ZINA MUDAH VS NIKAH PAYAH
Fakta Kes
1. Mengikut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)), Datuk Alwi Ibrahim, seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun 2013. Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
2. 17,303 setahun anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan di Malaysia pada tahun 2009. Ini bermakna 17,303/365 iaitu 47 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap hari di Malaysia pada tahun 2009 bersamaan 2 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap jam di Malaysia pada tahun 2009. Ini juga bermakna 47 kes zina yang menghasilkan kehamilan berlaku setiap hari di kalangan Melayu (Islam) pada tahun 2009.
3. Seandainya 47 kes zina ini mewakili 1% daripada kejadian sebenar maka 4700 kes zina di kalangan Melayu (Islam) berlaku setiap hari di Malaysia pada tahun 2009. Ini bermakna sebanyak 4700 pasangan lelaki perempuan melakukan hubungan seks haram setiap hari.
4. Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
5. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat.
6. Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003), seramai 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam.
Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1,730 orang
Perlis = 0,691 orang
Sarawak = 0,617 orang
Terengganu = 0,574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
30,978 kes melibatkan anak orang Islam!!!!
Suasana zaman sudah berubah dengan drastik. Kita terkejar-kejar arus ledakan teknologi sehingga maksiat dan mungkar menjadi sangat mudah untuk berlaku bahkan sangat berleluasa. Dunia tanpa sempadan ini sudah mengubah gaya hidup manusia dalam semua sudut. Semuanya terdorong untuk hidup dengan gaya lalai, lupa Tuhan, lupa asal usul diri dan tidak rasa apa-apa kalau hilang harga diri!!
Hidup manusia walaupun di kalangan orang yang beriman juga sudah nafsi-nafsi. Hanya fikir diri sendiri dan keluarganya saja. Orang yang susah dan terbiar tidak dipeduli. Kebaikan hanya untuk dicanang-canang di bibir mulut - bukan untuk diamalkan. Bahkan di kalangan 'ulamak', identiti Islam mereka pun sudah kabur untuk diyakini.
Justeru tidak ramai yang memandang serius kes zina yang sedang menjadi-jadi ini. Ianya berkait rapat dengan trend manusia yang sedang lupakan Tuhan. Kehendak nafsu yang mahu diikutkan. Syariat Tuhan kalau terabai pun dianggap bukan ada sangkut paut dengan dirinya.
Maka maksiat dibiarkan berlaku di depan mata. Tiada usaha membendung atau mencari jalan alternatif. Terbiarlah anak-anak muda lelaki perempuan yang mahu berkahwin tapi tidak kesampaian. Kahwin dengan akad nikah yang disyariatkan Allah itu sepatutnya mudah dan dipermudahkan. Itulah satu-satunya saluran bagaimana keinginan fitrah dan nafsu anak-anak remaja dapat disalurkan dengan cara yang halal dan diredhai Allah.
Mungkin terikut-ikut dengan gaya hidup artis atau orang berada, maka setiap keluarga - walaupun miskin papa kedana tetap mahu mempamerkan kemeriahan perkahwinan yang diharapkan menjadi bualan jiran-jiran. Entah apa yang hendak dimegah-megahkan pun tidaklah kita tahu. Yang penting itulah trend semasa yang mahu diikut.
Maka yang berlaku ialah kenaikan 'tarif' mas kahwin atau wang hantaran. Daripada RM2,000 (tahun 80an) ke RM5,000, RM10,000, RM20,000 bahkan ada yang sampai RM50,000..... Belanja perkahwinan sekarang pun - di kalangan artis dan anak-anak pembesar atau keluarga korporat sudah mencapai puluhan bahkan ratusan juta ringgit!!
Inilah budaya yang menandakan perkahwinan itu pasti tidak kekal lama. Memang benar!! Ramai yang bercerai-berai dengan pelbagai cerita 'sedih' masing-masing. Apa yang di kejar? Tidak lain hanyalah kepuasan nafsu disamping dapat memberi 'kredit' kepada syaitan!!
Yang menanggung beban ialah pengantin lelaki. Jika anak orang berada, mungkin berupaya mempersembahkan apa dan berapa sahaja hantaran yang diminta. Kalau anak orang susah, baru kerja pula, bagaimana mahu melamar anak orang.
Masalahnya mereka sudah berkenalan - sudah saling mencintai, sudah rindu dendam berahi!!! Ditambah dengan godaan video lucah yang bersepah di hujung jari, bagaimana seteguh-teguh iman boleh membentengi diri?
Kalau sudah tidak malu ketika berbicara dalam telefon, apakah mereka masih akan tersipu-sipu malu bila bertemu? Jawabnya - pertemuan pertama mereka (dating) itulah biasanya zina boleh terus berlaku. Bila sudah berlaku zina, mungkin yang ada iman akan menyesal. Kalau zina sudah terjadi, biasanya akan berlaku berulang-ulang kali!! - tidak ada apa yang boleh dibuat lagi. Menangislah tak berlagu. Bagaimana mahu menanggung malu terutama bila perut sudah membesar membawa zuriat yang tidak sah di sisi Allah?
Bagaimana kita boleh membantu mereka?
1) Bantu mereka dengan dididik hati jiwa agar kuat terhubung dengan Allah dan Rasul. Inilah pegangan hati yang utama. Takut Allah akan menjadikan seseorang itu berhati-hati dalam bertindak. Akan ada dorongan di dalam hati untuk mengelak dari maksiat dan mungkar. Maka kena meriahkan suasana masyarakat dengan program-program Islami yang membentuk suasana mendekatkan manusia kepada pencipta mereka. Walaupun banyak ranjaunya, dakwah kepada kebaikan adalah jihad yang besar maknanya di sisi Allah!! Siapa boleh melakukannya ya?
2) Guna sepenuhnya wang zakat untuk menganjurkan majlis perkahwinan beramai-ramai yang pasti akan mengurangkan kos. Boleh juga mendapatkan penaja. Majlis sebegini tentulah perlu dilakukan sekerap mungkin!!
3) Bantu pasangan baru berkahwin yang belum mampu berdikari. Mungkin dengan diberi bantuan kewangan yang dapat menampung keperluan asas dalam rumah tangga. Tentu ada kaedah atau mekanisma yang sesuai dan praktikal untuk membantu mereka.
4) Mana-mana remaja yang sudah berdaftar mahu menyertai program kahwin beramai-ramai hendaklah di kursuskan dengan modul penghayatan Islam sebagai cara hidup. Modul kursus pun mestilah yang kreatif, menarik dan mendorong mereka untuk serius berubah dan istiqamah ke arah kebaikan.
Pokoknya permudahkanlah perkahwinan anak-anak kita. Cukup ada majlis akad nikah dan sekali gus jamuan kenduri ala kadar. Berpakat-pakat sesama keluarga sesama pasangan pengantin. Yang penting bantu mereka berdua melayari bahtera rumah tangga dengan ilmu, panduan serta dorongan yang berguna. Doakan kebahagiaan mereka, nasihati mana yang perlu, bimbing mereka bila-bila masa mereka perlukan panduan dari kita.
Banyak lagi yang kena dibuat tapi yang di atas ni pun terasa sukar jika dilihat pada realiti yang ada pada hari ini. Apapun jika tidak boleh buat semua, janganlah tinggalkan semua!!
0 ulasan:
Catat Ulasan