Akhir-akhir ini, Pak Lang menerima beberapa panggilan telipon dan email daripada ibubapa atau keluarga yang sedang menghadapi masalah anak-anak mereka. Kebanyakannya anak-anak remaja di peringkat sekolah menengah. Masalahnya sama iaitu anak-anak tidak minat belajar, ponteng sekolah dan terlibat dengan pergaulan bebas serta gejala negatif.
Mereka mengharapkan GISB atau YKPPM menerima anak-anak mereka untuk dididik di bawah program tarbiyah dan kemahiran yang dijalankan di pusat-pusat latihan YKPPM di seluruh negara. Pihak YKPPM rasanya tidaklah ada masalah jika anak-anak itu sendiri mempunyai kesedaran mahu berubah - jika sanggup mengikuti semua disiplin dan peraturan yang ditetapkan.
Apa yang berlaku ini adalah situasi di mana-mana. Kebanyakan keluarga sedang dihimpit masalah sosial di kalangan anak-anak remaja mereka - lelaki atau perempuan. Jika ada 6 orang adik beradik dan jika kebanyakannya dikatakan 'berjaya' dalam pelajaran, biasanya akan ada seorang dua yang bermasalah. Buatlah macamana pun, gejala ini akan muncul di dalam masyarakat kita.
Remaja bermasalah ini akan menghabiskan banyak masa mereka di luar rumah. Apabila sudah mula pulang lewat malam dan ibubapa sudah tidak mampu memberi nasihat atau memberi amaran, maka anak ini akan terus hanyut dengan dunianya sebegitu. Di hujungnya adalah kerosakan diri, keluarga dan masyarakat. Samada sedar atau tidak, anak ini akan berpotensi memberi pelbagai masalah kepada orang lain.
Sebab itu, kita perlu saling bantu membantu dan bekerjasama memikirkan penyelesaian masalah ini. Dunia moden tanpa sempadan hari ini benar-benar menggugat keharmonian hidup bermasyarakat di kalangan kita. Kita jadi jauh menjauh, asing mengasingkan diri.

Kasih sayang sesama kita semakin renggang, perpaduan punah-ranah. Pergaduhan dan perselisihan sangat mudah terjadi. Situasi ini merebak pula kepada remaja kita. Mereka jadi sukar ditegur atau diberi nasihat. Mereka lebih suka melenting, marah-marah, merajuk dan lari membawa diri. Jika ini semua sudah terjadi, kitalah yang perlu menilai diri sendiri.
Justeru, marilah kita bersatu dan kembali berkasih sayang. Kuatkan hubungan silaturrahim sesama kita. Hargailah dan hormatilah orang lain kerana nilaian Tuhan terhadap kita bergantung sejauh mana kita berkasih sayang sesama manusia. Apa yang ada dalam diri kita, itulah yang akan terpindah ke dalam diri anak cucu kita.
Ingatlah jangan kita hanya memikirkan diri kita dan keluarga kita sendiri semata-mata. Berfikirlah di luar kotak. Berfikirlah secara orang bijak atau secara orang yang mempunyai harga diri. Orang yang mempunyai maruah dan kemanusiaan, akan sedih memikirkan kemelut sosial anak bangsanya. Mereka tidak akan boleh tidur lena memikirkannya. Mereka tidak akan senang duduk untuk bangkit berusaha menyelamatkan keadaan yang kritikal ini.
Cara bijak berfikir ialah mengasihi orang lain sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri. Inilah yang dianjurkan oleh Baginda Nabi saw iaitu 'gembirakan orang lain' ertinya memikirkan tentang orang lain lebih dari memikirkan tentang diri sendiri. Bukankah itu nilai sebenar seseorang muslim?

Ingatlah kesilapan kita selama ini, tidak memperdulikan apa yang terjadi pada anak-anak muda bangsa kita asalkan keluarga kita 'ok'. Gejala sosial yang terjadi kita anggap macam tidak wujud selagi tidak kena pada batang hidung sendiri. Sedangkan kita menjadi pemimpin masyarakat. Kita mampu berbuat sesuatu terhadap sistem pendidikan dan sistem sosial kita.
Kita akan terus hadapi masalah remaja yang semakin bertambah. Kita akan terus berdepan dengan pelbagai kes yang mengerikan dan menakutkan. Justeru, fikirkan hal anak bangsa kita. Fikirkan hal generasi muda kita. Memikirkan masalah anak orang lain akan membantu menyelamatkan anak-anak kita. Sebaliknya jika kita hanya memikirkan anak kita sahaja, tunggulah kerosakan yang merata nantinya akan pasti datang merosakkan cucu cicit dan zuriat keturunan kita di kemudian hari.
Malanglah jika kita menjadi manusia yang hanya memikirkan hal keperluan serta keselesaan keluarga kita semata-mata. Marilah kita ubah sikap kita untuk serius menghadapi situasi ini. Bimbangilah dengan sebenar-benar bimbang, dengan meminta pertolongan serta panduan dari Tuhan. Dialah penyelamat kita bangsa Melayu Islam di bumi Malaysia tercinta ini. Jika kita kembali pada Tuhan dan berkasih sayang sesama kita, Dia pasti akan menunjukkan jalan sebenar untuk kita bina generasi bertaqwa dan berwibawa.

0 ulasan:
Catat Ulasan