Hidup berumah tangga adalah kehidupan yang panjang. Itulah kebiasaannya pada kebanyakan menusia. Ada juga yang berpisah atau bercerai dengan pasangan masing-masing tetapi biasanya rumah tangga dibina semula. Merujuk semula dengan pasangan yang diceraikan atau berkahwin lain adalah lumrah. Kehidupan berkeluarga menjadi keutamaan semua insan di dunia. Itulah fitrah kejadian manusia.
Oleh kerana hidup berkeluarga adalah suatu yang panjang dan lama masanya, banyak hal yang - kerana terbiasa - menjadikan kita alpa dalam menghargainya. Pak Lang ingin paparkan di sini tentang kesilapan isteri (walaupun para suami juga mempunyai banyak perkara yang dialpakan juga). Ini semuanya adalah himpunan pengalaman para suami. Nanti para isteri yang ingin memberi komentar boleh nyatakan pula apa yang mereka harapkan dari suami. Suara hati para isteri tentu lebih bersifat realiti.
Oleh kerana hidup berkeluarga adalah suatu yang panjang dan lama masanya, banyak hal yang - kerana terbiasa - menjadikan kita alpa dalam menghargainya. Pak Lang ingin paparkan di sini tentang kesilapan isteri (walaupun para suami juga mempunyai banyak perkara yang dialpakan juga). Ini semuanya adalah himpunan pengalaman para suami. Nanti para isteri yang ingin memberi komentar boleh nyatakan pula apa yang mereka harapkan dari suami. Suara hati para isteri tentu lebih bersifat realiti.
Apa pun sebenarnya, kelemahan isteri tentulah berpunca dari kelemahan suami. Isteri itu adalah bayangan suaminya. Kelemahan isteri tidaklah boleh ditudingkan semuanya kepada kaum hawa yang lemah itu. Sebaliknya si suami mestilah bertanggung jawab dalam semua hal berkait tingkah-laku isteri.
Semoga apa yang Pak Lang paparkan ini tidak mengguris hati kaum hawa. Jadikan ianya iktibar untuk dikongsi bahan bicara bersama suami.
Antara perkara yang dialpakan oleh kebanyakan isteri (kecuali para isteri solehah atau para isteri yang terpilih di kalangan hamba-hamba Allah) ialah:
Pertama: Alpa dari mengusahakan taqwa atau mendapatkan rasa takut Allah dengan setakut-takutnya dan merindui nabi saw dengan serindu-rindunya. Isteri yang sebelum kahwin merupakan seorang yang istiqamah bangun malam, warak dan rajin baca Quran atau berzikir - setelah lama berkahwin, gagal meneruskan amalan sedemikian. Prestasi amal soleh mereka menurun seiring dengan bertimbunnya perkara yang perlu diselesaikan dalam rumah tangga. Untuk meningkatkan amal jauh sekali. Maka amalan yang sebelum kahwin sudah diistiqamahkan menjadi tertangguh hari kehari, Hujungnya tidak ada kesudahan. Anak semakin ramai, tenaga semakin kurang. Hal sebegini tentulah berpunca dari kegagalan suami mendidik dan mendorong isteri untuk terus meningkatkan diri.
Kedua: Alpa dari sudut menjadi penasihat yang baik kepada suami. Tuhan jadikan perkahwinan itu sama padan dan sama layak untuk bergandingan. Perceraian sepatutnya sukar terjadi kerana suami isteri pandai bertolak ansur dan berlapang dada dengan kelemahan pasangan masing-masing. Ramai wanita yang dilihat baik mendapat jodoh suami yang dilihat jelek sedangkan hakikatnya kejelekan serupa juga ada pada siisteri. Bila sudah berkahwin baru masing-masing tahu mereka ada kesamaan. Tuhan itu maha mencatur. Sepatutnya tidak ada yang dikesalkan dengan pasangan masing-masing. Terimalah dia seadanya. Selagi bernama manusia, siapa sahaja akan tertakluk pada ketetapan Tuhan iaitu manusia akan tersalah dan tersilap. Manusia itu pelupa dan seringkali lalai. Itulah hakikat manusia kecuali para Nabi, para Rasul dan para kekasih Tuhan yang dipelihara dan dipimpin dari berbuat kesilapan.
Ketiga: Alpa dari menggunakan teknik menegur suami atau menasihat suami dengan cara yang berhikmah. Ramai wanita hanya pandai menjadi tukang leter dan 'berceramah' kepada suami. Suami terasa hati, memendam jiwa dan makan hati. Suami yang matang, sukar mahu melayan isteri sebegini. Kalau dilayan makin menjadi-jadi, makin meninggi-ninggi suaranya. Maka si suami hanya banyak berdiam diri. Sukarlah kebahagiaan mahu dicapai. Untuk para isteri, elakkanlah berleter. Menghormati suami dan menghargainya sebagai pemimpin keluarga adalah satu kewajipan yang berat yang perlu dipikul sepenuh hati. Jika banyak mengingati Tuhan, mudahlah hal sebegini dimujahadahkan.
Keempat: Alpa dalam mengurus rumah tangga sehingga menjadi rumah tangga 'syurga'. Payahlah juga untuk dilakukan hal sebegini kerana jika isteri itu tidak ada pendedahan dan pengetahuan, bagaimana dia mampu mengusahakan hal yang sehebat itu. Apa pun, rumah tangga bahagia itu adalah harapan semua manusia. Halangan dan cabarannya banyak. Sebab itu anak-isteri dan keluarga itu dikatakan fitnah atau cabaran yang boleh menghalang seseorang daripada sampai ke syurga. Justeru setiap suami dan isteri kenalah berusaha mendapatkan ilmu, pengalaman dan bergaul dengan mereka yang sudah mengalami kebahagiaan rohaniah dalam rumah tangga. Untuk masyarakat umum itulah caranya. Tapi seperti Pak Lang katakan tadi, ianya bukanlah mudah tetapi teruslah berdoa semoga Allah permudahkan jalan untuk mencapainya.
Kelima: Alpa dalam menyiapkan diri untuk suami. Oleh kerana sudah lama hidup, kebanyakan para isteri terbiasa dengan keadaan seharian yang comot, letih dan serba busuk. Keadaan diri sebegini menghilangkan keinginan suami. Mungkin jika suami mempunyai ramai isteri, hal kekurangan isteri sebegini dapat ditampung oleh isteri yang lain. Walau bagaimanapun tetaplah siisteri yang lemah ini merosakkan pendidikan dalam rumah tangga. Anak-anak yang melihatnya sedemikian akan terikut dengan caranya yang sebegitu rupa. Itulah yang malang. Manakala bagi suami yang hanya itulah seorang isterinya, akan menghadapi hari-hari yang menjemukan. Sukarlah hendak bahagia dan mengecap kemanisan syurga dunia. Alhasil, suami yang durjana akan memilih jalan yang haram dan berdosa besar. Sebaik-wanita ialah yang solehah sepertilah sebaik-baik lelaki ialah yang soleh. Jika setiap orang mengusahakan taqwa, mendapatkan cinta Allah dan Rasul, pastilah ada jalan keluar bagi setiap masalah rumah tangga. Hanya wanita yang berhati mulia sahaja yang kekal setiap masa menyiapkan dirinya untuk suaminya. Percayalah bahawa sebaik-baik persediaan menawan hati suami ialah taqwa. Tubuh dan kecantikan lahir hanya pelengkap tambahan sedangkan yang utamanya ialah ketulusan hati dengan suami demi mendapat redha Allah dan cinta Rasulullah saw. Inilah pengalaman orang-orang soleh yang menceritakan mereka dapat merasakan kebahagiaan luar biasa bila bersama isteri yang solehah walaupun rupa parasnya tidak secantik isteri yang lain. Apatah lagi jika berwajah jelita, bijak dan berjasa!!
Setakat inilah dulu. Mohon maaf.
0 ulasan:
Catat Ulasan