Social Icons

Jumaat, 26 Februari 2016

Betulkah Dengan Kata Begini Isteri Kita Boleh Tercerai? - Ramai Yang Tidak Faham Tentang Hukum Zihar!!

Zihar

Pada zaman jahiliyah zihar digunakan untuk menceraikan isteri. Hukum ini telah dibatalkan dan ia tidak boleh lagi digunakan untuk menceraikan isteri. Maka jika si suami menziharkan isterinya dengan niat talaq, ia tetap dikira sebagai zihar. 

Zihar terjadi apabila suami menyamakan isterinya dengan perempuan yang merupakan mahram muabbadnya iaitu ibu kandung, khususnya dari aspek keharaman berkahwin. 

Contoh lafaz zihar ialah kata suami: ”Engkau sama seperti ibu kandungku yang haram bagiku. ”Maka haramlah bagi si suami menyetubuhi isterinya. Akan tetapi jika penyamaan itu bertujuan untuk memuliakan isteri seperti kata suami “kepandaian tangan kamu memasak tak ubah seperti ibuku.”, maka ia tidak dikatakan zihar menurut mazhab Syafie. 

Sebenarnya zihar ini adalah satu pernyataan kinayah untuk tidak menyetubuhi isteri. Perbuatan zihar hukumya haram dan si suami dikira berdosa kerana mengharamkan yang halal. 

Jika suami ingin kembali menyetubuhi isteri ia wajib membayar kifarah zihar terlebih dahulu, mengikut keutamaan salah satu daripada perkara dibawah:
i)   Memerdekakan seorang hamba (muslim)
ii)  Berpuasa 2 bulan berturut-turut
iii) Memberikan makanan yang mengenyangkan kepada 10 orang miskin, secupak seorang.

Sebaliknya jika suami terus tidak mahu menyetubuhi isterinya sehingga tempoh 4 bulan maka zihar ini telah hampir sama hukumnya seperti ila' kerana isteri telah dizalimi (tidak mendapat nafkah batin).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text