Penawar Stroke
Penyakit stroke merupakan salah satu daripada penyakit kronik yang semakin banyak dihidapi oleh sebilangan besar masyarakat kita pada hari ini. Penyakit stroke juga dikenali sebagai penyakit angin ahmar. Pesakit yang menghidapi penyakit ini akan mengalami kelumpuhan pada sebahagian tubuh badan mereka. Dalam masa yang sama, pesakit yang menghidap stroke juga sangat sukar untuk berkomunikasi dengan orang di sekeliling mereka.
Penyakit stroke ini adalah berpunca daripada gangguan pada otak. Otak tidak memperoleh bekalan oksigen yang mencukupi untuk mengawal setiap pergerakan tubuh badan. Amnya, penyakit stroke ini boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis yang pertama ialah stroke iskemia dan kedua ialah stroke pendarahan. Stroke iskemia terjadi sekiranya salur darah manusia tersumbat dan menghalang peredaran darah daripada tiba ke otak. Manakala stroke pendarahan pula terjadi sekiranya terdapat pendarahan pada salur darah manusia atau kerosakan pada sel drah merah yang mengangkut oksigen ke otak.
Pesakit yang menghidap stroke ini perlu bergantung pada ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital. Namun dalam masa yang sama, beberapa inisiatif lain juga boleh dilakukan untuk merawat penyakit stroke ini.
Penawar stroke yang pertama ialah dengan mendapatkan sesi urutan dengan orang yang berpengalaman, hal ini kerana, urutan bagi penyakit stroke ini bukanlah urutan biasa, kerana ia sangat mementingkan keselamatan dan kesihatan pesakit. Namun, urutan adalah tidak disyorkan pada masa Golden Hour pesakit, iaitu pada 3-6 jam setelah pesakit diserang stroke. Kerana pada masa ini, rawatan pencegahan sangat perlu daripada pihak hospital bagi mengelakkan berlaku pendarahahan.
Dalam masa yang sama, stroke juga boleh dirawat dengan mengambil mdu sebagai makanan seharian. Hal ini demikian kerana, madu mengandungi air, glukosa, fruktosa, sukrosa, asam lemak dan vitamin. Vitamin B1 yang terkandung di dalam madu mampu mengubat stroke dengan memulihkan kelumpuhan pada saraf. Sementara vitamn E pula sangat baik untuk melindungi sel darah merah daripada kerosakan.
Penawar stroke yang seterusnya ialah dengan mengambil jintan hitam. Jintan hitam juga dikenali sebagai habbatussauda’. Jintan hitam merupakan makanan yang kering dan panas. Oleh hal yang demikian, pengambilan jintan hitam dapat meningkatkan suhu badan pesakit. Kerana ketika suhu badan pesakit stroke adalah sangat rendah pada saat tersebut.
Penawar stroke juga adalah dengan mengambil daun dewa. Daun dewa dapat melancarkan darah dan menghentikan pendarahan. Dalam masa yang sama, daun dewa sangat baik untuk menurunkan kadar kolestrol di dalam badan. Seterusnya, daun dewa juga sangat baik bagi mencegah pembekuan darah di dalam salur darah.
Tahukah anda, bahawa buah pisang juga sangat baik untuk merawat stroke. Mengambil sekurang-kurangnya 3 biji pisang sehari dapat membantu mengelakkan penyakit stroke. Manakala, menurut kajian, buah-buahan yang berkulit cerah seperti buah apple dan pear sangat baik untuk mencegah dan merawat penyakit stroke.
Demikian serba sedikit perkongsian tentang penawar stroke yang boleh dipraktikkan untuk merawat pesakit-pesakit stroke. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.
0 ulasan:
Catat Ulasan