Seorang kawan memberitahu Pak Lang, dia mempunyai seorang kenalan rapat. Banyak hal peribadi yang mereka kongsi bersama. Mereka mempunyai seorang kenalan lama - seorang perempuan janda. Sijanda ini tidaklah sekaya mana tetapi mampu duduk menyewa di kondominium mewah di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Sewanya sahaja RM5,000 sebulan. Tentulah pendapatannya melebihi RM20,000 sebulan. Pekerjaannya tidak ada tetapi sentiasa bertukar suami!
Kawan Pak Lang ini memberitahu, "Saya tanya kawan saya, bagaimana dengan Puan Z, sudah ada suami ke belum? Sudah lama dia menjanda, takkan tidak ada jodoh lagi. Rupa wajahnya masih menawan" Kawannya menjawab, "Dia belum berkahwin secara biasa tetapi sudah bernikah secara luar biasa!!"
Tersangatlah terkejut kawan Pak Lang dengan jawapan selamba kawannya itu. "Eh! Apa maksud kamu tentang nikah luar biasa tu? Dia poligami ke?" tanyanya ingin tahu.
Kawannya menjelaskan bahawa, "Puan Z mana mahu hendak terima poligami! Tetapi baru-baru ini, dalam masa sebulan aku terputus hubungan dengan Puan Z. Kalau biasanya sebagai kawan, dia akan selalu hubungi aku tapi aku pelik bulan lepas aku hubungi dia tak dapat-dapat. Asyik 'off' sahaja telipon bimbitnya. kau tahu apa yang berlaku?"
Kawan Pak Lang hanya menggelengkan kepala lalu kawannya meneruskan ceritanya yang mengejutkan iaitu, "Kau tahu Puan Z sudah nikah!! tapi nikah hanya sebulan, nikah Mut'ah!!" Sekali lagi kawan Pak Lang terkejut besar. Nikah mut'ah hukumnya haram dan pelakunya berdosa besar, sama seperti zina.
"Kau tahu....dia kahwin dengan seorang jutawan warga asing. Nikah Mut'ah itu maksudnya nikah kontrak lah! Dia dijanjikan hidup sebagai 'suami isteri mut'ah' selama sebulan. Sebaik habis sebulan, dia diberi RM1juta!!"
Rupanya itulah rahsia Puan Z hidup mewah. Bergilir-gilir suami melalui nikah Mut'ah! Dahsyatnya!!! Yang pasti tentulah Puan Z juga adalah pengikut ajaran Syiah.
Bayangkan dosa zina itu berlarutan selama sebulan. Lepas itu Mut'ah pula dengan lelaki lain - hanya untuk dapatkan wang. Sama macam pelacur. Ini semua bukannya pelik. Amalan Mut'ah adalah pegangan dan pendirian Syiah. Ianya dianggap satu yang berpahala besar. Demikian rosak dan tersasarnya mereka dalam 'beragama'.
Apa pun, hal sebegini semakin membiak di dalam masyarakat kita. Kita semakin kerap mendengar tentang aktiviti songsang pengikut Syiah di negara kita. Janganlah kita terkejut jika ianya meletuskan sesuatu yang lebih mengerikan dimasa akan datang. Jika ajaran ini tidak dibendung-lenyapkan dengan sesungguh hati sedari sekarang, kita akan sedar kita sudah terlambat pada ketika itu. Penyesalan sudah tidak berguna.
Apa pun, hal sebegini semakin membiak di dalam masyarakat kita. Kita semakin kerap mendengar tentang aktiviti songsang pengikut Syiah di negara kita. Janganlah kita terkejut jika ianya meletuskan sesuatu yang lebih mengerikan dimasa akan datang. Jika ajaran ini tidak dibendung-lenyapkan dengan sesungguh hati sedari sekarang, kita akan sedar kita sudah terlambat pada ketika itu. Penyesalan sudah tidak berguna.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menganggarkan pengikut Syiah di Malaysia sudah mencapai angka 250,000 orang. Manakala dari pelbagai sumber yang lain mengatakan jumlahnya sudah mencapai 1juta orang. Pada Pak Lang, biarlah kita anggap jumlahnya lebih ramai supaya kita lebih serius menanganinya.
Ya Allah selamatkanlah kami semua daripada fitnah Syiah, Dajjal dan semua musuh Islam di akhir zaman.
Wahai Tuhan, selamatkan kami dari tipuan dunia atas nama agama Islam yg Engkau uliakan
BalasPadam