Social Icons

Ahad, 22 Februari 2015

Siapa Sahaja Boleh Berjaya

Siapa sahaja boleh berjaya kalau kena caranya. Dan siapa sahaja boleh gagal kalau tidak mengikut jalan kejayaan. Kejayaan ada laluannya. Laluan yang kita kena ikut ialah laluan orang-orang yang berjaya. 

Jika hendak jadi wali-wali atau kekasih Allah, kenalah ikut jalan kehidupan mereka. Wali-wali Allah ini tdak takut melainkan kepada Allah semata-mata. Itulah jalan hati mereka. 

Jika hendak jadi usahawan berjaya pun samalah prinsipnya. Ikutlah jalan atau pendekatan usahawan yang berjaya. Yang penting usahawan yang diredhai Allah. Usahawan yang kita inginkan ialah usahawan yang sentiasa dengan Allah. 

Jadi tentulah kita setuju, usahawan juga ada peluang menjadi kekasih Allah. Alangkah beruntungnya jika jadi usahawan yang berjaya, dalam masa yang sama dapat jadi kekasih Allah. Dua kejayaan serentak. Ramai sahabat Nabi saw yang begitu. 

Soalnya ramai yang takut atau pobia dengan kalimah usahawan. Bagi mereka, gambaran usahawan ialah orang yang kaya berjaya tapi jauh dengan Allah. Buat dosa dan maksiat disamping menipu dan rasuah. Usahawan pada tangapan mereka ialah orang bisnes yang mendapat kutukan Allah, gila dunia, gila glamor, rosak jiwanya dan porak peranda rumah tangganya.

Untuk zaman ini - kita di Malaysia khususnya sudah ramai yang sudah melihat usahawan dari persepsi positif. Usahawan bukan lagi seperti gambaran negatif di atas. Usahawan zaman ini, kita mudah temui mereka yang berjaya dalam bisnes tetapi sangat luar biasa komitmen mereka dengan Allah dan Rasul. 

Inilah yang umum masyarakat sudah sedar. Tanpa keredhaan Allah, buatlah apa sahaja, tidak akan menjadi. Kita melihat hukuman Allah berlaku di mana-mana jika gagal menjadikan Allah sebagai sumber rujukan dan tempat meminta pertolongan. 

Ramai yang yakin dengan teknologi - lupakan kuasa Tuhan, maka Allah ada cara timpakan berbagai bala bencana mengalahkan secanggih mana pun teknologi yang digunapakai. Itupun masih ramai tidak mahu mengakuinya. masih kemukakan pelbagai akternatif lahiriah sedangkan dosa maksiat terhadap Allah masih dibiarkan berleluasa. 

Banjir yang berlaku di Kelantan baru-baru ini, berapa orangkah yang kembali insaf dan bertaubat kepada Tuhan. Sudahkah kerajaan negeri yang 'Islami' itu membuat analisa taubat mangsa banjir. Berapa peratuskah mangsa banjir atau keseluruhan rakyat kelantan kembali mengerjakan sembahyang. Berapa peratuskan pertambahan rakyat kembali memeriahkan masjid dan surau selepas banjir?

Di depan mata Tuhan lakukan kemusnahan dari limpahan air dari langit dan bumi untuk negeri yang mengaku 'negeri Islami'. Sepatutnya keinsafan sudah mewarnai bumi 'Serambi Mekah' itu. 

Itulah contoh betapa kejayaan dan kemusnahan atau kegagalan itu kena dilihat mengikut pandangan Tuhan. Tanpa menjadikan keredhaan dan keampunan Allah sebagai kayu pengukur kejayaan kita, apakah lagi nilai yang boleh kita sandarkan?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text