Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Bela Harimau Untuk Takutkan Kera

Imej
WARTAWAN SINAR HARIAN 1 OKTOBER 2014 Kehadiran patung harimau membolehkan hasil tanaman Azizah Saad sekeluarga tidak lagi dirosakkan oleh kera. POKOK SENA - Setiap pengunjung yang datang ke rumah Azizah Saad, 52, di Kampung Pauh, dekat sini pasti akan terkejut dengan kewujudan seekor harimau di rumahnya itu. Harimau itu dikatakan sering berada di hadapan dan belakang rumah serta di bawah pokok hingga pengunjung terpaksa menelefonnya terlebih dahulu jika ada temu janji berikutan bimbang keselamatan mereka setiap kali sampai ke rumahnya itu. Difahamkan, harimau itu dikatakan menjadi penunggu rumahnya setiap kali dia dan suaminya, Johari Hanafiah, 56, bersama anak mereka keluar dan harimau itu menjaga hasil tanaman mereka agak tidak dicuri atau dirosakkan pihak tertentu. Azizah berkata, sejak mereka berpindah 15 tahun lalu, kawasan rumahnya itu dahulunya adalah hutan dan banyak kera yang sering merosakkan tanaman mereka serta orang kampung hingga memaksa mereka m...

Ramadhan Dan Aidil Fitri

MARİLAH MEMAHAMİ RAMADHAN DAN AİDİL FİTRİ Menyambut Ramadhan dan Hari Raya telah bercampur di antara Sunnah dan bid’ah. Bercampur di antara syariat dan adat. Menjadikan kemurnian Ramadhan dan ‘eid telah tercemar. Ramadhan disambut dengan bulan makan-makan. Adakalanya terjadilah pembaziran. Menjadikan bulan Ramadhan belanja harian lebih daripada kebiasaan. Setengah orang bulan Ramadhan lebih banyak rehat-rehat dan tidur-tiduran. Puasa pula sekadar tidak makan dan minum, yang lain dilakukan. Yang dikejar fadhilat, yang ditunggu lailatul qadar bukan bulan menebalkan taqwa dan iman. Apakah kalau ternafi iman dan taqwa, fadhilat dan keutamaan lailatul qadar dapat? Kedua-duanya itu bergantung di atas asas iman dan taqwa. Kalau iman dan taqwa tidak dapat yang lain juga ikut tidak dapat. Sunnah pemurah di bulan Ramadhan sudah tidak jadi tabiat. Pemurah hanya pada diri sendiri hingga makan berlebih-lebihan. Membaca Al Quran fikir hendak khatam bukan difaham dan hendakkan penghayatan. Kerana itu...

Ambil Ilmu Dari 'Mayat'

Berkata Abu Yazid al-Bustami  kepada para ulamak zahir yg ada pd zamannya: "wahai ulamak zahir, kamu mengambil ilmu kamu bkeadaan mayat drpd mayat & kami mengambil ilmu kami drpd Tuhan yg hidup yg tdk mati".  Telah berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jailani: " Kalau lah Hallaj itu ada pd zamanku, sudah tentu aku akan menghalang org yg hendak membunuhnya". Kata Syeikh Mulwa : "Barangsiapa yg mengekalkan bacaan selawat ini sebanyak 10 000x setiap malam nescaya ia sampai kpd Allah dlm masa 2 tahun. => Allahummasolli ala muhammad an-nabiyyil ummiyyi wa ala alihi wasohbihi wasallim ." Jgn mengingkari org yg memiliki rahsia ilmu batin ini & ambillah talki kpdnya supaya dpt menjadi ahlinya.  Sabda Nabi saw: " Barangsiapa yg mempelajari sesuatu dgn bersungguh, nescaya diperolehnya". Jika ada org yg mengatakan "Lemah Allah Taala menganugerahi hambanya makam wilayah (kewalian) pd masa sekarang ini", maka org itu menjadi kafir.  Menjadi wali...

Nasyid Meruntun Jiwa Yang Tenang

Imej

Wahai Wanita

Wahai Wanita Pergelangan tangan itu dah aurat nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau kamu lelaki. Nak selamat pakai sarung lengan. Panas? Takpa panas sikit di dunia, asalkan tak panas di sana. Wahai Wanita Kaki pun aurat. Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat. Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap. Jangan yang lutsinar.  Wahai Wanita Tudung tu. Tak kisah, nak pakai jenis yang macam mana pun. Hana Tajima, shawl, pashmina or bawal. It's up to you.  Tapi Allah suruh tutup dada. Ulang. Tutup dada.  Apa salahnya labuhkan sampai ke bawah dada.  Ini perintah Allah, bukan dari sapa-sapa Wahai Wanita Baju/kain/seluar tu.  Saya tau kita masih muda, nak bergaya, ikut fesyen. Saya faham. Ada rasa teringin itu ini.  Tapi biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya. Tak ketat, tak jarang, tak singkat.  Islam tak larang kita nak berfesyen...

Gempar Cebisan Ayat Al-Quran Bertaburan Atas Jalan Raya

Imej
Orang ramai mengutip cebisan ayat Al-Quran yang bertaburan atas jalan raya. LABIS, 23 Jun - Pengguna jalan raya di jalan Yong Peng-Segamat berhampiran sebuah bank di sini gempar apabila mendapati cebisan kertas yang bertaburan di atas jalan raya merupakan cebiasan ayat suci al-Quran. Seorang pekerja pembersihan bank itu, Wahid Md Elah, 55, berkata dia menyedari kejadian itu dalam pukul 12 tengahhari ketika dia sampai ke tempat kerjanya itu selepas menghadiri hari terbuka sekolah anaknya. "Ketika sampai semula di hadapan tempat kerja, saya dapati banyak cebisan kertas bertaburan di jalan raya dan apabila diperiksa saya dapati ianya cebisan al- Quran yang telah dikoyak kecil. "Saya terus mengambil beg plastik dan mengutip cebisan ayat suci berkenaan sebelum dibantu oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya sebagaimana lapor Sinar Online . Dia juga menzahirkan perasaan terkilan atas kej...

Kisah Seorang Tidak Tahu Baca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya

Imej
Sungguh terkesan dan tersentuh hati ini tatkala membaca kisah seorang tidak tahu baca Al-Quran tapi kuburnya bercahaya. Banyak pengajaran yang kita dapat dari kisah benar ini. Bagaimana seorang yang tidak tahu membaca ayat suci Al-Quran tetapi dimuliakan oleh Allah. Kita hanya manusia biasa dan menentukan seseorang itu masuk ke syurga atau neraka bukanlah tugas kita. Hanya Allah sahaja yang dapat menentukan destinasi syurga atau neraka bagi seseorang. Jadi, janganlah kita menghukum seseorang itu atas kebodohan dan kejahilannya kerana Allah itu Maha Mengetahui. KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA KE MENJULANG LANGIT 1. Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu. 2. Seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. 3. Terpegun dan ...

Selat Gibraltar Dan Kisah Toriq Bin Ziyad

Imej
***Gibraltar, Toriq bin Ziyad ….albahru waraakum wal aduwu amamakum…**** June 9, 2016 KREDIT UNTUK: AnjangMuor's Trevelog Dari Hotel Pension Zagora‎ kami berjalan di celah-celah lorong antara bangunan untuk ke terminal bas. Menurut Hafiz, bila disebut pension maksudnya di Sepanyol ni, hotel bajet dengan harga. 1 bilik €45 ke bawah kira hotel bajet iaitu RM207. Setelah tawar menawar, hotel Pension Zagora yang asalnya berharga €12.50 seorang. Kalau 4 orang, €50 dalam RM230, boleh tahan gak. Hafiz ‘ayat’kan sikit abang Maghribi yang jaga kaunter dapat seorang cuma €10, ertinya total RM184. Tak dapat harga ni kalau di Madrid. Itulah pentingnya ada rumah tetamu. Paling kurang safe belanja sewa hotel. Tapi bila mulakan operasi pembukaan, kenalah besar sikit kos dan risiko. Umpama Toriq bin Ziyad kena bayar harga yang sangat tinggi ketika meneroka pembukaan Sepanyol dahulu. Bertemu sekumpulan remaja yang seorang darinya memberi salam, mungkin ingin memberitahu dia seorang ...

Kaedah Salafus Soleh Untuk Mengetahui Lailatul Qadr

Pertama; dalam riwayat imam Ahmad, Rasulullah saw bersabda bahwa lailatul Qodar turun pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan. Terutama pada malam-malam yang ganjil; ke sembilan, ketujuh, kelima, ketiga atau pada malam yang paling akhir. Kedua ; Sebahagian besar ulama’ meyakini bahawa malam Lailatul qodar itu turun pada malam ke 27 dari bulan Ramadhan. Dasar keyakinan itu adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Tirmizi bahawa Ziir Ibnu Jubais berkata kepada Ubai Ibnu Kaab bahawa saudara Ibnu Masud berkata: “Barang siapa (tidak pernah tidur malam) sepanjang tahun pasti akan mendapatkan malam lailatul qadar. Ubai berkata: semoga Allah swt. mengampuni Abi Abdirrohman (Ibnu MAsud). Dia sebenarnya mengetahui bahwa malam lailatul qadar itu turun pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan. Bahkan ia tahu bahwa lailatul qadar itu turun pada tanggal 27 Ramadhan. (tapi ia tidak menerangkan hal itu) supaya orang-orang tidak hanya bangun di malam itu saja. (untuk meng...

Lailatul Qadar - Tanda, Makna Dan Keistimewaan Malam Lailatul Qadar

Imej
Pengertian malam Lailatul Qadar, tanda makna keistimewaan malam Lailatul Qadar menurut beberapa sumber referensi terpercaya yaitu memiliki makna malam ketetapan (dalam bahasa arab: لَيْلَةِ الْقَدْرِ ). Lailatul Qadar atau Lailatul Qad'r merupakan salah satu malam penting yang terjadi di sebuah malam pada bulan Ramadhan.  Beberapa pendapat meyakini bahwa terjadinya malam Lailatul Qadar adalah di saat-saat 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, hal ini berdasarkan hadits dari Aisyah yang mengatakan : " Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terkahir bulan Ramadan dan beliau bersabda: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan" " (HR: Bukhari 4/225 dan Muslim 1169) dikutip dari: http://id.wikipedia.org/wiki/Lailatul_Qadar . Dalam Al Qur'an dijelaskan mengenai makna serta keistimewaan dari Malam Lailatul Qadar yaitu suatu malam yang dimana malam ini adalah merupakan mala...

Pemimpin Idaman

BERKAT KEKASIH TUHAN Di setiap zaman, ada hamba-hamba Allah hatinya di dalam pandangan Allah. Para malaikat sentiasa mendoakan dengan keampunan dan rahmat Tuhan. Mereka adalah menjadi sebab dunia tidak dikiamatkan. Mereka apabila dipuji, jiwanya derita, terseksa. Manakala mereka dikeji, senang menerimanya, kerana mereka rasa hamba. Hati mereka susah kerana kesusahan orang,  gembira dengan kesenangan orang. Melihat mereka yang membuat mungkar, didoakannya mereka agar diberi petunjuk. Orang yang menzaliminya didoakannya kepada Allah agar mendapat hidayah atau dengan kebaikan. Penderitaan dan kemiskinan orang lain mereka rasa berdosa jika tidak dapat membela. Dosa-dosa orang lain mereka rasa dosa-dosa mereka kerana kecuaiannya. Baik sangka sahaja dengan manusia. Kalau ada orang yang membuat jahat hatinya berkata mereka membuat dosa dikeranakan kejahilan, aku membuat dosa dengan pengetahuan. Terlihat sahaja mukanya ceria, mesra untuk manusia, hatinya derita dan terhubung dengan Tuhanny...

Apakah Juadah Orang Susah Berbuka Puasa

Ketika kita sibuk membeli dan menyiap hidangan berbuka, ramai lagi saudara mara seagama dengan kita yang tidak ada apa yang mahu dimakan buat berbuka. Di Lembah Klang ini, di mana-mana saja kita dapat temui keluarga yang tidak punya apa-apa untuk dijadikan juadah berbuka. Puasa sepatutnya menginsafkan kita. Carilah saudara seagama kita yang sedang kesusahan - akan mudah anda temui jika berusaha mencari mereka:  Cuba lihat harga berbuka untuk orang yang berada: 2016 Ramadan Buffet Price (Klang Valley) 01. *Seri Pacific - RM98 nett* 02. *Istana Hotel - RM160 nett* 03. *Cititel - RM100 nett* 04. *Palace Golden Horses - RM138 nett* 05. *Chulan Damansara - RM138 nett* 06. *Sime Darby - RM138 nett* 07. *Sunway Putra - RM138 nett* 08. *Picc - RM98 nett* 09. *Novotel KLCC - RM98 nett* 10. *Sunway Trc - RM138* 11. *Sunway Cafe - RM98* 12. *Royal Chulan - RM138* 13. *Sheraton - RM188* 14. *Hilton - ...