Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Semuanya Pinjam! Pinjaman Bersyarat...

Imej
Dari blog matahati                                                                                                                                                                   ...

Sambut Tahun Baharu cara Islam

Imej
JANATUL FIRDAUS YAACOB (SINAR HARIAN)  31 Disember 2013 KLIK SUMBER Dr Halimah Ali   SHAH ALAM – Sempena ambang tahun baharu 2014, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan hampir RM100,000 bagi melaksanakan pelbagai aktiviti yang direncanakan untuk manfaat rakyat. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali memaklumkan bermula jam 7 malam ini, acara dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di Dataran Kemerdekaan. “Majlis ambang 2014 diisi dengan program persembahan, sembang santai bersama Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi dan diselangi persembahan berilmu. "Majlis perasmian disempurnakan oleh saya sendiri." “Alunan zikir Asmaul Husna akan diadakan pada jam 12.30 tengah malam, kemudian disusuli dengan tayangan skrin besar dokumentari permotoran, tazkirah permotoran dalam Islam, pendaftaran acara pertandingan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘stunt’, motor berhias, dan...

Kisah Benar Tentera Sultan Muhammad Al-Fateh (Dari Blog Matahati)

Imej
Paparan berikut Pak Lang ambil dari blog Matahati. Penulis blog ini iaitu Tn Nawawi Dahlan sekarang sedang merantau ke Turki dan Eropah. Tulisannya tentang Sultan Muhammad Al-Fateh ini terbit dari pengalamannya sendiri menyaksikan lokasi peristiwa penawanan Kota Konstantinopel.    Apa yang dilihat dengan apa yang ditulis dalam sejarah sudah bercampur dengan rekaan, penipuan dan kebenaran. Rekaan dan penipuan tentulah oleh musuh Islam yang tidak mahu menampakkan Islam itu hebat dan mempunyai keajaiban sebagai bukti kebenarannya.     Kebenaran yang ada di sana pun hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang menempuh jalan yang sama di tempuh oleh Sultan Muhammad Al-fateh. Tulisan Tuan Nawawi, membantu kita melihat dan merasai situasi sejarah yang hebat itu.    Diharapkan beliau akan terus menulis tentang sejarah yang begitu tersembunyi rahsia luar biasanya. Tentunya banyak yang perlu disingkapkan dan dihuraikan untuk semua yang mempunyai cita...

Kutub Menyongsang Pada 2015, Tanda Awal Kiamat?

Imej
KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat. Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal. Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah. Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul ’2012′. Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan. Bagaimana dengan nasib...

Pemikiran Kreatif Ada Di Dalam Al-Quran!!

Dunia kreatif merupakan alam yang penuh imiginasi. Ianya memungkinkan segala sesuatu. Asasnya bermula pada pemikiran kreatif yang memberi ruang untuk tidak lagi menggunakan kaedah logik. Di dalam berfikir, hanya ada dua kaedah yang diguna pakai oleh manusia di dunia. 1) Pemikiran logik 2) Pemikiran kreatif. Berfikir secara logik ialah bertujuan mencari hanya satu jawapan bagi setiap persoalan. Jawapannya ialah samada ya atau tidak! Untuk mudah memahaminya, lihatlah pada logik metamatik. 2+2: 4!! Jika dicampur 2 dengan 2 dan kita kata 5 ertinya salah!!  Sedangkan  cara berfikir kreatif membolehkan kita mencari sebanyak-banyaknya jawapan dan semuanya betul dan benar!! Inilah cara berfikir yang mendorong seseorang kreatif dalam meneroka masalah dan kreatif pula dalam menyelesaikannya dengan pelbagai pendekatan. Idea yang ada di dalam pemikiran kreatif tidak pernah habis. Inilah yang dikatakan sebagai inovasi Pemikiran logik adalah pemikiran biasa yang digunakan o...

Kisah Remaja Pilihan - Bagaimana Hatinya Dengan Perkahwinan?

Imej
Pak Lang menerima kiriman kisah berikut daripada salah seorang pembaca blog suaramuhajirin313. Kisah ini terjadi di zaman Baginda Nabi saw. masih hidup. Betapa Baginda saw menjadi pembela bagi remaja pilihan ini. Pak Lang mencari kisah ini mengikut 'link' yang diberikan dan Pak Lang paparkan di sini tanpa edir. Terima kasih pada blog: http://shawaliza.blogspot.com/2012/05/zuhud-seorang-pemuda.html Zuhud Seorang Pemuda Terdapat seorang pemuda pada zaman Rasulullah SAW,yang baik dan rajin beribadah. Suatu hari, pemuda tersebut datang menemui Rasulullah SAW dan menyatakan hajatnya dan meminta pandangan daripada Rasulullah untuk mengahwini seorang gadis yang solehah. Maka Rasulullah pun memberi kebenaran kepadanya.    Setelah mendengar kata-kata Rasulullah,maka pemuda tersebut menemui wali gadis tersebut iaitu bapa kepada gadis yang dihajatinya. Maka dinyatakan hasrat hati pemuda itu untuk mengahwini anak gadis lelaki tersebut. Pemuda tersebut tidaklah selembut Abu Baka...

Malam Pertama Bagi Pengantin Baharu - Apa Yang Patut Dilakukan?

Berikut adalah tips atau panduan menempuh malam pertama pengantin baharu. Pak Lang kutip berdasarkan pengalaman orang-orang lama, pembacaan dan kisah-kisah realiti remaja masakini. Walau bagaimana pun, ianya tentulah tidak sama dengan malam pertama di dalam kubur ya!! 1)   Malam pertama hendaklah dijadikan malam untuk bertaaruf (berkenal-kenalan) secara lebih dekat - dari hati ke hati. Bersembang berdua sambil bercerita akan memberi ruang kasih sayang tercetus atas dasar saling memahami. 2)  Pernikahan adalah halal dan dikira ibadah atau amal soleh menurut syariat. Ganjaran kehidupan suami isteri sangatlah besar di sisi Tuhan. Menghayati hal sebegini, akan mendorong suami isteri bersungguh-sungguh membina rumah tangga bahagia yang diredhai Tuhan. 3)  Mulakan pertemuan suami isteri dengan suami mendatangi isteri sambil menghulur tangan bersalam. Ketika isteri memegang kedua tangan suami dan mengucup belakang tangan suami, niatlah mengambil keberk...