Ramadan Oh Ramadan....
Seorang siak masjid bertanya, "Tak niaga dipasar ramadan tahun ini?." Jawabnya, "Saya rugi banyak tahun lalu, bukan rugi duit tapi rugi peluang yang Allah beri. Rugi kerana menolong orang memuas nafsu makan."
Jom kita ulas sedikit....
✅Ada yang melihat ramadan sebagai pintu rezeki untuk berniaga, sedangkan nabi tidak menyebut sedemikian dan tidak menyuruh kita merebut rezeki yang kononnya melimpah di ramadan. Berapa ramai orang sibuk nak buka gerai ramadan, nak niaga itu ini, fikir makanan yang unik yang dibulan lain pun tak dijual. Bulan ramadan baru nak niaga, bulan lain tidak pula.....
✅Benar... Berniaga itu sunnah tetapi berniaga yang cenderung ke arah merosak amal kebajikan, dengan mengambil kesempatan atas nafsu dan memancing nafsu makan dari orang berpuasa, dirasakan kurang elok. Bukankah sepatutnya kita bersama mengekang nafsu?. Kenapa bila ramadan baru nak makan itu ini, nak meronda pasar ramadan, sedangkan waktu bulan lain tidak demikian. Itu bukti pengunjung pasar ramadan adalah penurut hawa nafsu dan penjualnya mengambil kesempatan untuk keuntungan dan menyumbang ke arah meruntuhkan ibadat seseorang.
✅Ramadan sepatutnya menjadi bulan rehat dari merebut dunia dan menumpukan kepada pelbagai ibadat.... Puasa itu satu ibadat mengekang hawa nafsu. Makan sepatutnya dikurangkan kuantitinya, dikurangkan jenisnya… sebagai bukti menentang hawa nafsu, bukan melayannya dengan pelbagai juadah!.
✅Ada yang melihat ramadan sebagai bulan perayaan. Bergelutlah dengan baju raya, perabut baru, kuih raya dan sebagainya sedangkan semua perkara ini tidak diberi penekanan oleh nabi. Diserata pejabat, orang dah sibuk tempah kuih raya, telah ada yang meronda mencari baju raya, telah diperuntukan duit untuk sambut raya. Hakikatnya bukan raya yang nabi suruh disambut, tetapi mengimarahkan bulan ramadan dengan ibadat siang dan malam... itu yang disuruh.Bulan Ramadan adalah bulan pesta ibadah, bukan bulan membeli belah!
✅Ramadan melatih diri selama sebulan untuk belajar beristiqamah dengan ibadat. Peruntukanlah wang untuk sedekah jariah, memberi makan untuk berbuka kepada orang berpuasa, banyakkan membaca al-quran, menghidupkan malam dengan solat sunat, tadarus, iktikaf dan sebagainya.
✅Jangan rosakkan ramadan dengan budaya yang bercanggah seperti membakar mercun, bunga api, meriam karbait bahkan memasang lampu dan pelita yang berlebihan dengan fahaman yang bercanggah. Ia memcemar kesucian ramadan. Nabi SAW tidak pernah berbuat demikian. Budaya mercun dan meriam adalah budaya Cina untuk menghalau hantu, Budaya pasang pelita adalah mirip Hindu.
✅Ramadan sepatutnya SUNYI daripada perkara perkara yang bersangkutan dengan hawa nafsu kerana orang berlumba beribadat sama ada di masjid, surau atau di rumah... bukannya meriah dengan letupan merecun dan percikan bunga api.
✅Ramadan sepatutnya bulan yang kita dituntut beribadat, menghisab diri, memohon ampun dan sebagainya.
✅Hari raya pula bukan disambut dengan nyanyian tetapi disambut dengan pujian kepada Allah. Hari pertama Ramadan kita dah diperdengarkan lagu-lagu raya…khususnya dishoping kompleks
✅Jika nak sambut hari jadi, jika nak kenduri sambut menantu, jika nak kenduri cukur jambul, kita sudah bersiap berminggu minggu sebelum itu. Apakah ramadan yang merupakan bulan rahmat kita tidak mahu bersedia menyambutnya. Bahkan Nabi SAW bersabda yang bermaksud: akan datang kepada kamu ramadan. Ucapkankah selamat datang kepadanya.
Buktikan anda bersungguh-sungguh melalui ramadan ini dengan pesta ibadat dan ramadan tahun ini akan lebih *sepi* kerana kita sibuk dengan ibadat. Andainya inilah Ramadan terakhir kita…..
#Ramadan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua#
JOM SEMARAKKAN RAMADAN!
0 ulasan:
Catat Ulasan