Social Icons

Khamis, 4 Februari 2016

Pengarah Sentap Drama Cinta Teruna Kimchi Dilabelkan Drama Sampah

Drama Cinta Teruna Kimchi yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini mendapat pelbagai kritikan daripada penonton sehingga ada yang melabelkan drama itu sebagai sampah.


Ini kerana ada yang berpendapat drama ini terlalu mengangkat cerita Korea sehingga ia menjadi ibarat karya asing didalam drama tempatan.

Bengang dengan komen negatif, pengarah drama tersebut Heykal Hanifah menganggap kritikan yang diberikan agak melampau dan menyifatkan mereka yang memberikan komen tersebut seumpama menghina agama.


Saya lihat, tindakan melabel drama ini seperti sampah amat keterlaluan sedangkan ia sebuah karya berpaksikan Islam. Apabila mereka berbuat demikian, orang itu seumpama menghina agama.

Ikutkan hati, saya enggan melayan komen sedemikian, tetapi saya rasa perlu untuk tampil memperbetulkan segala tanggapan salah itu. Sebaik-baiknya, pengikut drama tempatan menontonnya terlebih dulu dan jangan cepat menjatuhkan hukum.

Malah, ada yang kata, drama ini mengangkat cerita Korea, seolah-olah tiada kisah kita yang boleh diketengahkan. Padahal, 30 peratus saja daripada drama ini membabitkan elemen asing berkenaan.


Tambah Heykal lagi, ketika drama itu mula disiarkan 28 Januari lalu, ia turut menjadi ‘trending’ di Twitter kerana ada yang sudah boleh melihat drama tersebut sebenarnya mengangkat agama Islam sebagai tema utama dan menyelitkan sedikit unsuk K-Pop sebagai daya penarik untuk ramai lagi yang menonton Cinta Teruna Kimchi.


Sejujurnya kami masih belum berkesempatan untuk menonton drama Cinta Teruna Kimchi ni, tapi jika benar ia berkonsepkan tema untuk mengangkat agam Islam, kami rasa drama ini adalah medium terbaik untuk menarik perhatian ramai tentang agama. Ada sesiapa yang dah tonton drama ini? Mungkin boleh kongsikan sedikit pendapat anda.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text