Social Icons

Khamis, 25 Februari 2016

Pengantin Remaja - Suami Perlu Tahu Tanda-Tanda Isteri Sudah Sampai Masa Hendak Bersalin!! - Jangan Panik!

Tanda-Tanda Awal Bersalin

Setiap pasangan pasti berdebar-debar menantikan orang baru dalam hidup mereka. Tidak dinafikan ibu-ibu akan mula merasa risau apabila usia kandungan mencecah minggu ke 36. Tidak kiralah bagi yang pertama kali melahirkan atau pun sudah melalui proses melahirkan beberapa kali sebelum ini. Perlu diingatkan sepanjang kehamilan serta... proses kelahiran adalah berbeza-beza untuk setiap anak. Jadinya, ibu-ibu perlu persediaan fizikal dan mental yang cukup bila saja usia kandungan melalui fasa matang aka full term.

Antara persediaan yang perlu dititik beratkan adalah tanda-tanda hendak bersalin.
Selepas usia kandungan mencapai 36 minggu, ibu-ibu perlu ambil berat akan tanda-tanda hendak bersalin., seperti berikut:

1.KONTRAKSI
Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.

2.SAKIT BELAKANG
Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap dan kadar kesakitan nya semakin kuat.

3.PECAH KETUBAN
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.

4.LENDIR PEKAT BERCAMPUR DARAH
Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah.

**Amaran!!! Walaupun (No 1-4) tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.

5.SERVIKS TERBUKA/ LALUAN JALAN BAYI TERBUKA
Hanya doktor yang akan tentukan bukaan serviks. Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui sama ada ibu hamil sudah benar-benar bersedia untuk proses kelahiran ataupun tidak. Biasanya, pemeriksaan ini dilakukan setiap dua hingga empat jam. Apabila semakin hampir 10 cm, pemeriksaan lebih kerap dilakukan.

6.PERUT TERASA MEMULAS SEPRTI HENDAK BUANG AIR BESAR
Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk membuang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati... Jangan meneran sesuka hati ye..

7.KERAP TERKENCING
Ini kerana bayi sudah mula bergerak ke bawah.

8.PERUT KELIHATAN MEMBUNCIT DIBAHAGIAN BAWAH, BAHAGIAN ATAS TERASA RINGAN ATAU KOSONG
Menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera.

Jadi ibu-ibu, dengan membaca tanda-tanda awal bersalin ini mudah-mudah akan lebih yakin, tenang dan faham situasi bila mana sakit hendak bersalin. Jangan bila baru masuk bulan ketujuh tu mula menggelabah bila ada sikit-sikit kontraksi. Yang itu namanya Braxton Hicks Contraction. Dan itu adalah normal dan ketika itu ibu-ibu tak perlu risau. Cuma perlu pantau pergerakan bayi dari masa ke semasa. Kaji bayi anda dan ‘enjoy the moment’. Bila bayi dah lahir, dan makin membesar ibu-ibu kan merindui saat melalui jerit perih sepanjang kahamilan dan proses bersalin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text