Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’. Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya sama ada lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
*Sumber Dan Penghargaan untuk rangeboy.wordpress.com
LIHATLAH GELAGAT UMAT ISLAM MENYAMBUT APRIL FOOL'S
SEBELUM ITU TONTON VIDEO INI TERLEBIH DAHULU!!
Isteri cekup suami dengan skandal hanyalah "April Fool"
YA! Satu Malaysia tertipu dengan video lakonan pasangan Melayu Singapura yang tersebar di media sosial sejak dua hari lepas. Video yang terbahagi kepada dua bahagian itu mempertontonkan situasi dimana seorang isteri berang dengan suaminya yang didapati kantoi keluar bersama skandal gadis yang lebih muda.
Ditambah lagi dengan elemen rakaman "Handphone", maka ramai yang mempercayai kejadian itu seakan benar-benar berlaku.
Melalui laman Facebook Stesen TV Singapore, Media Corp memuatnaik gambar 3 pelakon ini dengan caption "HAPPY APRIL FOOL'S DAY" bersempena tarikh 1 April pada hari ini. Video ini juga dibuat untuk rancangan TV Popular di negara itu, The Noose.
Kita semua sepatutnya mengjangkakan perkara ini lebih awal... namun memandangkan si pelaku adalah orang Islam maka ramai yang mempercayai lenggang lenggok pelakon itu.
Watak utama dalam video itu dilakonkan oleh Siti Khalijah Zainal, Melayu kelahiran Singapura, yang turut dibantu oleh watak suami bisu dan gadis gedik...
Cakkk!!! Sayalah makcik tua gemuk dalam video tu

0 ulasan:
Catat Ulasan