Social Icons

Selasa, 9 Februari 2016

Pengalaman Kena Serangan Jantung - Iktibar Apa Yang Sepatutnya Kita Lakukan?


Pengalaman Kena Serangan Jantung
Pengalaman kena heart attack memang mengerikan, saya terkena serangan jantung pada september 2007 ketika itu saya berumur 34 tahun. Pada permulaannya lebih pukul 4 pagi, saya terjaga dari tidur dan isteri sedang memasak untuk sahur, saya tersedar bila rasa sebelah kiri badan saya rasa lenguh, lepas tuh saya pon ke ruang tamu, selepas rasa lenguh hilang dan saya terus tidur masuk ke bilik dan tidur semula (serangan pertama-agak ringan).

Lebih kurang pukul 11 pagi, saya pergi berjumpa pelanggan dan naik ke pejabatnya ditingkat 1, selepas turun ke parking saya rasa pening dan sesak nafas lepas 2 minit hilang, cuma pening sahaja, jadi saya masih tidak mensyaki apa-apa yang buruk, tapi dalam pada masa yang sama ada bertanya kawan tentang keadaan saya ketika itu, dia memberitahu kalau sebelah kiri selalunya berkaitan jantung.

Seterusnya lebih kurang pukul 1 tengahari, saya membuat keputusan untuk balik ke rumah untuk berehat dan buka puasa atas faktor kesihatan. Bila sampai rumah selepas makan tengahari saya sesak nafas lebih teruk dari tadi, tapi sekejap-kejap jer datang pas tu ok balik. lepas tu sesak nafas balik hingga mengalir air mata.

Isteri saya memberi cadangan untuk ke klinik, tapi saya enggan sebab ingat penat biasa jer, memang tak terfikir pon kena heart attack. Selepas beberapa ketika tengah saya berehat datang serangan yang kuat sehingga seluruh anggota badan kaku (jari tangan pon tak mampu nak menggemgam)saya hanya mampu menahan airmata yang keluar tiada henti ketika itu, tanpa berlengah isteri saya terus menghidupkan enjin kereta dan saya masih mampu berjalan ke kereta (tapi sudah macam robot kerana semua anggota tak boleh di bengkokkan), sampai di klinik doktor memberitahu ini "muscle pain",doktor bagi satu jarum dan suruh segera ke hospital.

Sampai di Hospital sungai buluh, terus ke kecemasan, selepas di cucuk sejarum tadi agak berasa lega sikit dan mampu berjalan masuk ke wad kecemasan untuk membuat pemeriksaan, selepas membuat saringan (ecg-electrocardiogram) di kaunter kecemasan saya telah dihantar ke bahagian kritikal. Selepas saya baring di atas katil, saya nampak ramai orang (nurse dan doktor) di sekeliling saya , lepas tuh saya dah tak sedar diri.

Selepas satu setengah jam saya tersedar, saya terkejut seluruh anggota badan saya penuh dengan wayar yang berselirat, mulut hidung ditutup dengan alat oksigen, semasa itu datang seorang doktor memanggil nama saya dan cuba berinteraksi samada saya sudah sedar atau tidak.........setelah tengok saya betul-betul sedar dan dia memberitahu bahawa saya bahawa saya terkena "SERANGAN JANTUNG". Macam tidak percaya , saya masih hidup.

Itulah pengalaman saya, hanya orang-orang yang mengalami seperti saya sahaja akan memahami, apa itu serangan jantung, apa itu strok, saya teringat ketika dalam ICU pesakit di sebelah katil saya kiri dan kanan adalah pesakit strok yang kritikal, koma melebihi seminggu, ketika itu saya hanya ingat mati sahaja, alhamdulillah umur saya masih panjang ,hari ke empat saya telah di pindahkan ke wad biasa dan hari ke enam saya di benarkan pulang.

Semasa di pindah ke wad biasa perkara yang saya tak boleh lupa adalah hari-hari ada orang meninggal dalam wad itu, semua berkaitan strok, hati rosak, macam2 lah......pengalaman ini yang saya lalui ini memang membuat saya insaf, tergerak untuk berkongsi dengan orang-orang yang sihat. Selepas itu rutin hidup saya berubah 100%, kena makan ubat 3 kali sehari, tak boleh kerja berat, beberapa kali di masukkan ke wad balik, penah masuk ICU, CCU, CHDW (kardio).

Untuk orang-orang yang sihat, anda masih ada pilihan dalam kesihatan anda.......jadi renung-renungkan lah.................

Apakah 10 tahun akan datang anda pasti, anda tidak kena penyakit jantung atau strok atau darah tinggi atau kencing manis????

Cuba anda fikir sejenak........di kalangan rakan-rakan, saudara mara anda yang berumur 40 ke atas, hanya berapa orang yang bebas dari penyakit seperti di atas, sejak saya terkena serangan jantung, saya sangat fobia bila ada saja orang "meninggal dunia" secara mengejut, kekadang akan menggangu fikiran saya sehingga 2-3 hari, tambahan yang meninggal dunia orang yang saya kenal.......pasti saya akan trauma.

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI" 
Sekarang saya rasa sangat bersyukur dan rasa seolah-olah mati hidup semula, umpama di beri peluang hidup buat kali kedua, walaupun trauma itu tak mungkin akan hilang. Untuk sahabat sahabat di luar sana jaga lah dan utamakan kesihatan anda. Adalah lebih baik kita "mencegah" daripada mengubati. wasalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text