Social Icons

Ahad, 26 Jun 2016

Wahai Wanita

Wahai Wanita
Pergelangan tangan itu dah aurat nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau kamu lelaki.
Nak selamat pakai sarung lengan.
Panas? Takpa panas sikit di dunia, asalkan tak panas di sana.


Wahai Wanita
Kaki pun aurat.
Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat.
Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap.
Jangan yang lutsinar. 


Wahai Wanita
Tudung tu.
Tak kisah, nak pakai jenis yang macam mana pun.
Hana Tajima, shawl, pashmina or bawal.
It's up to you. 
Tapi Allah suruh tutup dada. Ulang. Tutup dada. 
Apa salahnya labuhkan sampai ke bawah dada. 
Ini perintah Allah, bukan dari sapa-sapa



Wahai Wanita
Baju/kain/seluar tu. 
Saya tau kita masih muda, nak bergaya, ikut fesyen.
Saya faham.
Ada rasa teringin itu ini. 
Tapi biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya.
Tak ketat, tak jarang, tak singkat. 
Islam tak larang kita nak berfesyen, asalkan syariat tidak diketepikan. 



Wahai Wanita
Maha Suci Allah.
Tepuk dada, tanya iman.
Kita, saya, awak adalah Islam.
Tudung labuh.
Jubah.
Pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustaz ustazah, pelajar sekolah, universiti/aliran agama sahaja.



Wahai Wanita
Islam tu untuk SEMUA.
Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita.
Maaf kalau terasa.
Saya tak nak korang ambil pahala saya.
Saya pun tak sggup tanggung dosa.
Dan saya taknak masuk neraka sebab saya taktegur korang.
Saya nak korang jadi saksi yang saya dah tegur.
Yang PALING SAYA NAK, kita sama-sama masuk Syurga sesama.



Wahai Wanita
Korang baca kan?
Nanti Allah tanya dah bagitahu belum sekurang kurangnya saya ada jugak jawapan.
Kita buat dan jaga sesama ya.
Saya pun tak sempurna dan baik mana.
Saya pun tengah cuba sebab kita manusia.
Kekadang alpa, moga Allah pelihara dan jaga kita semua.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text