Social Icons

Khamis, 23 Jun 2016

Pemimpin Idaman

BERKAT KEKASIH TUHAN

Di setiap zaman, ada hamba-hamba Allah hatinya di dalam pandangan Allah.

Para malaikat sentiasa mendoakan dengan keampunan dan rahmat Tuhan.

Mereka adalah menjadi sebab dunia tidak dikiamatkan.

Mereka apabila dipuji, jiwanya derita, terseksa.

Manakala mereka dikeji, senang menerimanya, kerana mereka rasa hamba.

Hati mereka susah kerana kesusahan orang,  gembira dengan kesenangan orang.

Melihat mereka yang membuat mungkar, didoakannya mereka agar diberi petunjuk.

Orang yang menzaliminya didoakannya kepada Allah agar mendapat hidayah atau dengan kebaikan.

Penderitaan dan kemiskinan orang lain mereka rasa berdosa jika tidak dapat membela.

Dosa-dosa orang lain mereka rasa dosa-dosa mereka kerana kecuaiannya.

Baik sangka sahaja dengan manusia.

Kalau ada orang yang membuat jahat hatinya berkata mereka membuat dosa dikeranakan kejahilan, aku membuat dosa dengan pengetahuan.

Terlihat sahaja mukanya ceria, mesra untuk manusia, hatinya derita dan terhubung dengan Tuhannya.

Rasa kehambaannya tetap kekal setiap masa, sekalipun sering bergaul dengan manusia.

Hatinya dengan Tuhannya, jasadnya dengan manusia.

Hatinya terseksa dengan dosa, malu dengan nikmat Tuhannya.

Tidak pernah membalas kejahatan orang dengan kejahatannya, bahkan boleh membuat baik kepada mereka

Hati-hati yang semacam ini selagi wujud di dunia, dunia tidak akan dikiamatkan oleh Tuhan

Manusia lain mendapat rahmat dan nikmat disebabkan mereka.

Tapi manusia umum tidak mengetahui jasa-jasa mereka,
bahkan mereka tidak dikenali orang.

Itulah hamba-hamba Allah yang mereka mencintai Allah, Allah mencintai mereka.

Mereka redha dengan Allah, Allah Taala meredhai mereka.

Itulah manusia luar biasa, tapi tidak ada siapa yang mengetahuinya.

26.1.2004

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text