Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Tips Melembut Hati Yang Keras Dan Menyuci Hati Yang Kotor

Imej
Berikut adalah tips atau panduan para kekasih Allah yang telah menempuh jalan kemenangan di hujung perjuangan mereka melawan hawa nafsu. Semuanya mengambil panduan dari Baginda Nabi saw yang menggariskan jalan kemenangan bagi sesiapa yang mahu berusaha dan bermujahadah.    Antaranya ialah dengan membanyakkan berlapar, kurangkan tidur, banyakkan berzikir dan bertafakur iaitu memikirkan kebesaran Allah SWT melalui ciptaannya serta memikirkan masalah akhirat seperti kegelapan alam barzakh, kepanasan Padang Mahsyar dan seksaan neraka. Banyakkan Berlapar Rasulullah saw. bersabda “Apabila seseorang itu kurang makan, penuhlah badannya dengan cahaya”. Allah swt akan melahirkan cahaya (nur) di dalam diri orang yang berpuasa dan memberinya kekuatan untuk mendampingi Allah. Kurangkan Tidur. Antara kebiasaan ahli syurga ialah mengurangkan tidur untuk bertahajjud: "Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-ama...

Petunjuk Baru Dijumpai Dalam Misi Pencarian MH370?

Imej
Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.  Dalam laporan Astro Awani pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebagaian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu. Benarkah Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman. Dalam satu laporan berita daripada 7News Australia sema...

Apakah Maksud Dan Huraian Tentang Syariat, Tarikat, Hakikat, Makrifat

Hidup adalah untuk beribadah kepada Allah. Allah menjadikan kita sebagai hambaNya dan melantik kita sebagai khalifahNya di atas muka bumi. Seluruh pelosok bumi diamanahkan kepada kita sebagai 'wakilNya' memastikan berlakunya perintah Allah dan laranganNya dipatuhi umat manusia. Justeru hidup mesti berpaksi kepada terbinanya hubungan kita sebagai hamba, dengan Allah selaku pencipta. Begitu juga hidup mestilah berpaksikan kepada harmoninya hubungan kita sesama manusia - sesuai dengan peranan kita menjadi khalifah Allah. Untuk itu satu mekanisma perlaksanaan perlu kita tempuhi agar mencapai maksud yang sebenarnya daripada kewujudan kita.  Maka sebagai orang yang beriman kita kena akui bahawa Allah menuntut kita 'bergerak' untuk 'sampai' padaNYa. Konsep, cara dan tindakannya sudah Allah gariskan di dalam Al-Quran. Tidaklah sukar memilih jalan yang benar asalkan ianya bertitik tolak daripada azam mahu mendapatkan keselamatan dunia akhirat. Jadi mekanisma yang d...

Pakatan Rakyat - Sedang Dan Akan Berpecah?

Isu-isu yang berlegar di dalam parti komponen PR semakin banyak dan membesar. Masihkah PR kekal dengan 52 peratus undi popular sekarang ini? Walaupun PR kekal 'bersatu' dalam menghadapi kerajaan BN, kerapuhan perpaduan dalam sesama PR semakin terasa. Momentum 'kemenangan' yang dialami sebelum ini semakin berkurangan.  Adakah dengan 'bersuluknya' Dato' Seri Anwar di penjara selama 5 tahun nanti akan terus membuatkan PR terus merosot? Ini adalah suatu hal yang menarik untuk diperhatikan. Tambahan pula ketiadaan Karpal Singh di saat begini tidak juga meredakan goncangan isu hudud dari terus berlaku. Ramai pula tokoh DAP yang saling menolak hudud yang diperjuangkan PAS. Matinya Karpal Singh melahirkan lebih ramai tokoh 'pembangkang' di dalam PR.   Kedatangan Presiden Amerika Syarikat juga dilihat tidak banyak memberi mata kepada PR. Ianya lebih mempromosi Perdana Menteri dan kerajaan BN. Rakyat bawahan terus terhibur dengan lakaran sejarah heb...

Harapan Kepada Para Perokok - Tiru Masyarakat Australia!

Imej
  Semasa Pak Lang di Australia, satu hal yang menarik perhatian ialah sikap dan budaya masyarakatnya. Maksud Pak Lang budaya penduduk kulit putih. Adapun penduduk asli yang tubuh mereka berwarna gelap berambut kerinting itu sangatlah berbeza pula watak mereka. Mereka yang dikenali sebagai Etnik Ebbo itu sangat jauh budayanya dengan masyarakat pendatang yang menguasai pemerintahan Australia. Masyarakat kulit putih Australia ini kelihatan sangat menjaga tingkah laku dan sikap mereka. Mereka menghormati orang lain. Sebolah-bolehnya mereka tidak mahu menyusahkan orang lain (dan mereka juga tidak mahu orang lain menyusahkan mereka?).  Hal ini mudah kita saksikan pada mereka yang merokok. Di bandar Perth - kita tidak mudah melihat orang merokok di merata tempat. Orang yang merokok akan mencari tempat yang jauh dari orang ramai. Kita tidak akan temui orang yang merokok di tempat awam, di restoran, di dalam tandas, di kaki lima kedai atau bahkan di jalanan.  Mun...

Kisah Hakim Indonesia Yang Bijaksana - Menghukum Nenek Yang Mencuri

Imej
Kisah sedih yang mengharukan...bagaimana keadilan dan hati nurani bergabung secara bijaksana - menghasilkan satu keputusan penghakiman yang sangat bernilai tinggi di sudut kemanusiaan!! Tetapi sesungguhnya di dunia hari ini, tidaklah ramai manusia seperti hakim Marzuki ini. Bacalah... Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.   Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain. Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu. ”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda haru...

Kisah Peribadi Wanita Solehah - Rabiah Al-Adawiyah

Imej
Bacalah kisah seorang wanita solehah yang patut dicontohi. Sebenarnya wanita solehah yang terkenal dengan berbagai riwayat ini adalah RABIUL AL ADAWIYAH: Beliau terkenal dengan ungkapan doanya seperti berikut: "Tuhanku, apa saja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa saja kebaikan yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang beriman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka. Aku hendak pandangan Engkau padaku sahaja. Doaku pada-Mu ialah sepanjang hayatku, berilah aku dapat mengingati-Mu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandang-Mu". Rabiah ialah anak keempat dalam satu keluarga miskin dilahirkan pada kurun pertama Hijrah di kota Basrah, tebing Sungai Dajlah, Iraq. Bapanya bernama Ismail bin Muhammad Dawi. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang sangat patuh dan taat pada agama, sukakan kebaikan dan sentiasa berdamping d...

Sejarah Penyusunan Ilmu Nahwu Bahasa Arab

Imej
Bangsa arab merupakan bangsa yang memilki nilai sastera yang tinggi. Di zaman Arab kuno setiap tahunnya diadakan pasar seni dimana mereka berkumpul dan membanggakan syair-syair yang mereka karang. Salah satu pasar seni yang terkenal adalah ‘Ukadz yang diadakan pada bulan Syawal.  Awalnya bahasa Arab amat terjaga sampai Islam menyebar luas ke negeri-negeri ‘ajam (bukan Arab). Dari sinilah mulai timbul kesalahan dalam melafadzkan bahasa arab. Penyebab utamanya adalah adanya percampuran antara bahasa arab dengan 'ajam. Kekeliruan ini sangat berbahaya karena boleh merosak makna ayat Al Quran. Sehingga akhirnya kaedah-kaedah bahasa arab ini disusun dan diberi nama Ilmu Nahwu.  Para ulama hampir bersepakat bahawa penyusun ilmu nahwu pertama adalah Abul Aswad Ad Dualy (67 H) dari Bani Kinaanah atas dasar perintah Amirul Mu’minin Khalifah ‘Ali Rhadiyallahu ‘anhu. ١- التحفة السنية بشرح المقدمة الأجرومية – شيخ محمد محي الدين عبد الحميد – ص : ٦ واضعه – والمشهور أن أول واضع لعل...

Wadi RUM: Kebun Sayuran Hijau Di Tengah Padang Pasir Jordan!!

Imej
Bercucuk tanam di tengah padang pasir ialah idea yang boleh dianggap gila dan tidak masuk akal. Ianya seperti industri menghasilkan kereta tempatan dengan standard bangang kemudian meletakkan cukai 200% pada pesaing luar negara bagi memastikan kereta tempatan laku. It is just that damn stupid when you think about it.    Tetapi ini tidak menghentikan projek kebun sayur-sayuran gergasi yang terletak di Wadi Rum, Jordan. Wadi Rum ialah kawasan padang pasir yang kini menjadi kebun penanaman sayur oleh Rum Farm Organics. Projek penghijauan padang pasir ini sudah dilakukan sejak 1986 dan ianya kini membekalkan sayur-sayuran seperti kobis, kentang dan tomato untuk pasaran Jordan.    Rum Farm Organic mengepam air dari akuifer yang terletak 40 meter di bawah padang pasir untuk mengairi ladang mereka yang kini mempunyai keluasan 2000 hektar.Sistem pancuran air berputar digunakan dans setiap kebun sayur berbentuk bulatan ini mempunyai keluasan 78 hektar setiap satu. ...

Kedatangan Obama Turut Melonjakkan Nama KJ

Imej
    Kedatangan Presiden Amerika, Barack Obama untuk lawatan selama tiga hari ke negara ini bukan saja menyebabkan Perdana Menteri, Najib Razak diselubungi kegembiraan kerana seolah-olah mendapat pengiktirafan daripada negara "super power" itu, tetapi juga menyebabkan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan turut menerima lonjakan daripadanya. Jika Najib berbunga-bunga hatinya kerana kunjungan Obama ini dibuat selepas hampir 50 tahun seorang Presiden Amerika tidak mengunjungi negara ini, Khairy atau KJ pula tentunya berasa paling bertuah kerana dipilih sebagai menteri pengiring kepada Obama sepanjang lawatannya ini. Kali terakhir seorang Presiden Amerika mengunjungi negara ini ialah pada tahun 1966 iaitu Lyndon b. Johnson. Sejak itu tidak pernah mana-mana pemimpin negara itu melawat negara ini. Berbeza dengan Mahathir yang mentadbir negara ini selama 22 tahun tetapi Najib hanya setelah 5 tahun menjadi Perdana Menteri sudah berupaya meyakinkan pemimpin utama kuasa b...

Pengalaman Tun Dr Mahathir Menangani Krisis Kewangan 97-98 (Wajib Baca)

Imej
Pada Mei tahun itu (1997), saya mengambil keputusan untuk bercuti selama dua bulan dan menyerahkan tanggungjawab kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pemangku Perdana Menteri. Saya menganggap ini sebagai satu peluang baik untuk memerhati bagaimana beliau menjalankan tugas kerana saya sudah pun berfikir untuk bersara pada tahun berikutnya. Saya mahu pastikan yang apabila Anwar mengambil alih, beliau mampu mentadbir negara dengan baik. Ketika berada di Bledisloe dalam daerah Cotswolds, England, saya menerima berita mengenai serangan ke atas baht Thailand oleh peniaga mata wang. Apa yang berlaku adalah ahli perniagaan Thai telah meminjam sejumlah besar mata wang asing pada kadar faedah yang rendah berbanding pinjaman dalam mata wang baht. Mereka boleh membuat keuntungan segera daripada perbezaan dua kadar faedah itu dengan syarat nilai baht stabil. Peniaga mata wang antarabangsa adalah orang yang mencari keuntungan dengan memerhati dan mengambil kesempatan daripada ketidakwajaran ...