Social Icons

Jumaat, 18 April 2014

Pendakwah Bebas - Pandangan Dan Harapan

Paparan kali ini ditujukan kepada semua kawan-kawan yang terlibat dalam usaha 'berdakwah' - berceramah dan berforum di mana saja anda berada. Semoga kita terus dipimpin Allah swt dalam melaksanakan amanah yang juga pasti akan ditanya di akhirat ini. 

Ada beberapa perkara yang Pak Lang ingin perkatakan untuk renungan bersama. Ini semua bertitik tolak daripada apa yang sedang masyarakat kita hadapi. Jika kita lihat jumlah para pendakwah bebas yang ada di negara kita, rasanya kita tidaklah ketrandusan penceramah atau 'pendakwah' yang berwibawa. Ramai yang berkebolehan, berbakat dan mempunyai kesungguhan dalam kerja mulia ini. Sememangnyai dari sudut ilmu, kelayakan dan sahsiah, kebanyakannya sangat meyakinkan kita. Alhamdulillah. 

Apa yang Pak Lang musykilkan ialah apabila melihat di sekeliling kita. Suasana perubahan masyarakat ke arah yang lebih baik belum jelas kelihatan. Kebanyakannya masih jahil dan secara terang-terangan melakukan maksiat dalam pelbagai sudut. Seolah-olah tidak ada sebarang usaha yang dijalankan bagi menangani masalah ini. Setakat hari ini, kita belum dapat mengesan arus kesedaran masyarakat yang bersifat menyeluruh.

Inilah persoalan yang Pak Lang ingin sampaikan. Tentunya ada banyak perkara yang perlu diperhatikan. Penilaian mestilah berpijak di bumi nyata dan semata-mata kerana Allah. Para pendakwah bebas atau tokoh-tokoh agama, pastilah ramai di kalangan mereka yang berhati jujur dan ikhlas dalam kerja-kerja 'dahwah' yang dilakukan. 

Dalam pada kita sedih dan menangis melihat kebobrokan masyarakat kita pada hari ini, tentulah kita juga perlu merenung diri sendiri. Inilah sifat asas para pendakwah seperti yang diajar Baginda Rasul saw. Kita berdepan dengan persoalan - kenapa kita belum berjaya menarik semua golongan kepada satu fenomena 'kembali kepada Tuhan' secara menyeluruh? Mungkin ianya telah dan sedang kita lakukan, tetapi tentulah tidak salah jika diusahakan penambahbaikan dari sudut pendekatan atau konsep dakwah kita.

Tanpa perlu kita sebut kembali fakta-fakta menyedihkan tentang gejala sosial dan keruntuhan nilai Islami di kalangan masyarakat kita, kita wajar bertanya apakah yang sepatutnya kita rencanakan bersama. Ya, jika kita sepakat mahu membahu, mahu berkorban dan merncanakan satu gagasan baru, mungkin kita akan nampak keberhasilan yang lebih besar daripada apa yang ada hari ini. Inilah yang ingin Pak Lang sembangkan. 

Cuba kita lihat pada diri kita sebagai pendakwah, cubalah kita tanya apakah yang masyarakat nampak ketika melihat kita? 

Jadi bacalah sambungannya. Pak Lang akan senaraikan terus satu persatu apa persepsi masyarakat terhadap kita - golongan agamawan dan penceramah bebas!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text