Social Icons

Ahad, 15 Februari 2015

Teleskop Hubble Temui Galaksi yang Sedang Senyum


Anda tentu sudah tidak asing dengan emoticon yang sering digunakan baik di mesej dan media sosial. Namun pernahkan anda membayangkan sekumpulan galaksi boleh membentuk wajah "smiley" juga?

Teleskop luar angkasa NASA, Hubble, menangkap pemandangan luar biasa di langit, beberapa waktu lalu. Yang membuat fenomenal, galaksi dengan nama SDSS J1038 + 4849 kelihatan sedang tersenyum.

Lihat sahaja gambarnya berikut ini. Ada dua galaksi besar yang seolah membentuk mata dan ada pula yang seperti hidung.


Galaksi lain mengelilingi seperti melukis bingkai wajah yang bulat. "Anda boleh melihat dua mata oren dan hidung putih dari kumpulan galaksi itu," kata wakil Agensi Angkasa Eropah, ESA, kepada Washington Post (09/02).

Para saintis menyebut, senyuman unik para galaksi itu sebagai "Einstein Ring". Sementara kumpulan galaksi itu sendiri dikenal sebagai struktur "bangunan" terbesar di alam semesta.

Terkumpulnya para galaksi menjadi satu diduga kerana besarnya daya graviti. Akibatnya, para galaksi saling tarik-menarik dan membentuk wajah lucu itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text