Dunia hanyalah tempat ujian dan 'peperiksaan'. Dunia adalah tempat menempuh bala bencana dan juga tempat menerima nikmat kesenangan. Tuhan jadikan ujian samada berbentuk kesusahan, kesakitan dan kesengsaraan atau berbentuk kesenangan, kemewahan dan kesejahteraan untuk menguji siapa di kalangan hamba-hambaNya yang terpilih sebagai orang istimewa.
Dari ujian yang dipergilirkan di kalangan umat manusia, Tuhan membahagikan manusia kepada pelbagai golongan dan peringkat. Ianya adalah nilaian berupa tinggi atau rendahnya pangkat keistimewaan setiap orang di sisi Tuhan. Tentulah nilaian itu bergantung pada bagaimana seseorang itu menghadapi ujian.
Lulus atau tidak dilihat pada hati dan tindakannya. Adakah dia bersabar dan redha dengan ujian kepayahan, kesakitan dan sebagainya. Dan bagaimana pula dia menghadapi kesenangan; adakah bersyukur dengan bertambah rasa takut, bimbang dan cemas atau terus lalai dari mengingati Tuhan yang mengurniakan segala-galanya.
Walaubagaimanapun, orang-orang yang istimewa di sisi Tuhan, berupaya menghadapi semua proses Tuhan terhadap dirinya dengan jayanya. Hati mereka berupaya melihat segala-gala yang datang itu adalah dari Tuhan - semuanya positif. Puji dan keji yang diterima adalah sama pada perasaannya. Pujian tidak sempat melarutkan hati untuk rasa berbunga atau bangga. Kejian pula tidak mampu menggundah-gulanakan hatinya. Orang yang sebegini, mampu tersenyum dalam kesulitan.
Untuk mendapatkan hati yang sebegini, seseorang mesti menempuh proses yang panjang. Ianya tidaklah mudah kerana nafsu dan syaitan sangat mengganggu siapa sahaja yang mahu menempuh jalan ini. Walaupun mendapatkan hati sebegini, adalah jalan keselamatan yang satu-satunya, tidaklah semua manusia berlumba-lumba mendapatkannya.
Manusia umumnya tenggelam dalam kerosakan, kehinaan dan kejahatan. Mereka hidup terhina kerana menjadi mangsa mainan nafsu dan dicatur segala-galanya dijadikan hamba suruhan oleh syaitan atau iblis. Lebih-lebih lagi yang paling malang ialah secara sedar kehidupan seharian mereka terbelengu dalam sistem yang dilagang dan dihamparkan oleh yahudi dan nasrani. Inilah jalan kehidupan yang rata-rata ditempuh, dilalui oleh umat Islam di seluruh dunia termasuk agamawan!
Tidak ada siapa yang mahu dikatakan dia mangsa nafsu, hamba syaitan dan pembela sistem yahudi walaupun itulah hakikat dirinya di sisi Tuhan. Ramai yang kembali kepada Tuhan dalam keadaan sudah mengumpulkan sebanyak-banyaknya dosa sebagai bekalan untuk disiksa sebaik sakaratul maut sampai bila-bila.
Manusia itu sebenarnya adalah pemimpi. Mereka sedang tidur nyenyak dan dibuai mimpi indah dunia yang menipu. Mereka hanya sedar sebaik sakarul maut mendatangi diri. Bolehkah kita selamat dari segala ujian ini?
Hanya orang-orang pilihan sahaja yang direzekikan keselamatan dunia akhirat, Tuhanlah yang tahu, bagaimana memilih satu dua orang dari berbillion umat manusia. Kita hanya diberi panduan dan sebahagian kita diberi peluang pula diketemukan dengan orang yang mampu memimpin hati kita mendapatkan Allah dan Rasul. Sekali lagi ini semua bukan mudah dan bukanlah untuk semua manusia. Orang pilihan hanya sedikit. Mereka istimewa kerana berupaya melihat akhirat itulah keutamaan hidupnya.
Hari ini seorang lagi warga GISB HOLDINGS Sdn Bhd meninggal dunia. Beliau ialah Tuan Haji Shamsudin - seorang peniaga yang berjiwa Islam yang menghabiskan hayatnya dengan kesungguhan berkorban dan sanggup susah. Beliau adalah contoh orang kaya yang sanggup menjadi 'bank' kepada masyarakat Islam. Suka berterus terang dan tidak berdendam walau apapun yang dilakukan orang padanya. Apa yang berlaku dan terjadi padanya, segalanya dikembalikan kepada Allah. Tuan haji Shamsudin ini sangat lurus hatinya dengan kebenaran.
Pak Lang dan Tuan Fadhil Yassin sempat menziarahi dan menyembahyangkan jenazahnya selepas zohor tadi di Bandar Country Homes, Rawang. Melihat wajahnya yang tenang, Pak Lang teringatkan wataknya yang mudah berkira. Mudah tersentuh jika mendengar ada orang susah, dia akan membantunya. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan diberi ganjaran atas kebaikannya selama ini dengan sebaik-baik ganjaran keselamatan di alam barzakh dan akhirat. Al-Fatihah!!
Dalam usia sudah lebih separuh abad, Pak Lang juga sering dilintasi persoalan kematian. Kehidupan dunia sepatutnya sudah tidak mengganggu persiapan mengadap Tuhan. Mampukah di akhir-akhir hayat ini, hati berjaya dicanai sehebat para kekasihNya. Jalannya terlalu jauh dirasakan. Kepayahan mendaki gunung mendapatkan hati yang takut Tuhan dan rindukan Nabi sungguh mencabar. Allah!!
Marilah kita saling ingat mengingatkan, doa mendoakan agar kita semua menjadi insan terpilih di akhir zaman. Kasih sayang Tuhan amat kita harapkan. Dengan berkat Rasulullah, para sahabat, kaum keluarga Baginda dan seluruh kekasih Allah, kita diberikan pertunjuk, dipimpin melepasi ujian. Datanglah apa jua ujian, jika kita dipimpinNya - dengan berkat mereka, hati kita tahu untuk menerimanya dengan positif.
Pak Lang ucapkan berbanyak terima kasih kepada para pembaca blog ini yang menghantar email, bertanya, memberi komen atau mendoakan. Semoga doa yang kita panjatkan - untuk rakan-rakan serta kenalan kita, dipandang besar dan berharga di sisi Tuhan. Jika kita berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan Tuhan, Tuhan janjikan pertunjukNYa untuk kita. Amin!!

0 ulasan:
Catat Ulasan