Episod Sedih Generasi Felda
KEMAKMURAN GUGAT KETENTERAMAN DAN KESELAMATAN DI FELDA. Apabila menyertai Felda Lepar Gambang Pahang lebih 30 tahun lalu, Pak Long di lantik sebagai ketua salah sebuah blok di rancangan ini oleh kerana mempunyai kualiti kepimpinan dan latar belakang keagamaannya. Pak Long lah yang mengambil berat tentang kebajikan peneroka setempat masa itu,sakit demam mereka,urusan persekolahan anak- anak mereka dan hal-hal yang bersangkutan urusan peneroka dengan penghulu dan pejabat kerajaan. Kata seorang penduduk jika di tengah malam pun diminta pertolongannya,dia akan datang. Beliau adalah diantara perintis peneroka yang mahu keluar dari kemiskinan menerusi rancangan Felda yang terancang dan bersistematik yang diperkenalkan oleh kerajaan sebaik sahaja merdeka pada tahun 1957. Telah pun diketahui umum bahawa semua rancangan Felda berjaya,digambarkan oleh penambahan besar pendapatan peneroka, keadaan rumah mereka sendiri yang asalnya hanyalah sebagai pondok tetapi sek...