Social Icons

Jumaat, 17 Jun 2016

Surat Perpisahan

Saudaraku,

Aku akan pulang...

Sudah melepasi 10 hari pertama (1/3 bulan ) 

bertamu namun seringkali aku ditinggal sendirian.

Walau sering dikatakan istimewa 

namun perlakuanmu tidak luar biasa.

Oleh-olehku nyaris tidak kau sentuh...

Al Quran hanya dibaca sekilas, 

kalah dengan update status smartphone dan tontonan.

Solat tidak lebih khusyuk, 

kalah bersaing dengan ingatan akan lebaran.

Tidak banyak kau minta ampunan, 

kerana sibuk menumpuk harta demi menyambut 

hari raya dan berbagai membeli berbelanja

Malam dan siang mu tidak banyak dihabiskan

untuk berbuat kebajikan, 

kalah dengan bisnes yang sedang panen saat Ramadhan.

Tidak pula banyak kau bersedekah, kerana khuatir 

tidak cukup pulang kampung dan liburan.

Saudaraku, 

aku seperti tamu yang tidak diharapkan. 

Hingga, sepertinya tak kan menyesal kau kutinggalkan.

Padahal aku datang dengan kemuliaan, 

seharusnya tak pulang dengan kesia-siaan.

Percayalah,

Aku pulang belum tentu kan kembali datang, 

sehingga seharusnya kau menyesal telah menelantarkan.

Masih ada 18 hari untuk kita bersama,

itupun jika umurmu masih ada hingga akhir Ramadhan

Apapun, aku berharap dan berdoa

Semoga kau sedar sebelum aku benar-benar pulang...

Kerana umurmu hanyalah cerita teramat singkat 

yang nantinya akan dipertanggung-jawabkan 

dalam masa yang tersangat panjang - 

yang hampir tidak ada kesudahan!!!

Bumi Allah,
hari ke-11 Ramadhan 1437H
Saudaramu, Ramadhan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text