Mari kita renungi situasi pendidikan di negara kita sekarang.
Setakat ini kita sudah mempunyai satu sistem pendidikan kebangsaan yang dikatakan mampu melahirkan generasi muda yang cintakan negara. Sekurang-kurangnya itulah harapan di sebalik falsafah pendidikan negara. Al-hasil, ini semua belum menjadi kenyataan sepenuhnya.
Kajian menunjukkan pelajar-pelajar bermasalah muncul di setiap kelas, di setiap sekolah di seluruh negara. Ratusan ribu pelajar sebegini tersaring keluar dari arus pendana pendidikan negara setiap tahun kerana terjebak dengan pelbagai gejala yang negatif. Hakikatnya mereka akan muncul membawa virus kerosakan ke serata tempat di dalam dan di luar negara.
Pendidikan sebenarnya bukanlah hanya diukur dari sudut pencapaian akademik. Semua pakar pendidikan bersetuju bahawa pendidikan yang sebenarnya ialah bagaimana melahirkan generasi penyambung perjuangan membela agama, bangsa dan negara. Ianya adalah pembuktian rasa cintakan agama, rasa ingin membela anak bangsa dan sanggup berkorban apa saja demi keselamatan tanah air yang tercinta. Sudah terbukti mereka yang dilihat cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya, tidak semestinya cemerlang di sudut moral, kekeluargaan, jati diri atau kesungguhan beragama.
Justeru pendidikan mestilah dilihat sebagai suatu yang sangat penting dan utama. Tidak boleh memberi ruang berlakunya kegagalan. Proses pendidikan bukan seperti kilang mengeluarkan produk biasa. Kilang pengeluaran biasa, pasti mempunyai produk yang dibuang kerana tidak mencapai tahap spesifikasi yang ditetapkan. Proses pendidikan bukanlah kilang sembarangan. Ianya 'kilang' melahirkan manusiawi. Prosesnya mesti sempurna, tepat dan berjaya seratus peratus.
Setiap pelajar yang berada di dalam sistem pendidikan kita mestilah diselamatkan dan disiapkan menjadi seorang yang bernilai di sisi Allah swt. Inilah hakikat sebenarnya pendidikan. Ianya bertujuan memastikan manusia yang dididik itu benar-benar muncul sebagai hamba dan khalifah yang berkualiti. Penilainya adalah Allah yang maha menciptakan segala-galanya.
Soalnya di manakah dan bagaimanakah sistem pendidikan sebegini wujud dan berfungsi?

Secara idealnya pendidikan yang sebenar itu adalah seperti apa yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah saw dalam mendidik para sahabat. Itulah model pendidikan yang wajib kita ikuti walau di zaman mana pun kita berada. Tidak ada siapa pun boleh menafikan kaedah pendidikan Baginda Nabi saw sahajalah yang mampu melahirkan pelajar yang dicita-citakan.
Saban hari kita mendengar keluh kesah, tangisan dan kekecewaan ibu bapa terhadap karenah anak-anak mereka. Dalam keadaan ibubapa sendiripun terkial-kial berusaha mencari sarahidup, anak-anak terbiar. Sekolah hanya menumpukan pencapaian akademik. Sekolah tidak mampu mendidik anak-anak sebab tumpuan sepenuhnya kepada penguasaan matapelajaran yang dinilai pada peperiksaan di hujung proses pengajaran dan pembelajaran.
Syakhsiah, budi pekerti dan akhlak pelajar tidak ada kaedah penilaiannya yang khusus. Apatah lagi untuk digubal satu sistem tarbiyah yang komprehensif yang mampu membina jatidiri insaniah setiap pelajar. Jauh panggang dari api, jauh bumi dari langit!!
Apa yang disogokkan ialah penambahan matapelajaran agama dan moral atau ditambah masa belajarnya. Nampaknya pakar-pakar pendidikan pun tidak tahu kaedah bagaimana mengubah dan membina manusia!! Mereka hanya nampak dari satu sudut iaitu memberi 'ilmu' sedangkan komponen asal manusia yang utama ialah hati.
Yang dimaksudkan dengan pendidikan ialah proses yang menjurus kepada subjeknya iaitu hati. Ianya berbeda dengan pembelajaran yang mana subjeknya pula ialah akal atau mental. Jika kita berupaya memahami hal yang asas ini, barulah kita akan tahu pula bagaimana pendekatan pembinaan untuk akal dan hati.
Pendekatannya tidaklah sama. Justeru kita berani katakan, selagi hal ini tidak dirungkai, selagi itulah kita akan melihat nasib malang berlaku kepada anak bangsa kita. Mereka 'dikepung' dalam satu lingkaran sistem pendidikan yang sepatutnya berupaya memanusiawikan setiap orang dari mereka. Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita memang hebat tetapi perlaksanaannya kita sendiri dapat saksikan.
Janganlah kita mengatakan kegagalan membina jati diri pelajar ini adalah kes terpencil. Atau kita mendakwa kes-kes salah laku pelajar di negara kita masih lagi rendah berbanding negara lain. Mungkin apabila kita bandingkan dengan jumlah lebih 5 juta pelajar yang berada di dalam sistem pendidikan di negara kita, maka ratusan ribu atau puluhan ribu pelajar bermasalah dianggap kes terpencil.
Sebenarnya ini pun satu lagi kesilapan kita dalam berfikir. Islam tidak membenarkan ini berlaku!! Pendidikan islam tidak memberi ruang kita gagal. Setiap orang pelajar itu tetaplah ada nilai dan potensi dirinya sebagai hamba dan khalifah. Kalau seseorang anak itu gagal, maknanya itu adalah kegagalan kita membina mereka sewajarnya. Tidak ada istilah tercicir, terpencil dan sebagainya. Dalam pendidikan Rasulullah saw. setiap individu itu dimanfaatkan tenaga dan upaya dirinya untuk Islam, untuk Allah dan Rasul.
Malanglah nasib anak-anak yang tercicir dan terbiar hanya kerana mereka gagal mengikuti arus pembelajaran berasaskan peperiksaan. Kalau pun mereka berpindah ke aliran kemahiran teknikal dan vokasional, mereka masih dicop sebagai kumpulan yang tersaring dan kurang kualitinya. Ianya satu pandangan yang jelek, buruk dan tidak sepatutnya!!
Martabat manusia ialah pada hati dan jiwanya!! Pendidikan kita yang sebenarnya ialah untuk membina hati pelajar dan semua warga yang terlibat sehingga mampu 'mikraj ke langit' menuju Tuhannya!! Mereka sepatutnya dibina untuk dekat hatinya dengan Tuhan. Mereka kena dibina untuk benar-benar menjadi hamba Allah. Dan mereka juga mesti ditunjukkan jalan bagaimana membangun atas nama Allah dan Rasul - sesuai dengan peranan mereka sebagai khalifah di atas muka bumi. Sasaran ini mesti berlaku kepada SETIAP orang pelajar kita!! Mampukah kita berusaha ke arah ini? Jawapannya terserah kepada diri kita sendiri.

STATISTIK
(Kementerian Pendidikan Malaysia)
Bilangan Sekolah
Rendah | Menengah | Jumlah |
7,733 | 2,333 | 10,066 |
Bilangan Murid (Enrolmen)
Prasekolah | 188,192 |
Rendah | 2,814,681 |
Menengah | 2,301,328 |
Jumlah | 5,304,201 |
Bilangan Guru
Lelaki | Perempuan | |
Rendah | 72,266 | 164,047 |
Menengah | 55,155 | 121,252 |
Jumlah | 127,421 | 285,299 |
Data dikemaskini pada 26 Dec 2012
0 ulasan:
Catat Ulasan