saya di blog tuan.. Dah dekat 5 tahun semua ni berlaku tapi setiap kali membaca kembali coretan saya ni.. kesedihan & kehilangan tu macam baru jer berlaku.

    BalasPadam
  2. Pak Lang juga ucapkan terima kasih kerana sudi memberi komen pada blog suaramuhajirin313 ini. Semoga tulisan kisah benar puan memberi manfaat kepada semua pembaca. Kita berharap semua anak-anak menghargai, menyayangi ibubapa mereka sepenuh hati - sedia berkorban apa saja demi kebahagiaan ibubapa mereka. Keredhaan ibubapa adalah penentu keredhaan Allah!!

    BalasPadam

 

Sample text

Sample Text

Sample Text