Social Icons

Jumaat, 27 Februari 2015

Adik beradik Yang Rapat Ialah Saling Ziarah Menziarahi

                                                                  Semalam Pak Lang berkesempatan ziarah rumah abang kandung yang kedua di Bandar Melati, Rompin. Bandar terdekatnya Muazam Shah. Daerahnya Rompin. Kebetulan adik Pak Lang Puan Anisah bersama suaminya Tuan Nik juga dapat hadir dari Johor Baharu. Meriahla makan tengahari dengan sayur rebung bayam, sambal belacan dengan selunggok besar ulam-ulaman. Tu dia!! Tuan Nik siap order budu lagi!!

Nama abang Pak Lang ni 'Wozari'. Ha!! Tak ada nama semacam ni dalam dunia. Kalau ada pun mungkin orang Jepun.  Anak-anak saudara panggil dia Pak Ngah Li. Adik-adik panggil dia Bang Li. Beliau lebih tua setahun dari Pak Lang. 

Dari kecil, kami berdua rapat. Maksudnya Pak Lang yang mengikutnya ke mana dia pergi. Kami naik basikal tua ('gerek'). Pak Lang membonceng. Kami tangkap ikan, tahan taut, tebang pisang, cari pucuk kayu, buah-buahan dusun, cari ikan - gagau ikan dalam bendang atau dalam selut (bahasa Kedah sebut 'kelebork') dan belajar silat sekali.

Abang yang sulong Cikgu Hj Abu Hassan di panggil Pak Long. Beliau lahir tahun merdeka. Kami berdua 1959 dan 1960. Kami adik-adik panggil Cikgu Hj Abu Hassan yang sulong ini; Bang Can. Yang kedua dipanggil Bang Li dan Pak Lang pula di panggil Bang Cik. Di bawah Pak Lang, ada Mak Nyang Teh yang dipanggil Teh atau Kak Teh (Nama sebenar yang bertuah; Cik Su - baru dapat Pingat Jasa Kebaktian - PJK dari Duli Yang DiPertuan Agong -Tahniah!!). Lepas tu Odah atau Mak Ndak Saodah), Kemudian Mak Teh Mah (Halimah), Pak Cik Lan (Ramlan) dan Mak Su Ani (Anisah).
  
Pak Ngah Li ni pencen pegawai Felda dan isterinya Rokiah Othman masih bekerja sebagai guru tadika KEMAS. Kami panggil dia Kak Kiah. Sekarang kami tambah satu lagi K pada namanya iaitu 'Kak Kiah Kelulut'. Sebab mereka suami isteri sedang memulakan projek ternak Lebah Kelulut. Komersil!!

Kak Kiah ni boleh dinobatkan sebagai kakak ipar contoh la. Tak pernah merungut walaupun letih layan tamu yang berkunjung atau adik beradik yang datang ke rumahnya. Semua tamu seboleh-bolehnya wajib makan nasi kalau pun tak boleh bermalam. Tapi memang keturunan Banjar macam tu. Ramah, mesra, prihatin dan suka layan tamu. Rahsianya yang tak ramai orang sedar ialah layan tamu ini rahsia murah rezeki.

Jadi rumah mereka sentiasa saja ada tamu dari jauh dan dekat. Rasanya termasuk rumah yang ada aura berkat la. Orang Cina kata fengsuinya tepat. Semalam Pak Lang dari Kuantan. Ditakdirkan Puan Anisah dan Tuan Nik juga hendak ke sana. Memang Allah pertemukan dengan kemeriahan sebegitu. Lihat gambar-gambar di bawah. Gambar makanan tak boleh tunjuk sebab kesian dengan anak saudara Pak Lang - Syamil yang sedang dalam rawatan. Nanti dia teringin.

 Syamil yang tabah dalam menempuh rawatan di hospital. (Gambar minggu lepas)
 Syamil di katil hospital (Gambar minggu lepas)
Propolis - rasanya masam sedikit tapi sangat mujarab untuk kanser usus, gaut dan lain-lain


 Menuang madu kelulut dari pecahan sarangnya di dalam perdu pokok hutan
 Madu Kelulut di dalam kantong bulat kecil. Mengambil dengan disedut guna picagari
 Kak Kiah (Mak Ngah Kiah) berbaju kurung bunga biru. Pak Ngah Li baju biru. Pak Su Nik Hazani dan Mak Su Ani di sebelah kanan. Adik Asma' berbaju merah.

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah... terimakasih atas sharing cerita. Teringat kehangatan Tuan Jo melayan kami tetamu dari Indonesia keliling di Utara. Kehangatannya, mesranya, ramahnya... sangat bersungguh2 menggembirakan tetamu. Membuat kami terharu. Semoga Allah membalasi dg kebaikan dunia dan akhirat. Amiiiin.

    BalasPadam

 

Sample text

Sample Text

Sample Text