Social Icons

Isnin, 13 Jun 2016

Seramnya - Dah Terbayang Kesudahan Kita!!!

Satu ketika Muaz bin Jabal r.a menghadap Rasulullah saw dan bertanya "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT : 
"Pd sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris2" - Surah An-Naba': 18
Mendengar prtanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dgn airmata. Lalu menjawab, ' Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku, perkara yg amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan bebaris2 menjadi 12 barisan, masing2 dgn pembawaan mrk sendiri...

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut...
        
*DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR          ===============
========================*
1.🌺  *Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki.* Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran/menyakiti tetangga.
2.🌺  *Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi.* Mereka adalah golongan yang malas, meringan2kan  dan lalai dalam solatnya.
3.🌺  *Dibangkitkan dalam bentuk keldai,  keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking* kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.
4.🌺  *Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah* kerana ketika berniaga , mereka suka menipu dan berdusta dalam jualbeli
5.🌺  *Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai* kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.
6.🌺  *Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus* kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.
7.🌺  *Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah* mngalir darah dan nanah; kerana selalu berdusta ketika di dunia       
8.🌺  *Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan terbalik, kepala di bawah, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan kemaluannya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air* kerana ketika hidup, golongan ini berbuat zina dan mati sebelum sempat bertaubat.          
9.🌺  *Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api* kerana ketika di dunia, mereka memakan harta anak yatim secara zalim.          
10.🌺  *Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta* kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.       
11.🌺  *Dibangkitkan dalam keadaan buta mata, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran* kerana ketika hidupnya, mereka adalah org yg  meminum arak.
         
12.🌺  *Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat* kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, byk berbuat baik, menjauhi perbuatan derhaka / meninggalkan maksiat dan memelihara solat lima waktunya, ketika meninggal dunia mrk sudah bertaubat, maka ini lah balasannya dan tmpt kembali mrk adalah syurga, mndapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yg Maha Pengasih..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text