Berbuka puasa adalah salah satu kenikmatan Allah ta’ala yang dirasakan oleh orang yang berpuasa. Kenikmatan tersebut termasuk kegembiraan yang diawalkan bagi orang yang berpuasa di dunia sebagaimana sabda Nabi SAW:
وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ: فَرْحَةٌ حِينَ يُفْطِرُ، وَفَرْحَةٌ حِينَ يَلْقَى رَبَّهُ
“Dan bagi orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan, yaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Tuhannya” (Al-Bukhari).
Oleh kerana itu, sesuatu yang biasa-biasa saja kita makan di luar waktu puasa bulan Ramadhan, seringkali menjadi luar biasa ketika kita makan ketika berbuka puasa. Segelas air putih dan sepotong ubi goreng yang sejuk pun dapat terasa sangat nikmat ketika berbuka. Berbukanya seorang muslim yang baik tidak sekadar dengan cara ‘membatalkannya’ melalui makan minum saja atau yang penting perut terisi dan kenyang.
Ada beberapa tuntunan dari Nabi SAW yang jika kita meneladaninya, dapat menjadikan amalan berbuka puasa kita menjadi lebih sempurna dan bernilai di sisi Allah. Apakah itu?
Berikut beberapa hal yang diambilkan dari Al-Qur’an dan hadits;
1. Menyegerakan berbuka puasa.
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ
مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ
Dari Sahl bin Sa’ad, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : “Manusia senantiasa berada di dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka” (Al-Bukhari)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَة، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا يَزَالُ الدِّينُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ النَّاسُ الْفِطْرَ، إِنَّ الْيَهُودَ، وَالنَّصَارَى يُؤَخِّرُونَ
Dari Abu Hurairah, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW “Agama senantiasa kukuh selama manusia menyegerakan berbuka. Sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani mengakhirkannya (menundanya)” (Abu Daud). Iaitu waktunya dimulai ketika matahari telah terbenam yang dengannya masuk waktu Maghrib.
Nabi SAW bersabda:
إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ وَأَدْبَرَ النَّهَارُ، وَغَابَتِ الشَّمْسُ، فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ
“Apabila malam telah tiba dan siang telah berlalu, serta matahari pun terbenam, maka orang yang berpuasa sudah boleh berbuka” (Muslim)
An-Nawawiy rahimahullah berkata :
قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْل وَأَدْبَرَ النَّهَار وَغَابَتْ الشَّمْس فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِم ) مَعْنَاهُ : اِنْقَضَى صَوْمه وَتَمَّ , وَلَا يُوصَف الْآن بِأَنَّهُ صَائِم , فَإِنَّ بِغُرُوبِ الشَّمْس خَرَجَ النَّهَار وَدَخَلَ اللَّيْل , وَاللَّيْل لَيْسَ مَحِلًّا لِلصَّوْمِ
“Makna sabda Nabi SAW: “Apabila malam telah tiba dan siang telah berlalu, serta matahari pun terbenam, maka orang yang berpuasa sudah boleh berbuka” ; adalah puasanya telah selesai sempurna, dan (pada waktu matahari sudah tenggelam dengan sempurna) dia bukan orang yang berpuasa. Maka dengan terbenamnya matahari, habislah waktu siang dan malam pun tiba; dan malam hari bukanlah waktu untuk berpuasa” (Syarah Sahih Muslim).
2. Mendahulukan berbuka sebelum solat maghrib.
عَنْ أَنَس بْن مَالِكٍ، قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ
Dari Anas bin Malik, ia berkata: “Rasulullah SAW berbuka dengan ruthab sebelum melaksanakan solat (Maghrib), maka jika tidak ada ruthab (Baginda berbuka) dengan tamar. Jika tidak ada (tamar) maka Baginda berbuka dengan meneguk air” (Abu Daud).
3. Sebelum berbuka membaca basmalah.
Sabda Nabi SAW:
فَاجْتَمِعُوا عَلَى طَعَامِكمْ , فَاذْكُرُوا اسْمَ اللهِ عَليهِ, يُبَارَكْ لَكمْ فِيهِ
“Berkumpullah kamu semua ketika makan, dan sebutlah nama Allah padanya. Maka makanan kamu akan diberkati” (Abu Daud).
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَسْتَحِلُّ الطَّعَامَ أَنْ لَا يُذْكَرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ
“Sesungguhnya syaitan menghalalkan makanan (untuk ia makan dari makanan yang dimakan manusia) yang tidak disebut nama Allah padanya” (Muslim).
An-Nawawi rahimahullah berkata :
مَعْنَى ( يَسْتَحِلّ ) يَتَمَكَّن مِنْ أَكْله ، وَمَعْنَاهُ : أَنَّهُ يَتَمَكَّن مِنْ أَكْل الطَّعَام إِذَا شَرَعَ فِيهِ إِنْسَان بِغَيْرِ ذِكْر اللَّه تَعَالَى . وَأَمَّا إِذَا لَمْ يَشْرَع فِيهِ أَحَد فَلَا يَتَمَكَّن . وَإِنْ كَانَ جَمَاعَة فَذَكَرَ اِسْم اللَّه بَعْضهمْ دُون بَعْض لَمْ يَتَمَكَّن مِنْهُ
“Makna dari ‘menghalalkan’ iaitu dapat menikmati makanan tersebut. Maksudnya, bahawa syaitan itu mendapatkan bahagian makanan jika seseorang makan tanpa menyebut nama Allah ta’ala. Adapun bila belum ada seseorang yang memulai makan, maka (syaitan) tidak akan dapat memakannya. Jika sekelompok orang makan bersama-sama dan sebahagian mereka menyebut nama Allah sedangkan sebahagian lainnya tidak, maka syaitan pun tidak akan dapat memakannya” (Syarah Sahih Muslim).
Apabila lupa mengucapkan basmalah, ketika ingat disunnahkan membaca:
بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ
“Bismillaahi fii awwalihi wa aakhirihi (dengan menyebut Allah di awal dan di akhirnya)” (Ahmad)
4. Berbuka dengan kurma atau makanan lain yang ada dan mudah didapat.
Berbuka puasa dengan memakan beberapa butir kurma, baik ruthab (kurma setengah matang yang masih sedikit keras dan berwarna hijau kecoklatan), tamar (kurma matang), atau hanya sekedar air putih jika yang ada hanya itu - sebagaimana hadits Anas bin Malik radliyallaahu ‘anhu di atas.
Atau berbuka dengan beberapa makanan yang disukai atau biasa dimakan oleh Nabi SAW.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرِ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ:
" رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ الرُّطَبَ بِالْقِثَّاءِ "
Dari ‘Abdullah bin Ja’far bin Abi Thalib radliyallaahu ‘anhumaa, ia berkata : “Aku pernah melihat Nabi SAW makan ruthab dengan mentimun” (Al-Bukhari)
عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْمَعُ بَيْنَ الرُّطَبِ وَالْخِرْبِزِ
Dari Anas, ia berkata : “Aku permah melihat Rasulullah SAW mencampur antara ruthab dengan khirbiz (tembikai kuning)” (Ahmad).
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَأْكُلُ الْبِطِّيخَ بِالرُّطَبِ، فَيَقُولُ: نَكْسِرُ حَرَّ هَذَا بِبَرْدِ هَذَا وَبَرْدَ هَذَا بِحَرِّ هَذَا
Dari ‘Aisyah radliyallaahu ‘anhaa, ia berkata: “Rasulullah SAW biasa makan tembikai dan ruthab, lalu Baginda bersabda: ‘Panasnya ruthab ini kami hilangkan dengan dinginnya tembikai ini dan dinginnya tembikai ini kami hilangkan dengan panasnya ruthab ini” (Abu Daud).
عَنْ ابْنَيْ بُسْرٍ السُّلَمِيَّيْنِ، قَالَا: دَخَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَدَّمْنَا زُبْدًا وَتَمْرًا، وَكَانَ يُحِبُّ الزُّبْدَ وَالتَّمْرَ
Dari dua orang anak Busr As-Sulamiy, mereka berdua berkata : “Rasulullah SAW masuk menemui kami. Lalu kami hidangkan keju dan tamr kepada Baginda dan Baginda menyukai keju dan tamr” (Abu Daud).
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ: أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَأَلَ أَهْلَهُ الْأُدُمَ، فَقَالُوا:
مَا عِنْدَنَا إِلَّا خَلٌّ، فَدَعَا بِهِ فَجَعَلَ يَأْكُلُ بِهِ، وَيَقُولُ: نِعْمَ الْأُدُمُ الْخَلُّ نِعْمَ الْأُدُمُ الْخَلُّ
Dari Jaabir bin ‘Abdillah : Bahawa-sanya Nabi SAW pernah bertanya kepada keluarganya tentang lauk. Mereka berkata : “Tidak ada di sisi kami kecuali cuka”. Maka Baginda menyuruh untuk diambilkan dan kemudian makan dengannya. Baginda bersabda: “Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka” (Muslim).
Dan makanan lainnya yang pernah dimakan oleh Baginda SAW.
Beberapa jenis makanan di atas merupakan sunnah yang dianjurkan bagi kita untuk memakannya terutama jika kita memakannya dikeranakan kecintaan kita kepada Nabi SAW maka kita akan diberikan pahala berdasarkan niat kita.
Sabda Nabi SAW:
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
“Sesungguhnya amal-amal itu hanyalah berdasarkan niat, dan setiap orang hanyalah akan dibalas sesuai apa yang diniatkannya” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)
Amalan kecil akan menjadi besar kerana dinilai pada niatnya dan begitu juga sebaliknya, amalan besar akan menjadi kecil – dan bahkan hilang sama sekali – juga kerana niatnya yang tidak kerana Allah!!
5. Tidak berlebihan ketika berbuka, memenuhi perut dengan makanan dan minuman.
Allah ta’ala berfirman:
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan” (Surah Al-A’raaf: 31).
عَنْ مِقْدَامِ بْنِ مَعْدِ يكَرِبَ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:
مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ،
فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ
Dari Miqdam bin Ma’diikarib, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Tidaklah anak Adam memenuhi wadah yang lebih buruk dari perut. Cukuplah bagi anak Adam memakan beberapa suapan untuk menegakkan belakangnya. Namun jika ia merasa perlu makan lebih banyak maka, hendaklah sekadar sepertiga perutnya (diisi) untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga lagi untuk bernafas” (At-Termizi).
Sunat berbuka dengan dimulai menyuap sedikit makanan dan minuman agar tidak menyebabkan berat ketika solat Maghrib. Baru setelah itu, dapat dilanjutkan kembali dengan makan makanan berat seperti nasi dan yang lainnya.
Memenuhi perut dengan makanan dan minuman dapat menyebabkan rasa malas/berat untuk beribadah, mual, dan berbagai gangguan kesehatan.
6. Mengucapkan hamdalah atau doa-doa lain setelah selesai makan dan minum.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ اللَّهَ لَيَرْضَى
عَنِ الْعَبْدِ أَنْ يَأْكُلَ الْأَكْلَةَ، فَيَحْمَدَهُ عَلَيْهَا أَوْ يَشْرَبَ الشَّرْبَةَ فَيَحْمَدَهُ عَلَيْهَا
Dari Anas bin Maalik, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah redha terhadap hamba-Nya yang makan atau minum dan setelah itu ia memuji Allah atasnya” (Diriwayatkan oleh Muslim)
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَعَ مَائِدَتَهُ، قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلَا مُوَدَّعٍ وَلَا مُسْتَغْنًى عَنْهُ رَبَّنَا
Dari Abu Umamah, bahawasanya Nabi SAW apabila selesai dari makanannya Baginda mengucapkan : “Alhamdulillaahi katsiiron thoyyiban mubaarokan fiihi ghairo makfiyyin wa laa muwadda’in wa laa mustaghnan ‘anhu Robbanaa (segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh barakah, yang senantiasa diperlukan dan tidak dapat ditinggalkan, wahai Tuhan kami” (Al-Bukhari).
عَنْ مَرْوَان يَعْنِي ابْن سَالِمٍ الْمُقَفَّعَ قَالَ رَأَيْتُ ابْنَ عُمَرَ يَقْبِضُ عَلَى لِحْيَتِهِ فَيَقْطَعُ مَا زَادَ
عَلَى الْكَفِّ وَقَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ ذَهَبَ الظَّمَأُ
وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Dari Marwan – iaitu Ibnu Salim Al-Muqaffa’ - , ia berkata : Aku pernah melihat Ibnu ‘Umar menggenggam janggutnya dan memotong selebih dari (genggaman) telapak tangannya, lalu berkata: “Adalah Rasulullah SAW apabila berbuka puasa berdoa : ‘(Dzahabazh-zhoma-u wab-talatil-‘uruuqu wa tsabatal-ajru insya Allooh) Rasa haus telah pergi dan urat-urat telah terbasahi serta telah ditetapkan pahala insya Allah” (Abu Dawud)
Jika kita diberikan makanan atau minuman berbuka puasa oleh orang lain, maka disunnahkan untuk mendoakannya dengan doa diantaranya:
اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِي وَأَسْقِ مَنْ أَسْقَانِي
“Alloohumma ath’im man ath’amanii wasqi man asqoonii (ya Allah, berilah makanan kepada orang yang memberi makan kepadaku dan berilah minuman kepada orang yang memberi minuman kepadaku)” (Muslim).
7. Jika mempunyai kelebihan hidangan untuk berbuka, sangat dianjurkan untuk memberikan sebahagiannya kepada orang lain (yang berpuasa) atau mengundang mereka untuk berbuka bersama.
عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
" مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا "
Dari Zaid bin Khaalid Al-Juhaniy, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang memberi makanan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun juga” (At-Tirmidzi).
0 ulasan:
Catat Ulasan