JANATUL FIRDAUS YAACOB (SINAR HARIAN) 31 Disember 2013 KLIK SUMBER Dr Halimah Ali SHAH ALAM – Sempena ambang tahun baharu 2014, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan hampir RM100,000 bagi melaksanakan pelbagai aktiviti yang direncanakan untuk manfaat rakyat. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali memaklumkan bermula jam 7 malam ini, acara dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di Dataran Kemerdekaan. “Majlis ambang 2014 diisi dengan program persembahan, sembang santai bersama Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi dan diselangi persembahan berilmu. "Majlis perasmian disempurnakan oleh saya sendiri." “Alunan zikir Asmaul Husna akan diadakan pada jam 12.30 tengah malam, kemudian disusuli dengan tayangan skrin besar dokumentari permotoran, tazkirah permotoran dalam Islam, pendaftaran acara pertandingan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘stunt’, motor berhias, dan...