APA AKAN BERLAKU BILA ORANG JAHAT MENDIDIK ORANG JAHAT, LEBIH-LEBIH LAGI MENDIDIK ORANG BAIK?
Di akhir zaman ini, di mana-mana di bumi ini, ramai manusia rata-ratanya sudah tidak beriman. Bagi umat Islam pula telah terlalu lemah imannya. Apabila tidak beriman atau lemah iman, kesannya takut dengan Tuhan atau takut dengan Neraka sudah tiada atau telah terlalu lemah.
Apabila takut dengan Tuhan sudah tiada atau telah menipis dan takut dengan Neraka pun telah tercabut dari hati manusia atau kalau ada pun sudah terlalu lemah atau nipis, di waktu itu apa lagilah yang boleh membendung dan menyekat manusia daripada melakukan kemungkaran dan maksiat atau daripada melakukan kesalahan dan dosa.
Lebih-lebih lagi apabila manusia itu melakukan kemungkaran dan maksiat atau melakukan ke- salahan dan dosa, mereka mendapat keuntungan di situ.
Misalnya mendapat wang dan harta yang banyak, mendapat pangkat yang tinggi atau dapat mempertahankan pangkat dan jawatan yang tinggi, dapat memiliki perempuan yang cantik, ramai pula, mendapat kenderaan yang besar lagi canggih, mendapat rumah yang tersergam gagah, besar dan indah. Sudah tentu mereka lebih berani dan nekad membuat derhaka dan dosa.
Di waktu itu, berleluasalah perbuatan penzaliman dan penindasan, pembunuhan, penangkapan, salah guna kuasa, mengam- bil kepentingan, pembohongan, pengkhianatan, penipuan, rasuah, pencerobohan, mungkir janji, terlibat dengan dadah, pencabulan, perogolan, perzinaan, minum arak, perjudian, per- gaulan bebas, seks bebas, lesbian, homoseksual, tidak amanah, ponteng kerja, pencurian, hasad dengki, dendam, memfitnah, mengumpat, menghina, rompakan dan berbagai-bagai bentuk jenayah lagi.
Perbuatan-perbuatan yang negatif itu akan berlaku kepada semua golongan mengikut peluang dan kesempatan yang ada pada diri masing-masing. Ia tidak mengira golongan atasan atau orang bawahan, yang berkuasa atau rakyat jelata, pihak keselamatan atau pihak yang hendak dijaga keselamatan, orang kaya atau orang miskin, pemimpin atau pengikut, guru atau pelajar, orang bandar atau orang kampung, pihak pentadbir atau pihak yang kena tadbir, pemuda atau pemudi, orang tua yang sudah bersara atau yang masih bekerja.
Bahkan tidak ada golongan yang terkecuali daripada melakukan kemungkaran dan maksiat atau kesalahan dan dosa-dosa.
Dalam keadaan begini, yang mudah melakukannya, yang banyak peluang serta mudah dapat perlindungan sudah tentulah golongan yang ada kuasa, pihak atasan, golongan pentadbiran, pihak keselamatan, yang berjawatan tinggi dan penting.
Pihak-pihak lain walaupun banyak juga peluang tapi tidak dapat me-lakukan kejahatan yang besar-besar. Di samping itu mereka juga terdedah kepada tangkapan dan hukuman. Ertinya yang akan banyak terhukum adalah golongan yang tiada kuasa dan rakyat jelata, yang siapalah yang akan memperlindunginya dan ia akan berlakulah di seluruh dunia.
Apabila berlaku keadaan dan situasi yang digambarkan tadi, akan terjadilah satu suasana di dalam masyarakat manusia itu seperti di bawah:
1. Guru tidak mesti lebih baik daripada pelajar-pelajarnya.
2. Majikan tidak mesti lebih baik daripada buruh-buruhnya.
3. Orang-orang tua tidak mesti lebih baik daripada orang muda.
4) Ayah atau ibu tidak mesti lebih baik daripada anak-anaknya.
5) Orang besar tidak mesti lebih baik daripada orang-orang kecil.
6) Orang-orang kaya tidak mesti lebih baik daripada orang- orang miskin.
7) Pihak pentadbir tidak mesti lebih baik daripada pihak yang kena tadbir.
8) Pihak keselamatan tidak mesti lebih baik daripada pihak yang hendak dijaga keselamatannya.
9) Orang pandai tidak mesti lebih baik daripada orang bodoh.
10) Pendidik tidak mesti lebih baik daripada orang yang hendak dididik.
11) Para ulama tidak mesti lebih baik daripada orang yang bu- kan ulama.
12) Orang yang hendak membaiki tidak mesti lebih baik daripada orang yang hendak dibaiki.
13) Pemimpin tidak mesti lebih baik daripada pengikut.
14) Orang yang hendak memulihkan tidak mesti lebih baik daripada orang yang hendak dipulihkan.
15) Orang yang berkuasa tidak mesti lebih baik daripada rakyat jelata.
16) Pendakwah tidak mesti lebih baik daripada orang yang kena dakwah.
17) Pemerintah tidak mesti lebih baik daripada orang yang kena perintah.
18) Orang yang menangkap tidak mesti lebih baik daripada orang yang kena tangkap.
Begitulah seterusnya akan berlaku kepada golongan manusia jika kita mahu senaraikan yang lebih detail dan menyeluruh. Apa yang kita senaraikan di atas adalah secara rambang dan mewakili umum.
Sekiranya berlakulah gambaran golongan manusia yang melakukan kejahatan dan kemungkaran di zaman ini; saya rasa ianya sedang berlaku di seluruh dunia; siapakah yang akan membaiki masyarakat? Siapakah yang akan memikirkan kemungkaran dan kejahatan? Siapakah yang akan menumpaskan penzaliman dan penindasan?
Siapakah yang akan menjaga keselamatan? Siapakah yang akan menumpaskan pencerobohan? Siapakah yang akan menumpaskan penipuan? Siapakah yang akan membaiki orang-orang jahat yang berbagai-bagai golongan dan bentuknya?
Sudah tentulah berlaku di waktu itu, orang jahat akan memikirkan orang jahat. Ini berlaku hampir menyeluruh di dunia ini. Penzaliman dan penindasan akan difikirkan oleh orang yang zalim dan menindas. Kaki tipu akan membendung golongan penipu. Orang-orang jahatlah yang akan mendidik orang jahat.
Orang yang belum pulih akidahnya akan memulihkan orang yang belum pulih. Orang yang tidak berakhlaklah yang akan berusaha membaiki akhlak orang yang tidak berakhlak. Pen jahat-penjahatlah yang akan memikirkan orang-orang jahat. Orang jahatlah yang akan menangkap orang-orang jahat. Orang jahat yang akan menghukum orang-orang jahat.
Yang paling malang ialah orang jahat hendak mendidik orang baik. Orang jahat yang hendak memimpin orang baik. Orang yang jahat hendak memulihkan orang yang baik. Orang yang zalim yang hendak menumpaskan orang adil. Orang yang rosak akhlak yang hendak membaiki orang yang baik akhlak.
Orang yang tidak berakidah atau lemah akidah yang hendak membaiki akidah orang yang sudah baik akidahnya. Orang jahatlah konon yang hendak membaiki orang yang sudah baik. Orang jahatlah yang akan memerangi orang yang baik. Orang jahatlah yang akan menghukum orang baik.
Kalau berlakulah di bumi Tuhan ini masyarakat yang macam ini, apakah yang akan terjadi? Maka akan terjadilah orang baik yang banyak teraniaya. Orang jujur akan dimusuhi, orang yang benar akan dipersalahkan. Orang yang ikhlas dipandang serong.
Orang yang jujur tidak disukai. Orang yang berkorban akan terkorban. Orang yang hendak mencari kedamaian dan keamanan dianggap orang yang hendak menggugat keselamatan. Orang yang hendak bersatu dianggap pemecah belah. Orang yang berakhlak mulia dimusuhi. Orang yang pemurah tidak digemari. Orang yang memperjuangkan kebenaran dianggap perosak dan pengkhianat. Siapa yang bersih hidupnya akan tersisih dan terpencil.
Di waktu itulah orang-orang jahat mendapat tempat. Orang- orang jahatlah yang akan menjadi kaya. Orang-orang jahatlah yang akan berkuasa. Orang-orang jahatlah yang akan berilmu. Orang-orang jahatlah yang akan tertonjol. Orang-orang jahatlah yang akan dimuliakan.
Orang-orang jahatlah yang akan diberi orang anugerah. Orang-orang jahatlah yang akan senang. Orang-orang jahatlah yang akan disanjung. Orang-orang jahatlah yang akan mentadbir. Orang-orang jahatlah yang akan membangun. Orang-orang jahatlah yang akan menguasai dunia. Akhirnya keturunan orang baik-baik jangka panjang menjadi jahat pula kerana terpengaruh dengan orang jahat. Kalau tidak berbuat be- gitu, tidak boleh hidup dan senang.
Semoga Allah melindungi kita dan anak cucu kita!!