Kawan!
aku sahabat yang datang membantu
untuk kau membuang dosa-dosamu.
Dan moga-moga dengan itu
Allah sudi menerima amalanmu.
Kawan!!!
aku harap jika kau bersama ku, ambil lah peluang
untuk kau memohon kepada Tuhan mu.
Kerana masa kau bersama ku teramat lah singkat.
Tidak mungkin di lain harinya, kita akan
dapat bertemu semula
kerana Tuhan maha mengetahui atas segalanya.
Kawan!!
jika kau bersamaku janganlah kau sia-siakan
masa bersama ku walau pun sedetik walaupun sesaat.
Kerana sesungguhnya
akulah kawanmu yang datang membuka peluang besar,
untuk kau diterima Tuhan.
jaga lah perilakumu jika bersamaku
janganlah santai melalai-lalaikan.
hari-hari yang tersisa rebutlah untuk kau intim bersamaku
kini sudah 12 hari kau bersama ku.
sudah tebal kah rasa takutkan Tuhan di dada mu?
Sudah makin rindukah kau dengan Nabimu?
sudah tidak gagapkah engkau membaca kalam Tuhanmu
Renungkanlah
wahai temanku!!!
ambillah masa bersamaku ini untuk Allah
yang sentiasa melihat perilaku mu itu.
Kawan!!
insafilah!!!
peluang yang sedang kau tempuhi ini,
belum tentu kau akan dpt kembali.....
Sekian sahaja dari sahabat mu..
Ramadhan
0 ulasan:
Catat Ulasan