Social Icons

Ahad, 19 Jun 2016

Rahsiakan Keislaman Dari Keluarga? Adam Corey Jelaskan Kenapa!!

Kenapa ramai yang memeluk Islam tetapi tetap merahsiakannya dari pengetahuan keluarga masing-masing yang belum islam? Adam Corey ada jawapannya. 


Viral tentang penghijrahan seorang artis tempatan, Acappan yang dikatakan telah memeluk Islam sejak semalam akhirnya dinafikan oleh tuan empunya badan.

Peka dengan isu ini, Adam Corrie melalui statusnya berkongsi sebab mengapa ramai saudara baru minta untuk dirahsiakan penghijrahan mereka.

Minta dirahsiakan bersebab


Sepanjang sy terlibat dgn pengislaman saudara baru. Ada yang meminta syahadah mereka di rahsiakan dahulu. Hormati hak dan permintaan mereka.

Seperti saya, saya juga tidak war-warkan pengislaman saya… Tp apabila ada yang perasan perubahan pd diri saya, baru sy mengaku saya sudah Kembali kepada Fitrah.

Sebenarnya ramai yang meminta dirahsiakan syahadah mereka. Antara sebab

1. Empunya diri belum bersedia berhadapan dgn orang ramai samada yang muslim, not yet muslim dan non muslim.

2. Takut ahli keluarga tidak boleh menerima diri mereka kerana sudah beragama lain.

3. Takut terima ancaman dari pihak yang tidak menyukai mereka yang telah syahadah

4. Majikan yang seagama dulu akan behentikan kerja / memulaukan mereka

5. Yang empunya bisnes , susah utk dapat projek..

Mereka masih baru, beri sokongan

Jadi mereka perlukan masa utk war-warkan pengislaman mereka. Apabila tiba masanya mereka akan umumkan sendiri atau lambat laun orang sekeliling akan sedari dengan perubahan diri mereka.

Jgn cepat buat andaian kalau alasan yang mereka berikan anda rasa tak masuk akal.
Mereka masih baru dlm Islam.. Sokongan dan pemahaman ttg Islam amat di perlukan oleh mereka.

Kita tidak berada di tempat mereka, zaman Rasulullah dulu pon.. Rasulullah SAW berdakwah secara sembunyi-sembunyi dahulu. Tp apaBila dah tiba masanya.. Secara terang-terangan..

Doakan yang baik-baik untuk hati yang sedang dijinakkan.. Dakwah bukan cara paksa.. Dakwah kita biarlah lembut , santun dan penuh berhikmah.

Menurut laporan Mstar, Acappan ada memaklumkan tentang minatnya dan sedang mendalami agama Islam. Namun dirinya masih lagi belum bersedia untuk memeluki Islam seperti yang diviralkan.

Sumber : Adam Corrie, ohbulan.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text