Social Icons

Khamis, 18 Februari 2016

Kenapa Kita Perlu Bermazhab?

Akhir-akhir ini ada segelintir pihak yang seolah mahu memecah tradisi bermazhab dan menyatakan kita terus sahaja berpegang dengan Al-Quran dan sunnah. Kata mereka antara lain membawa maksud tak perlu bermazhab, cukup dengan Al-Quran dan Sunnah. 

Jadinya, dalam hal fekah ini mereka tidak lagi berpegang pada mazhab yang 4. Mereka mengenepikan terus fatwa dan pandangan mazhab Syafie, Hanafi, Hambali & Maliki. Ini satu perbahasan yang panjang. Saya ringkaskan di sini beberapa sebab kenapa kita perlu pada mazhab:

1. Kita adalah orang awam yang serba-serbi kurang dalam ilmu agama. Kita tidak menguasai ilmu bahasa Arab seperti nahu dan saraf. Kita tiada ilmu mustolah hadis dan tidak jauh mendalami hadis dalam “sunnan sittah” seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim & Sahih Tarmizi. Juga cetek ilmu Al-Quran, tafsir dan nasikh mansukh. Kalaupun kita sudah mempunyai beberapa ilmu agama seperti bahasa Arab, hadis & tafsir, kita tidak mempunyai kemahiran berijtihad dan berfatwa. Kerana banyak perkara dalam hal fekah ini perlu kepada ijtihad dan fatwa.

2. Mazhab yang 4 ini mereka hidup mendekati kehidupan Rasulullah dan para sahabat. Jikalau kita mengatakan kita mengikut Al-Quran dan hadis, makanya contoh teladan kita ialah Rasulullah dan para sahabat. Selepas mereka sudah semestinya tabiin dan tabiut tabiin. Jelas, 4 orang mazhab ini berguru dengan guru-guru yang berguru pada sahabat Rasulullah. Mereka mendapat ilmu yang jelas sanadnya dan sampai kepada Rasulullah dan para sahabat. Mereka hidup dalam lingkungan 300 tahun yang disebut Rasulullah kurun yang baik atau era salafussoleh. Jadinya, sudah pasti ilmu yang mereka dapat itu masih segar dan tidak bercampur aduk berbanding kita yang sudah 1400 tahun jauh daripada zaman Rasulullah dan para sahabat.

3. Bila dikaji, terbukti ulamak-ulamak terdahulu biarpun punyai ilmu agama yang tinggi seperti ilmu Al-Quran & Ilmu Hadis, namun mereka diketahui tetap berpegang pada mazhab. Contoh periwayat Hadis seperti Imam Bukhari & Imam Muslim, mereka berpegang pada mazhab Syafie. Juga ulamak seperti Imam Ghazali, Imam Nawawi & Imam Suyuthi juga berpegang pada mazhab Syafie. Contoh lain, Ibnu Qudamah pada mazhab Hanbali, Qadi Iyadh pada mazhab Maliki & Yusof Kandahlawi pada Mazhab Hanafi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text