Social Icons

Selasa, 9 Februari 2016

Apa Sudah Jadi? Ustazah Parah Ditikam, Dikelar Anak Sendiri

KUALA LUMPUR: Seorang guru sekolah agama cedera parah ditikam oleh anak lelakinya yang dipercayai mengalami masalah mental di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Rejang, Setapak di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, Khariah Hashim, 49, yang merupakan guru wanita Sekolah Rendah Agama Al Amin di sini, ditemui terbaring di lantai tingkat bawah rumah dalam keadaan berlumuran darah.

Mangsa yang cedera parah dengan kesan tikaman di bahagian perut selain kesan kelar di dahi, ditemui oleh dua lagi anak lelakinya yang baharu pulang dari taman permainan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata menurut mangsa, anaknya yang berusia 21 tahun telah menikam dan mencederakannya.

“Seorang lagi saksi iaitu anak lelaki mangsa berusia 14 tahun yang berada di tempat kejadian ketika insiden, menyatakan bahawa dia nampak suspek menikam mangsa,” katanya di sini, hari ini.

“Polis turut menemui sebilah pisau berukuran 45 sm di lokasi kejadian. Suspek telah melarikan diri,” katanya sambil menambah mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Mohamad Roy berkata, menurut ayah suspek, anaknya merupakan pesakit mental yang memegang kad psikiatri, dan tidak mengambil ubat penyakit itu sejak dua minggu lepas.

“Usaha mengesan suspek giat diteruskan,” katanya.
-Bernama-

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text