Rasulullah s.a.w. bersabda “Apakah engkau suka bila hatimu menjadi lunak (lembut) dan dapat mencapai apa yang diperlukan; kasihanilah anak yatim; usaplah kepalanya dan berilah dia makan dari makananmu, nescaya hatimu lunak (lembut) dan engkau dapat memperolehi apa yang kamu hajati (Riwayat Thabrani melalui Abu Darda).
Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang leaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.”
Lembut Hati
Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah Taala mempunyai bekas yang berada pada penduduk bumi dan bekas tuhan kamu adalah hati hamba-hambanya yang soleh, dan diantara mereka yang paling disukainya adalah yang paling lemah-lembut hatinya” (Riwayat Thabrani)
Anak Yatim
Anak yatim ialah anak yang kematian bapanya sebelum dia baligh. Anak yatim kehilangan tempat bergantung kerana kehilangan bapa yang mencari rezeki atau pendapatan untuk menyara hidup mereka. Berilah mereka makan dengan apa yang kita makan dan bukannya sisa atau lebihan makan.
Mengusap Kepala Anak Yatim
Dalam hadith disebut “sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana sayang, maka Allah mencatat baginya dengan setiap rambut yang tersentuh tangannya satu kebaikan, serta dengan setiap rambut itu akan menghapus satu dosa darinya dan menaikkan satu darjat.
Memberi makan kepada anak yatim

Memberi makan kepada anak yatim adalah diantara amal yang tinggi darjatnya disisi Allah
0 ulasan:
Catat Ulasan