Social Icons

Isnin, 13 Jun 2016

Hukum Berkaitan Nazar

Kerap kali kita dengar orang mengadu hal keinginan pada sesuatu. Dengan harapnya terhasil maka diungkapkanlah kata-kata nazar seperti, "jika aku dapat anak lelaki, aku bernazar untuk menjamu makan 40 orang anak yatim". 

Ada pula hanya niat di hati tidak melafazkan. Bagaimana hal nazar ini sebenarnya?

Nadzar atau nazar secara etimologis (lughawi) adalah berjanji akan melakukan sesuatu yang baik atau buruk. 

Dalam terminologi syariah nadzar adalah menetapkan atau mewajibkan melakukan sesuatu yang secara syariah asal tidak wajib.[1] 

Contohnya, seperti bernadzar, "Apabila saya lulus ujian, maka saya akan berpuasa sunat sehari." Atau, "Apabila anak saya sembuh sakitnya, maka saya akan bersedekah pada orang miskin."

DEFINISI NADZAR
Nadzar adalah mewajibkan suatu perkara atau perbuatan yang asalnya tidak wajib secara syariah. Seperti, bernazar melakukan solat sunat, berpuasa sunat, bersedekah pada orang miskin apabila yang dikehendakinya tercapai. Niat utama adalah untuk semakin mendekatkan diri pada Allah (qurbah)

PERSYARATAN NADZAR
Syarat sah dan terjadinya nadzar terbahagi kepada 2 (dua) iaitu syarat pelaku nadzar dan perkara yang dibuat nadzar (al mandzur bihi)

SYARAT ORANG YANG NADZAR
1. Berakal sihat.
2. Beragama Islam (muslim)
3. Diucapkan dengan kata-kata, tidak cukup hanya dengan niat. Apabila seseorang berniat nadzar tanpa ada ucapan, maka nadzarnya tidak sah dan tidak wajib memenuhi nadzar tersebut.[5] 


SYARAT PERKARA YANG DIJADIKAN NADZAR (AL MANDZUR BIHI)

1. Perkara ibadah. Seperti solat sunat, puasa sunat, sedekah. Perkara yang bukan bersifat ibadah seperti perkara maksiat atau perkara mubah (seperti makan dan minum) tidak sah nadzarnya.

2. Harta yang dijadikan nadzar harus menjadi hak milik pelaku nadzar saat bernadzar.

3. Bukan perkara fardhu atau wajib. Seperti shalat 5 waktu atau puasa Ramadan. 


MACAM-MACAM NADZAR

Dari segi isi kandungan nadzar, nadzar ada dua jenis, iaitu:

(a) nadzar lajaj (نذر لجاج) iaitu bernazar dengan mencegah diri dari melakukan sesuatu. Seperti, "Saya besok tidak akan bepergian." 

(b) Nadzar mujazat iaitu nadzar (janji pada diri sendiri) untuk melakukan sesuatu. Nadzar majazat ini ada dua macam, sebagai berikut:
            
            (1) Nadzar tabarrur,[2] adalah nadzar yang dilakukan secara spontan tanpa   
                              dikaitkan dengan keberhasilan melakukan sesuatu. Seperti, seseorang 
                              berkata, "Saya akan solat sunnah besok." 
            (2) Nadzar yang dikaitkan dengan keberhasilan melakukan sesuatu. Seperti 
                              seseorang berkata, "Apabila anak saya sembuh, saya akan bersedekah 
                              pada fakir miskin."[3]

Sebahagian ahli fiqh membahagikan nadzar menjadi dua bentuk iaitu nadzar mutlak dan nazar muqayyad atau muallaq. Nadzar mutlak adalah nadzar yang dilakukan tanpa mengaitkan dengan keberhasilan melakukan sesuatu atau disebut nadzar tabarrur. Sedang nazar muqoyyad (muallaq) adalah nazar yang dilakukan apabila sudah berhasil dalam perkara yang diinginkan.

Dari segi perbuatan yang dinazarkan, ianya terbahagi menjadi lima:
(1) Nazar taat dan ibadah seperti bernazar untuk bersedekah.
(2) Nazar mubah seperti bernazar untuk tidur
(3) Nazar maksiat / haram; Contoh, bernazar untuk berzina dengan artis.
(4) Nadzar makruh. Contoh, bernazar untuk merokok.
(5) Nazar syirik / jatuh kafir: Contoh, bernazar untuk menyembah berhala.


HUKUM BER-NADZAR

Apakah bernadzar itu boleh (mubah), mendapat pahala (sunnah), kurang baik (makruh) atau dilarang (haram)?

Ada beberapa pendapat ulama yang berbeza kerana adanya dalil Quran dan hadits yang juga bermacam-macam. Intinya, nadzar sebaiknya dihindari. Tapi kalau sudah terjadi, maka wajib dipenuhi kalau nadzarnya berkaitan dengan ibadah. Seperti tersebut dalam hadits sahih:
مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ
Ertinya: Barangsiapa yang bernadzar untuk taat pada Allah, maka penuhilah nadzar tersebut. Barangsiapa yang bernadzar untuk bermaksiat pada Allah, maka janganlah memaksiati-Nya. ” (HR. Bukhari no. 6696)

A. Nadzar itu Sunnah (baik dan mendapat pahala)

Dalil dari Quran:
وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ نَفَقَةٍ أَوْ نَذَرْتُمْ مِنْ نَذْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُهُ
Ertinya: Apa saja yang kamu nafkahkan atau apa saja yang kamu nadzarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.(QS. Al Baqarah 2:270)

B. Nadzar itu Makruh (sebaiknya tidak dilakukan)

Dalil dari hadits:
نهي النبي عَنِ النَّذْرِ قَالَ إِنَّهُ لاَ يَرُدُّ شَيْئًا ، وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ مِنَ الْبَخِيلِ
Ertinya: Nabi melarang untuk bernadzar, beliau bersabda: ‘Nadzar sama sekali tidak mampu menolak sesuatu. Nadzar hanyalah dikeluarkan dari orang yang bakhil (kedekut)’. (HR. Bukhari Muslim)
لاَ تَنْذُرُوا فَإِنَّ النَّذؒرَ لاَ يُغْنِى مِنَ الْقَدَرِ شَيْئًا وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ مِنَ الْبَخِيلِ
Ertinya: Janganlah bernadzar. Kerana nadzar tidaklah berupaya menolak takdir sedikit pun. Nadzar hanyalah dikeluarkan dari orang yang kedekut. (HR. Muslim)


HUKUM MENUNAIKAN / MELAKSANAKAN NADZAR

(1) Nazar taat dan ibadah, hukumnya wajib ditunaikan dan bila dilanggar harus membayar kaffarah (tebusan).

(2) Nazar mubah, iaitu bernazar untuk melakukan suatu perkara yang mubah/diperbolehkan dan bukan ibadah maka boleh memilih melaksanakannya atau membayar kafarah. Sebahagian ulama bahkan membolehkan untuk tidak menunaikan nadzarnya dan tidak perlu membayar kafarah (tebusan)

(3) Nazar maksiat, nazarnya sah tapi tidak boleh dilaksanakan dan harus membayar kaffarah. Sebahagian ulama berpendapat tidak perlu membayar kafarah (tebusan) berdasarkan hadits Nabi: 
لا نذر في معصية الله ولا فيما لا يملك العبد
Ertinya: tidak ada nadzar dalam maksiat pada Allah ... (HR Muslim)

(4) Nazar makruh, iaitu bernazar untuk melakukan perkara yang makruh maka memilih antara melaksanakannya atau membayar kaffarah.

(5) Nazar syirik, iaitu yang ditujukan untuk mendekatkan diri kepada selain Allah maka nazarnya tidak sah bahkan haram dan tidak ada kaffarah, akan tetapi wajib bertaubat  dan mengucap syahadah semula kerana jatuh kafir apabila redha dengan kekufuran atau redza dengan beriman kepada selain dari Allah. 


HUKUM APABILA TIDAK MENUNAIKAN NADZAR

Apabila orang yang bernadzar tidak melakukan nadzarnya samada kerana tidak mampu atau tidak mahu, maka hendaklah dilihat dulu jenis nadzarnya apakah termasuk nadzar ibadah, mubah, maksiat, makruh atau syirik. Apa yang ditetapkan ialah mesti membayar kafarah yamin (tebusan sumpah). 

Urutan Kafarah Yamin (tebusan sumpah) bagi yang tidak melaksanakan nadzar adalah sebagai berikut (pilih salah satu, berdasar urutan yang pertama dahulu):

a. Memberi makan kepada sepuluh orang miskin, atau
b. Memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin, atau
c. Memerdekakan seorang hamba
d. Jika tidak mampu ketiga hal di atas, barulah menunaikan pilihan berpuasa selama tiga hari berturut-turut. [4] 

---------------------
CATATAN DAN RUJUKAN

[1]التزام قربة غير لازمة بأصل الشرع Lihat Fathul Qorib "Kitab al-Ayman wa al-Nudzur" atau dalam Al Umm li Asy-Syafi'i, Kitab al-Nudzur, Vol. II/278.

[2] Istilah nazar tabarrur dipopularkan oleh Imam Syafi'i. Lihat Imam Syafi'i Kitab al-Umm, "Kitab an-Nudzur", Vol. II hlm. 279.

[3] Fathul Qarib, ibid.at apabila mereka
[4] Surat Al Maidah 5:89

[5] Imam Nawawi dalam Al-Majmuk mengatakan: 
قال أصحابنا: يصح النذر بالقول من غير نية، كما يصح الوقف والعتق باللفظ بلا نية. وهل يصح بالنية من غير قول أو بالإشعار أو التقليد أو الذبح مع النية؟ فيه الخلاف الذي ذكره المصنف. (الصحيح) باتفاق الأصحاب أنه لا يصح إلا بالقول ولا تنفع النية وحدها
Artinya: Nadzar itu sah dengan perkataan atau diucapkan walaupun tanpa niat sebagaimana sahnya waqaf dan memerdekakan budak dengan mengucapkan tanpa niat... 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text