Social Icons

Khamis, 2 Jun 2016

Kisah Puasa Abuya

MUSAFEER

Puasa Abuya
Ramai yang minta aku tuliskan tentang puasa Abuya. Puasa Abuya.. Bolehkah aku menulis tentangnya? Tahukah aku bagaimana puasa Abuya sebenarnya? Aku tak pernah tau.. Kalau aku tau,kenapa aku belum boleh tiru?

Aku hanya tahu bagaimana fizikal Abuya berpuasa. Tapi apalah yang aku tahu tentang bagaimana hati Abuya berpuasa? Apa yang ada dalam hati Abuya sebenarnya bila ramadhan tiba? Aku takkan pernah faham bagaimana rasa hamba yang menebal dihati Abuya itu membentuk rasa Abuya ketika berpuasa..

Yang aku boleh kongsikan ialah pengalaman berpuasa dengan Abuya dari kecik-kecik dulu ha. Bermulanya hari pertama Ramadhan,berubahlah nuansa rumah kami. Pagi-pagi lagi lepas subuh Abuya panggil semua anak-anak (kalau sedang cuti sekolah) dan minta kami dendangkan lagu-lagu kebesaran Ramadhan yang kebanyakan liriknya Abuya lah yang nukilkan. Tiap mendengar lagu-lagu,menangis Abuya. Mengalir airmata Abuya. Kadang tu sampai teresak-esak. Sensitifnya hati Abuya.

Setelah itu Abuya minta semua kami untuk bertadarus. Abuya sendiri akan usung quran kecil untuk dibaca setiap kali sebelum dan selepas solat. Kalau kami mulut yang bertadarus,tapi Abuya hatilah yang ikut bertadarus. Ummu pula sekarang ni bila semua dah besar-besar sangat menekankan untuk bertadarus dengan memahami apa yang diceritakan disetiap ayat yang dibaca. Selang beberapa ayat Ummu akan huraikan dan juga mengajak untuk dibincangkan apa kata Tuhan tentang ayat dalam surah tersebut. Maka jadilah program tadarus sebagai satu program menghayati,memahami dan seterusnya diminta untuk menghidupkan (tuntutan) quran.

Bila masuk waktu berbuka,Abuya selalunya akan mengadap hidangan beberapa minit sebelum azan. Selesai saja azan,barulah Abuya baca doa dan makan. Abuya akan makan yang ringan dulu,kemudian terus bersembahyang. Kami je yang selalu ngadap lama-lama sampai masbuk. Lahap gile! Tapi azam tahun ni taknaklah berbuka macam hantu raya. Nak sangat tiru macamana Abuya berbuka.

Dari kecik lagi Abuya dan Ummu dah ajar bacaan-bacaan terawih. Rakaat mana yang mula dengan subhanal malikil ma'bud,rakaat mana pula yang nak mula dengan fadhlan minallah.. Kecik-kecik dulu seronoklah mengafal lepastu baca kuat-kuat sekampung riuh. Jadi bila tahun lepas Ummu cek semua bacaan,kami jelah yang lulus sebab dah kena cek awal-awal lagi dengan Abuya dan Ummu. Hehe.. Sekarang ni untuk mengemaskan imam terutamanya yang amatur macam kami ni,(kalau imam yang dah diiktiraf macam Sy Lokman dan Sy Cumad tu lainlah) Ummu minta hafal surah dari attakasur sampai kebawah. Jadi setiap rakaat tu dah ikut susunan surah-surah tu. Takdelah berlaku kelam kabut nanti terbaca surah terbalik-balik. Semoga dengan kita memulakan untuk mengemaskan ibadah lahir kita,Tuhan akan bantu kemaskan roh kita.

Aku teringin sangat nak dapat hati macam Abuya yang dituliskan dalam sajaknya,bila datang je Ramadhan Abuya sedih. Abuya benci. Bukan sedih dan bencikan Ramadhan,tapi sedih dan bencikan diri yang dibimbangi tidak mengisi Ramadhan sebaiknya. Bencikan diri yang akan mensia-siakan Ramadhan padahal ianya adalah tetamu istimewa kiriman Tuhan. Macamana Abuya boleh rasa macamtu ye? Padahal diseluruh dunia,Ramadhan disambut dengan hiruk pikuk. Tv,radio semua pakat mengwar-warkan perihal kedatangan Ramadhan. Meriah bazar,meriah masjid,meriah sana sini. Tapi Abuya sendiri memikirkan apakah meriah juga sang hati?

Aku belum pernah mendengar tentang kebimbangan orang lain andai tidak dapat menyambut Ramadhan sebaiknya. Aku belum pernah melihat tangisan orang lain yang takut Ramadhan akan disiakan. Mungkin aku je yang belum dengar. Mungkin aku je yang belum melihat.

Tiap tahun aku cuba memupuk rasa yang sama kedalam hati tentang Ramadhan. Aku belajar untuk rasa macam yang Abuya rasa. Aku hairan kenapa Ramadhan untuk Abuya dan Ummu itu penuh tangisan. Kat mana pun aku pergi orang terawih meriah meriah tapi Abuya dan Ummu selalunya sayu. 

Bila aku tau bahawa bagi Abuya itu,Ramadhan adalah tetamu agung. Tetamu besar. Nak kena sambut sungguh-sungguh. Rai beria-ia. Tapi Abuya selalu takut kalau dengan kelemahan Abuya,tetamu tu tak dapat diraikan dengan sebaiknya. Atau layanan terhadap tetamu itu tidak pun sampai menggembirakan hatinya. Sedangkan tetamu itu datang membawa seribu kebaikan,keberkatan dari Tuhan. Patutlah Abuya menangis.. Patutlah Ummu bersedih..

Ummu kata,puasa Abuya adalah puasa seorang hamba. Hamba yang sangat merasakan ketakutan dan keharuan kepada Tuhannya bila direzkikan lagi untuk menyambut Ramadhan walhal Tuhan cukup tahu kelemahan si hamba yang tidak akan pernah tahu bagaimana memuliakan Ramadhan itu. Kita hanya berfikir mengambil sebanyaknya dari Ramadhan,tapi tidak berfikir untuk juga memberikan sebanyaknya untuk Ramadhan.

Tolong Tuhan.. Jadikan puasa kami puasa seperti yang engkau mahukan. Puasa seperti para Nabi dan Rasul,atau setidaknya berilah kami sedikit dari puasa Abuya..

Oleh: Khaulah bt Hj Asaari 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text